Pergi ke kandungan

KLIA Transit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 244684 pada 23:55, 29 Mac 2007 oleh Yamahaboy81 (bincang | sumb.) (Butiran)
SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

KL SENTRAL-KLIA (TRANSIT)
Syarikat induk Express Rail Link Sdn Bhd
Perkhidmatan Rel laju pengantara
Tren Desiro ET 425 M EMU
Kereta api laju elektrik
4 gerebak
Bil. tren 4
Stesen perhentian 5
Tarikh beroperasi 1 Jun 2002
Waktu operasi 05.33-01.00
Laman sawang www.kliaekspres.com

KLIA Transit adalah perkhidmatan kereta api laju pengantara yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia membuat tiga hentian segera di Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Salak Tinggi.

KLIA Transit dikendalikan Express Rail Link Sdn Bhd yang turut mengendalikan perkhidmatan kereta api laju tanpa henti, KLIA Ekspres.

Latarbelakang

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walaubagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.

KLIA Transit

Perkhidmatan komersil pertama KLIA Transit bermula pada 1 Jun 2002 sebagai pengangkutan rel penghubung utama bagi bandar raya Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Transit ialah penduduk di sekitar kawasan stesen perhentian KLIA Transit, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kakitangan kerajaan di Putrajaya, golongan pelajar dan warga pekerja di Cyberjaya yang kerap berulak-alik menggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Selain itu, KLIA Transit juga adalah pengangkutan awam alternatif bagi menyaksikan perlumbaan kereta formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang.


Butiran

Fail:KLIATransit-Spesifikasi001.gif



Model:
Pengeluar:
Bilangan kereta api:
Bilangan gerabak:

Dimensi:
• Panjang
• Lebar
• Tinggi
Berat:
Sistem elektrik/voltan:
Daya pemecutan:
Kelajuan maksimum:
Kelajuan maksimum komersial:
Bilangan penumpang:
Landasan:
• Panjang
• Lebar

Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit (EMU)
Siemens AG
4
2 gerabak penarik
2 gerabak pengikut

68700 mm
2840 mm
4160 mm
115 metrik tan
25 kV / 50 Hz
1.0 m/s²
176 km/j
160 km/j
144 duduk / 396 berdiri

57 km
1435 mm

Fail:KLIATransit-Spesifikasi002.gif
Lukisan rekaan KLIA Transit
Fail:KLIATransit-Spesifikasi003.jpg
Tren KLIA Transit

Perkhidmatan KLIA Transit beroperasi dengan menggunakan empat buah tren elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat dari Jerman. Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi di atas landasan dan menggunakan sistem yang sama. Selain itu, kedua-dua tren perkhidmatan rel tersebut berkongsi ciri-ciri fizikal dan luaran yang sama. Misalnya, bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik. Ia satu perbezaan yang minima jika dibandingkan dengan model rekaan asas tren tersebut.

Hiasan dan rekaan bahagian dalam tren KLIA Transit berbeza dengan KLIA Ekspres seperti aturan, bilangan, sususan dan warna kerusi penumpang. Penumpang KLIA Transit perlu menekan butang pintu bagi membuka pintu keluar masuk tren secara manual berbeza dengan operasi pintu KLIA Ekspres. Selain itu, tren-tren KLIA Transit juga tidak mempunyai kemudahan tandas, ruang khusus bagasi daftar masuk dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak. Ia bertujuan bagi menjimatkan penggunaan ruang lantai sekaligus memaksimumkan jumlah bilangan penumpang. Setiap unit tren KLIA Transit mempunyai keupayaan maksimum membawa sehingga 540 orang penumpang pada satu-satu masa. Jumlah tersebut dapat digandakan sehingga lebih 1,000 orang penumpang dengan keupayaaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Transit.

Tambang & tiket

Perkhidmatan KLIA Transit menggunakan sistem tiket tertutup yang memerlukan penumpang membeli tiket perjalanan sebelum menaiki dan penggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Kadar tambang dan tiket KLIA Transit ditentukan mengikut jarak di antara dua buah stesen perhentian dan kumpulan umur penumpang iaitu dewasa, kanak-kanak dan warga tua serta kadar tambang perjalanan istimewa untuk kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Selain itu, pakej istimewa Putrajaya dan formula 1 juga turut ditawarkan kepada penumpang.

Tiket

Pembelian tiket perjalanan KLIA Transit boleh dilakukan di kaunter jualan tiket atau mesin tiket otomatik di semua stesen perhentian KLIA Transit dengan pilihan tiket perjalanan sehala, dua hala atau nilai tersimpan (kad kembara KLIA Transit). Bagi pembelian tiket perjalanan tambang istimewa, penumpang diminta menunjukkan dokumen atau pengenalan diri yang sah.

Tiket nilai tersimpan

Tiket nilai tersimpan atau kad kembara KLIA Transit ditawarkan khusus untuk penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan KLIA Transit dengan dua pilihan kad iaitu kad kembara mingguan dan bulanan. Kad kembara mingguan pempunyai tempoh sah laku 7 hari untuk 14 perjalanan sehala dan kad kembara bulanan mempunyai tempoh sah laku 31 hari untuk 60 perjalanan sehala. Penggunaan kad kembara tersebut terhad kepada perjalanan di antara dua buah stesen perhentian pilihan penumpang dan tidak sah digunakan di stesen-stesen perhentian yang lain.

Pembelian kad kembara boleh dilakukan di kaunter jualan tiket di stesen perhentian KLIA Transit. Harga kad kembara berbeza bergantung kepada tempoh sah laku dan jarak di antara dua buah stesen perhentian pilihan penumpang. Terdapat tiga jenis kad kembara yang ditawarkan Express Rail Link Sdn Bhd. Kad kembara bulanan Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kad kembara bulanan Salak Tinggi dan kad kembara mingguan dan bulanan Putrajaya yang sesuai untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya, golongan pelajar dan warga pekerja di Cyberjaya.

Mesin tiket otomatik

Selain daripada kaunter jualan tiket, pembelian tiket perjalanan KLIA Transit juga boleh dilakukan di mesin tiket otomatik yang menerima pembayaran secara tunai atau melalui penggunaan kad kredit atau debit. Walaubagaimanapun, ianya terhad untuk pembelian tiket perjalanan sehala dan dua hala dewasa dan kanak-kanak sahaja. Pembelian tiket perjalanan yang lain hanya boleh dilakukan melalui kaunter jualan tiket.

  • Panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik
Fail:KLIATransit-Tambang003.jpg
Mesin tiket otomatik dan kaunter jualan tiket KLIA Transit di KLIA
Berikut adalah panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik KLIA Transit.
Fail:KLIATransit-Tambang004.jpg
Mesin tiket otomatik
  • Mesin tiket otomatik
  1. Pilih destinasi dan kadar tambang dewasa atau kanak-kanak dengan menekan butang pilihan. Harga tambang akan dipaparkan pada penal paparan tambang harga.
  2. Lakukan pembayaran dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia sahaja. Mesin menerima pembayaran tunai atau melalui penggunaan kad kredit atau debit.
  3. Baki pembayaran tunai akan dipulangkan jika ada.
  4. Ambil tiket perjalanan KLIA Transit.

Harga tambang

Berikut adalah jadual harga tambang perjalanan sehala dan nilai tersimpan (kad kembara) KLIA Transit.


Fail:KLIATransit-Tambang001.gif



Fail:KLIATransit-Tambang002.gif

Jadual perjalanan

Perkhidmatan tren pertama dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL berlepas pada pukul 5.33 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 12.03 pagi dengan kekerapan perlepasan setiap 30 minit. Tempoh perjalanan keseluruhan ialah 36 minit termasuk masa hentian segera di tiga stesen perhentian KLIA Transit. Perkhidmatan tren pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pula berlepas pada pukul 5.52 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 1.00 pagi dengan kekerapan dan tempoh perjalanan yang sama.


Fail:KLIATransit-Jadual001.gif

Stesen perhentian

Secara keseluruhannya terdapat 5 stesen perhentian KLIA Transit termasuk 3 stesen hentian segera.

Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah sebuah hab pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satu bumbung. Perkhidmatan KLIA Transit di Stesen Sentral Kuala Lumpur berlepas dan tiba di pelantar khusus yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002.

Stesen Sentral Kuala Lumpur (XKL)
Fail:KLIATransit-Stesen001-01.jpg
Pertukaran
Pelan lantai [1]
  • Kemudahan
Pelantar perlepasan dan ketibaan KLIA Transit di Stesen Sentral Kuala Lumpur direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan umur dan pengguna. Ianya juga mesra pengguna kurang upaya. Antara kemudahan pengguna kurang upaya yang disediakan ialah lif, tandas dan jubin lantai penentu arah bagi memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan serta beberapa kemudahan asas yang lain.
  • Butiran
Arkitek:
Aras lantai: 2
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:



Stesen Bandar Tasik Selatan

Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit merupakan satu daripada tiga stesen hentian segera perkhidmatan KLIA Transit. Ia dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002 dan bakal dibangunkan menjadi terminal pengangkutan bersepadu, sebuah hab pengangkutan awam di bahagian selatan Kuala Lumpur dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit menyedia perkhidmatan rel pengantara yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan ibu negara kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Fail:KLIATransit-Stesen002.jpg
Pelan lantai Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit
Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS)
Pertukaran
Pelan lantai [2]
  • Kemudahan
Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit yang direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan pengguna turut dilengkapi dengan kemudahan pengguna kurang upaya dan pelbagai kemudahan asas yang lain. Misalnya, rekaan pelantar dwisisi terbuka, kemudahan lif dan landas angkat disediakan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk, terutamanya penumpang yang berkerusi roda.
Selain itu, jubin lantai penentu arah berwarna kuning pada permukaan lantai memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan keluar masuk kawasan stesen. Pelantar perlepasan dan ketibaan di Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit boleh dipanjangkan sehingga 150 meter berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Transit.
Fail:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.png
  • Butiran
Arkitek: GDP Architects Sdn Bhd
Aras lantai: 1
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



Stesen Putrajaya & Cyberjaya

Stesen Putrajaya & Cyberjaya KLIA Transit di Putrajaya Sentral adalah stesen hentian segera kedua perkhidmatan KLIA Transit. Perkhidmatan KLIA Transit di Putrajaya Sentral beroperasi melalui pelantar khusus yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2002. Putrajaya Sentral merupakan hab pengangkutan awam bersepadu di Putrajaya yang dahulunya dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Barat. Ia menyediakan rangkaian perkhidmatan bas, teksi dan rel pengantara kepada penduduk Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya. Putrajaya Sentral terletak di Presint 7, Putrajaya berhampiran dengan Hospital Putrajaya dan Jabatan Bomba & Penyelamat Putrajaya.

  • Kemudahan
Fail:KLIATransit-Stesen003-01.jpg
Putrajaya Sentral
Perkhidmatan KLIA Transit di Putrajaya Sentral beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di pelantar KLIA Transit Putrajaya Sentral.
Fail:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.png
  • Butiran
Arkitek: Veritas Architects Sdn Bhd
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket: PJS
Aras lantai: 2
Pelan lantai:
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



Stesen Salak Tinggi

Stesen Salak Tinggi KLIA Transit merupakan stesen hentian segera terakhir perkhidmatan KLIA Transit sebelum menamatkan perjalanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia dibuka kepada umum pada 1 Jun 2002 dan merupakan pusat operasi utama Express Rail Link Sdn Bhd. Sebuah pusat kejuruteraan dan penyelenggaraan tren Express Rail Link Sdn Bhd iaitu Kompleks Rel Udara turut didirikan berhampiran dengan kawasan stesen berkenaan. Stesen Salak Tinggi KLIA Transit yang terletak di mukim Dengkil menyediakan perkhidmatan rel pengantara kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Fail:KLIATransit-Stesen004-01.jpg
Stesen Salak Tinggi KLIA Transit
Fail:KLIATransit-Stesen004.jpg
Pelan lantai Stesen Salak Tinggi KLIA Transit
  • Kemudahan
Stesen Salak Tinggi KLIA Transit memilik ciri rekaan dan kemudahan yang sama seperti Stesen Bandar Tasik Selatan KLIA Transit. Ianya juga mesra pengguna kurang upaya. Misalnya, rekaan pelantar dwisisi terbuka, kemudahan lif dan landas angkat disediakan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk.
Selain itu, jubin lantai penentu arah berwarna kuning pada permukaan lantai stesen memberi pentunjuk arah dan memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan keluar masuk kawasan stesen berkenaan. Pelantar perlepasan dan ketibaan di Stesen Salak Tinggi KLIA Transit boleh dipanjangkan sehingga 150 meter berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Transit.
Fail:IkonKemudahanAwam-PakirPercuma.png
  • Butiran
Arkitek: GDP Architects Sdn Bhd
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket:
Aras lantai: 1
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang: 75 m
  • Lebar: 8 m
  • Tinggi:



Stesen KLIA

Fail:KLIATransit-Stesen005.jpg
Pelan lantai Stesen KLIA KLIA Transit
  • Kemudahan
Perkhidmatan KLIA Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di Stesen KLIA.
  • Butiran
Arkitek:
Pertukaran: -
Kod stesen/tiket: KUL
Aras lantai: 2
Pelantar: terbuka/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:

Fakta ringkas

  • Rakaman suara pengumuman yang digunakan di dalam tren dan stesen-stesen perhentian KLIA Transit adalah rakaman suara personaliti berita terkenal Malaysia, Yusanani Yushak.
  • KLIA Transit menggunakan destinasi sebagai rujukan stesen yang ditujui dalam siaran pengumumannya bagi memudahkan orang ramai. Misalnya, Stesen Putrajaya Sentral dirujuk sebagai destinasi iaitu Putrajaya/Cyberjaya. Ia dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan terutama sekali bagi Stesen Bandar Tasik Selatan yang turut menjadi nama stesen hentian perkhidmatan KTM Komuter dan rel transit Rapid KL.

Rujukan

  1. Architecture Asia (03/2004). Issue 1 / March 2004 - May 2004. Kuala Lumpur. Pusat Binaan Sdn Bhd
  2. International Railway Journal (08/1999). Kuala Lumpur Airport Rail Link To Open In 2002. United Kingdom. Simmons-Boardman Publishing Corporation
  3. Siemens Transportation Systems (02/2003). Express Rail Link Kuala Lumpur Turnkey Project. Siemens AG
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.kliaekspres.com 26 Mac 2007

Pautan luar