Pergi ke kandungan

Tumor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2367188 pada 16:32, 17 September 2012 oleh EmausBot (bincang | sumb.) (r2.7.2+) (bot mengubah: it:Neoplasia)

Tumor atau ketumbuhan (dari perkataan Latin tumor "bengkak") adalah ketumbuhan luar biasa atau jisim tisu biologi. Ketumbuhan boleh tergolong sebagai ketumbuhan merbahaya (tumor malignant) atau ketumbuhan tidak merbahaya (Benign tumor). Hampir kesemua ketumbuhan adalah contoh neoplasia, sungguhpun sesetengah pembesaran salah bentuk atau jisim keradangan mungkin kadang-kala dirujuk sebagai ketumbuhan tumor.

Punca

Ketumbuhan plastik baru (Neoplastic) disebabkan oleh mutasi pada DNA sel, yang mengangu dengan keupayaan sel bagi mengawal dan menghadkan pembahagian sel. Pengumpulan mutasi diperlukan bagi pembentukan ketumbuhan. Mutasi yang mengaktifkan onkogene atau menghalang gen pembantut tumor mampu akhirnya menyebabkan barah. Sel mempunyai keupayaan bagi membaiki DNA dan mekanisma lain yang menyebabkan sel memusnahkan diri sendiri melalui apoptosis sekiranya kerosakan DNA terlalu teruk. Mutasi yang membantutkan gen bagi mekanisma ini turut akhirnya mendorong kepada pembentukan barah. Mutasi pada satu onkogene atau satu gen pembantut tumor biasanya tidak mencukupi bagi membentuk ketumbuhan. Gabungan beberapa mutasi diperlukan.

Kini didapati bahawa kebanyakan barah pada manusia, terutama barah epithelial, disebabkan oleh jangkitan virus. Virus punca paling biasa adalah ahli keluarga virus Herpesvirus, yang mampu menyebabkan barah seperti Kaposi Sarcoma dan penyakit barah pangkal rahim. Vaksin terkini bagi agen penyebab kebanyakan bentuk Genital Warts, human papillomavirus, diberitakan sebagai vaksin penghalang anti barah pangkal rahim, kerana ia merupakan punca utama barah pangkal rahim.

Jujukan mikro DNA boleh digunakan bagi memastikan sekiranya gambaran onkogene atau gen pembantut tumor telah berubah. Kemungkinannya di masa hadapan ketumbuhan mampu dirawat dengan lebih baik dengan menggunakan jujukan mikro DNA bagi memastikan ciri-ciri tepat ketumbuhan.

Rujukan

  • Ramzi Cotran, Vinay Kumar, Tucker Collins (1999). Robbins Pathologic Basis of Disease, Sixth Edition. W.B. Saunders. ISBN 072167335X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)