Pergi ke kandungan

Cardcaptor Sakura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 1131831 pada 16:22, 11 Mei 2010 oleh 125.60.252.162 (bincang)
Cardcaptor Sakura
Cardcaptor Sakura volume 1 manga cover Japanese edition.
GenreGadis magis, Komedi, romantis, Shōjo
Manga
PengarangCLAMP
PenerbitJepun Kodansha
Anime
PengarahMamoru Kanbe
StudioMadhouse Studios
Penyiaran AsalJepun NHK, Animax
Malaysia Singapura India Thailand Indonesia Animax
Brazil Cartoon Network, Rede Globo
Israel Arutz Hayladim
Itali Italia 1
Filipina Animax, ABS-CBN, Studio 23, GMA7, QTV11
Sepanyol VEO TV, K3
Amerika Syarikat Kids' WB!
Templat:FlagcionStar TV
Portugal Canal Panda
Malaysia ntv7
Dikeluarkan pada7 April 199821 Mac 2000
Anime
Cardcaptor Sakura the Movie
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse Studios
Dikeluarkan pada23x15px|border |alt=Jepun|link=Jepun August 21 1998
Anime
Cardcaptor Sakura the Movie II - The Sealed Card
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse Studios
Dikeluarkan pada23x15px|border |alt=Jepun|link=Jepun 2000
Portal Anime dan Manga

Cardcaptor Sakura (カードキャプターさくら secara literalnya: Sakura - Si Penangkap Kad) ialah siri manga/anime dari Jepun rekaan kumpulan artis manga shoujo CLAMP. Anime ini telah lama disiarkan oleh NTV7 di Malaysia. Templat:Spoiler Cerita ini mengisahkan Sakura Kinomoto, seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang menemui dan membuka sebuah peti misteri dalam bilik ayahnya, yang setelah dibuka, kemudiannya menimbulkan peristiwa yang mengubah kehidupannya. Setelah membuka peti itu dan mengaktifkan kuasanya, kad-kad yang disimpan dalamnya, iaitu Kad Clow, keluar dari kotak itu secara ajaib dan berterbangan di merata tempat di pekan Tomoeda yang didiami keluarganya. Sakura diberi tanggungjawab menemukan semula kad-kad Clow yang lain.

Sakura dibantu oleh Keruberos (Kero), seekor makhluk ganjil, serta sahabat karibnya Tomoyo Daidouji dalam kembara mereka menemui kad-kad Clow dan menyelamatkan bumi daripada ancaman luar biasa.

Watak-watak

  • Sakura Kinomoto (木之本 桜; Kinomoto Sakura) kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dipertanggungjawabkan menemukan dan menjaga kad-kad Clow serta memastikan keselamatan awam di Tomoeda kerana kuasa-kuasa kad Clow yang boleh menimbulkan huru-hara jika tidak terkawal. Nama Sakura bermaksud 'bunga cheri'. Sakura dinamakan "Sakura Avalon" dalam versi Inggeris. Pada masa hadapan, Sakura dan Shaoran telah berkahwin dan mempunyai anak lelaki. Malangnya, anak mereka diculik dan dikurung semasa dia berumur 14 tahun dalam cerita Tsubasa Chronicle.

Seiyuu: Sakura Tange

Suara pelakon Inggeris: Carly McKillip | Kari Wahlgren (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Tomoyo Daidouji (大道寺 知世; Daidouji Tomoyo) rakan karib dan juga saudara Sakura berumur 10 tahun yang sama-sama belajar di Sekolah Rendah Tomoeda dan merupakan seorang pelajar yang amat terkenal kerana kecantikan dan kepintarannya. Tomoyo juga berkongsi rahsia mengenai tugas Sakura mencari kad Clow dan menyediakan kostum berbeza-beza bagi Sakura semasa pertarungan dengan kad liar. Tomoyo dinamakan "Madison Taylor" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Junko Iwao

Suara pelakon Inggeris: Maggie Blue O'Hara | Michelle Ruff (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Kero (ケロ, nama penuh Cerberus/Keruberos ケルベロス atau Kerberos dalam versi Inggeris) makhluk berkuasa matahari berbentuk anak patung berkulit jingga dan bersayap putih yang berpengetahuan dalam kad Clow dan kuasa-kuasanya. Dia turun ke bumi untuk mencari pengganti Clow Reed dan justeru memilih Sakura. Bentuk sebenar Kero merupakan seekor singa bersayap putih dan mempunyai alas kepala seakan-akan topi keledar.

Seiyuu: Aya Hisakawa

Suara pelakon Inggeris: Matt Hill (bentuk patung)/Wendee Lee (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card) | Richard Newman (bentuk sebenar)/Dave Wittenberg (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Shaoran Li (李 小狼; Li Shaoran). Nama sebutan Cina Shaoran yang sebenar ialah Xiao-Lang. Merupakan kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun dari Hong Kong yang mula-mulanya bersaing dengan Sakura untuk memperoleh kad Clow tetapi lama-kelamaannya berdamai dan kemudian jatuh cinta kepada Sakura. Shaoran juga merupakan keturunan Clow Reed. Nama Shaoran bermaksud 'musang kecil'. Shaoran dinamakan "Li Showron" dalam versi Inggeris. Pada masa hadapan, Sakura dan Shaoran telah berkahwin dan mempunyai anak lelaki. Malangnya, anak mereka diculik dan dikurung semasa berumur 14 tahun dalam cerita Tsubasa Chronicle.

Seiyuu: Motoko Kumai

Suara pelakon Inggeris: Rhys Huber (musim 1) | Jordan Kilik (musim 2) | Mona Marshall (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Touya Kinomoto (木之本 桃矢; Kinomoto Touya) abang kepada Sakura berumur 17 tahun yang berbanyak bakat dan disukai ramai perempuan. Touya seorang penyibuk dan suka memerli dan memanggil adiknya sebagai "raksasa". Dia mempunyai banyak pekerjaan dengan rakan karibya Yukito hanya untuk membiayai kemasukkan universiti di masa depan. Touya mewarisi kuasa daripada ibunya yang telah meninggal dunia seperti kuasa magis untuk melihat (Touya pada masa dahulu kerap melihat roh ibunya) dan merasa sesuatu yang bukan manusia dan lain-lain lagi. Dia kemudiannya mengorbankan kuasanya demi cintanya pada Yukito. Nama Touya bermaksud 'bunga pic'. Touya dinamakan "Tori Avalon" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Tomokazu Seki

Suara pelakon Inggeris: Tony Sampson | Kirk Thorton (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Yukito Tsukishiro (月城 雪兎; Tsukishiro Yukito) merupakan remaja juga berumur 17 tahun. Seperti Touya, dia juga berbakat dan juga diminati ramai gadis. Dia juga merupakan lelaki pertama yang menjadi pilihan Sakura sebagai teman cintanya di awal kisah cerita. Bagaimanapun, Yukito telah menolak cinta Sakura kerana dia mempunyai perasaan terhadap Touya. Tanpa disedarinya, Yukito merupakan jelmaan Yue, penjaga bumi yang mengiringi Kero lama sebelum cerita ini bermula. Nama Yukito bermaksud 'arnab salji'. Yukito dinamakan "Julian Star" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Megumi Ogata

Suara pelakon Inggeris: Samuel Vincent | Steve Staley (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Yue (ユエ) merupakan penjaga kad Clow berkuasa bulan bersama Kero sewaktu Clow Reed hidup. Yue seorang malaikat yang amat kacak, berambut dan bermata perak dan pendiam. Setelah Reed meninggal, Yue turun ke bumi sebagai jelmaan Yukito. Yue bertugas menguji kebolehan Sakura sebagai pengganti Reed. Pada mulanya, Yue tidak menyukai Sakura sebagai Tuan barunya tetapi selepas beberapa lama, Yue mula menunjukkan rasa bertimbang rasa terhadap Sakura. Selepas Touya mengorbankan kuasanya untuk Yukito, Yue telah mendapatkan balik kuasanya lagi. Dengan itu, Yue amat berterima kasih dan akhirnya berkongsi cinta dengan Yukito terhadap Touya. Yue bermaksud 'bulan' dalam bahasa Cina.


  • Meiling Li (李 苺鈴; Li Mei-Ling) merupakan sepupu dan tunang Shaoran berumur 10 tahun yang mempunyai ego dan sombong. Meiling dinamakan "Meilin Rae" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Yukana Nogami

Suara pelakon Inggeris: Nicole Oliver | Julie Maddalena (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Kaho Mizuki (観月 歌帆; Mizuki Kaho) ialah bekas kekasih Touya dan merupakan seorang guru ganti di Sekolah Rendah Tomoeda yang berkeperibadian misteri. Dia didapati berhubung kait dengan perihal kad Clow dan cuba menolong Sakura mengharungi ujian pewarisan kad Clow. Pada penghujungnya, Kaho sebenarnya merupakan kekasih Eriol Hiiragizawa. Kaho dinamakan "Layla MacKenzie" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Emi Shinohara


  • Eriol Hiiragizawa (柊沢 エリオル; Hiiragizawa Eriol) merupakan pelajar yang berpindah dari England pada musim ke-3 yang merupakan penjelmaan semula Clow Reed yang membawa memori dan kuasa Clow Reed. Walaupun nampak muda, Eriol lebih berumur daripada jangkaan. Dia hentikan usianya untuk mendekati Sakura. Meskipun kelihatan bagai watak jahat, namun dia sentiasa menyokong Sakura. Eriol dinamakan "Eli Moon" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Nozomu Sasaki

Suara pelakon Inggeris: Bill Switzer


  • Spinel Sun (スピネル・サン) dan Ruby Moon (ルビー・ムーン, juga dikenali sebagai Nakuru Akizuki 秋月 奈久留) merupakan makhluk pengiring Eriol.


  • Clow Reed merupakan seorang ahli magis yang amat berkuasa dan terkemuka di seluruh Asia. Clow Reed-lah yang telah menciptakan kad-kad Clow yang ditangkap dan dijaga oleh Sakura. Beliau telah meninggal dunia lebih dari 100 tahun dahulu dan menjelma balik sebagai seorang pelajar bernama Eriol Hiiragizawa dari England.

Seiyuu: Kazuo Hayashi Suara pelakon Inggeris: Dale Wilson


  • Fujitaka Kinomoto (木之本 藤隆; Kinomoto Fujitaka) ialah ayah kepada Touya dan Sakura Kinomoto. Fujitaka adalah seorang pensyarah arkeologi di sebuah universiti. Dia bertemu dan berkahwin dengan Nadeshiko yang hanya berumur 16 tahun dan Fujitaka merupakan gurunya pada masa itu. Walaupun Nadeshiko telah meninggal dunia, Fujitaka tetap setia dan mencintai Nadeshiko. Fujitaka dinamakan "Aiden Avalon" dalm versi Inggeris.

Seiyuu: Hideyuki Tanaka

Suara pelakon Inggeris: Brian Drummond


  • Nadeshiko Kinomoto (木之本 撫子; Kinomoto Nadeshiko) ialah ibu kepada Touya dan Sakura dan merupakan seorang peragawati. Nadeshiko didedahkan juga mempunyai kuasa seperti kuasa untuk melihat roh yang diwariskan kepada Touya. Dalam pertemuan dengan Fujitaka, Nadeshiko yang berumur 16 tahun pada masa itu ingin menolong seekor anak burung ke sarangnya terjatuh dan mendarat ke atas Fujitaka yang kebetulan sedang berlalu. Kedua-duanya terus jatuh cinta dan berkahwin tidak lama kemudian. Malangnya, Nadeshiko meninggal dunia pada umur 27 tahun akibat penyakit yang tidak diketahui. Nadeshiko dinamakan "Natasha Avalon" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Yuuko Minaguchi

Watak-watak lain

Watak-watak dibawah merupakan rakan-rakan sekelas Sakura, Tomoyo, Shaoran, Meiling dan Eriol.

  • Takashi Yamazaki (山崎 貴史 Yamazaki Takashi)

Takashi ialah seorang yang suka berjenaka apabila Sakura dan yang lain tengah bercerita, Takashi akan selalu menyampuk. Kekasihnya iaitu Chiharu merupakan seorang sahaja yang dia memanggil dengan nama pertamanya. Dalam siri versi Inggeris Card Captor Sakura, Takashi dinamakan "Zachary".

Seiyuu: Issei Miyazaki

Suara pelakon Inggeris: Phillip Pacaude | Joshua Seth (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Chiharu Mihara (三原 千春 Mihara Chiharu)

Chiharu merupakan kekasih Takashi sejak kecil. Chiharu seorang yang selalu memarahi Takashi jikalau dia didapati sedang mereka-reka cerita. Pada hakikatnya, Chiharu amat menyayangi Takashi. Di dalam versi Inggeris iaitu Card Captors, Chiharu ialah sepupu kepada Takashi. Dalam manga, Chiharu yang berpengalaman mengenai hubungan cinta memberikan nasihat kepada Sakura yang keliru dengan perasaannya terhadap Shaoran. Chiharu dinamakan "Chelsea" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Miwa Matsumoto

Suara pelakon Inggeris: Jocelyn Loewen | Dorothy Elias-Fahn (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Naoko Yanagisawa (柳沢 奈緒子 Yanagisawa Naoko)

Naoko ialah salah satu kawan rapat Chiharu. Naoko suka membaca buku terutamanya mengenai fantasi atau cerita hantu. Naoko dinamakan "Nikki" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Emi Motoi

Suara pelakon Inggeris: Kelly Sheridan | Sherry Lynn (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)


  • Rika Sasaki (佐々木 利佳 Sasaki Rika)

Rika juga salah satu kawan rapat Chiharu dan Naoko. Kelihatannya Rika dan guru mereka Cikgu Terada mempunyai perhubungan cinta yang tidak berapa ditunjukkan kerana Rka seorang yang pemalu di depan Cikgu Terada. Di dalam manga, Rika ialah tunang kepada Cikgu Terada. Mereka kerap menghabiskan masa bersama dengan berpacaran. Rika dinamakan "Rita" dalam versi Inggeris.

Seiyuu: Tomoko Kawakami

Suara pelakon Inggeris: Stevie Bloch (Cardcaptor Sakura the Movie 2: The Sealed Card)

Templat:Endspoiler

Kontroversi

Umum

Walaupun ditujukan kepada pembaca/penonton kanak-kanak muda atau menghampirai remaja, terdapat segelintir pihak yang menyatakan bahawa dalam cerita ini terdapat elemen yang menimbulkan kepekaan masyarakat, terutamanya perhubungan Toya dan Yukito dianggap bagaikan homoseksual (dalam erti kata lain yaoi/shonen-ai). Unsur-unsur cinta monyet antara Sakura dan Syaoran atau Yukito juga kurang disenangi sesetangah ibu bapa.

Di Malaysia

Sewaktu ditayangkan di NTV7, anime ini menerima banyak potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia atas sebab-sebab yang "sukar diterima" oleh peminat anime ini. Antara adegan-adegan yang ditelunjuk oleh peminat sebagai puncanya ialah bentuk bintang dalam bulatan yang bucunya menyentuh lilitan bulatan tersebut, yang serupa dengan lambang ajaran Syaitan/Black Metal. Paling ketaranya ialah terdapat episod-episod yang hilang atau tersalah susun dalam penyiaran, maka terganggunya jalan cerita.

Pautan Luar

Laman Rasmi