Pergi ke kandungan

Sharifah Aini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Aini

Datuk Sharifah Aini (lahir 2 Julai 1953) adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.

Biografi

Fail:Diva Pop Asia.jpg
Diva Pop Asia

Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Pembabitan awal

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.

Kejayaan

Fail:Biduanita Negara.jpg
Biduanita Negara

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Broery Marantika, artis terkenal Indonesia. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Ia juga mendapat sambutan yang hebat dan kesemua tiket habis dijual. Setelah mengadakan persembahan selama dua hari berturut-turut di Istana Budaya, beliau telah menerima bayaran yang begitu lumayan. Selain dibayar dengan bayaran yang lumayan, Sharifah juga turut menerima bayaran yang juga lumayan sebelum ini bagi persembahannya di Singapura.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Era Sharifah Aini

Fail:Superstar Asia.jpg
Superstar Asia

Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Paling membanggakan, populariti beliau setaraf dengan Perdana Menteri ketika itu. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid.

Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun, itu semua bukanlah penghalang bagi Datuk Sharifah aini untuk terus mempertahankan takhta beliau sebagai Penghibur No.1 Malaysia dan Asia. Sharifah tetap bertakhta di hati peminat dan sentiasa menjadi tumpuan media di Asia.

Populariti

Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Paling membanggakan, beliau juga diminati oleh peminat-peminat kelas atasan baik di Timur Tengah dan juga di Eropah. Di Eropah, beliau telah menyanyi di beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, dan Jerman.

Autobiografi

Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, ia juga dijual di beberapa negara di Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.

Bintang Majalah, Idola dan Ikon Asia

Fail:Diva Sebenar.jpg
Diva Sebenar

Di era 70an dahulu, artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ialah seperti Sharifah Aini, Anita Sarawak, dan Uji Rashid. Sharifah adalah antara penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia. Antara majalah yang pernah menjadi cover majalah muka beliau ialah seperti Jelita, URTV, Varia Pop, Bi-Pop, Wanita, dan juga Keluarga. Selain menjadi idola ramai di Malaysia, beliau juga merupakan ikon di Singapura, Brunei, dan Indonesia. Selain menjadi idola ramai, Sharifah juga pernah dijadikan sebagai Role Model di Singapura dan Indonesia. Sharifah Aini sememangnya seorang artis yang begitu dikagumi oleh masyarakat di Indonesia sekaligus menjadikan beliau sebagai artis ternama Nusantara dan Asia Tenggara.

Selepas Era Sharifah Aini

Selepas zaman kegemilangan Sharifah Aini muncul sebagai Penghibur No.1 Malaysia dan Asia, artis lain yang mengambil alih kedudukan beliau sebagai Penghibur No.1 Malaysia ialah Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sehingga kini, pencapaian beliau tiada tandingan dan sukar untuk menandingi kejayaan yang dimiliki olehnya kerana pencapaian beliau merupakan pencapaian tertinggi yang jarang sekali dimiliki oleh artis lain.

Pecah rekod

Nama Sharifah sudah tercatat sebanyak 3 kali di dalam Malaysian Book of Records. Antara rekod kejayaannya yang tersenarai ialah Artis paling banyak merakamkan album dan juga Residen Artis paling lama di bawah syarikat rakaman.

Diva Jutawan

Fail:Ruang Tamu Rumah Datuk.jpg
Ruang Tamu Rumah Datuk

Sharifah Aini juga merupakan jutawan di Malaysia. Beliau adalah antara artis terkaya Malaysia. Kekayaan beliau disebabkan oleh kerja keras dan usaha serta bakat yang dimilikinya. Pernah suatu ketika dahulu beliau hampir diisyhtiharkan muflis. Namun, beliau tetap berusaha dan akhirnya beliau berjaya membatalkan muflis. Kini, beliau bangkit semula dan telah mengekalkan statusnya sebagai seorang artis Jutawan. Beliau mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit. Sharifah bukan sahaja mempunyai aset di Malaysia, beliau juga mempunyai aset yang begitu bernilai iaitu seperti sebuah rumah kondominium yang terletak di negara Arab seperti Mekah. Selain sebuah rumah mewah, beliau juga mempunyai beberapa buah kereta mewah hasil daripada titik peluhnya.

Pengiktirafan Seorang Diva

Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Biduanita Lagenda

Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.

Kontroversi

Pertelingkahan dengan ibu

Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya. Pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya telah menyebabkan isu Sharifah mahu menyaman ibunya. Setelah lama kes ini dibicarakan, akhirnya kes tersebut telah selesai setelah Sharifah dan ibunya berbaik semula.

Kes memfitnah Siti Nurhaliza

Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004. Kes tersebut berakhir dengan dibuang tanpa perbicaraan.

Perkahwinan di ambang perceraian

Wedding Of The Year 1981

Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.

Projek akan datang

Azam Sharifah pada tahun 2007, beliau mahu menerbitkan album terbarunya. Ia suatu projek yang besar dan jikalau projek album terbaru beliau tercapai, ia akan dijadikan sebagai satu sejarah di dalam industri muzik dan sudah tentu nama Sharifah akan tercatat sekali lagi di dalam Malaysia Book of Records. Pada tahun 2008 nanti, genaplah 40 tahun beliau menceburi bidang seni.

Album

  • Seri Dewi Malam
  • Kekasih Pujaan
  • Perwira
  • Jatuh Cinta
  • Bunga Tanjung
  • Hapuslah Airmatamu
  • Air Mata Kasih
  • Burung Pungguk
  • Bintang Pujaan
  • Terbang Helang
  • Hatiku Di Hatimu
  • Kenang Daku Dalam Doamu
  • Yayadan
  • Seribu Mawar
  • Syahdu
  • Woman In Love
  • Diva Sharifah Aini
  • Bukan Cinta Biasa


Pencapaian Biduanita Negara

  • Juara Bintang RTS (Tiga Malam - 1968)
  • Penghibur Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 1972-1977)
  • Penghibur Wanita Popular (Anugerah PAPITA 1970-1976, 1979)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Hapuslah Airmatamu- Festival Filem Malaysia 1977)
  • Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
  • Anugerah Penghibur Terbaik Asia Pasifik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
  • Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983
  • Anugerah Artis Evergreen Paling Sensasi (Anugerah Media Hiburan 2000)
  • Anugerah Pencapaian Seni Terbaik (Anugerah PAPITA 2000) [1]
  • Anugerah Khas Planet Muzik (Anugerah Planet Muzik 2001)
  • Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah 2001)
  • Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002)
  • Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003)
  • Anugerah Diva Sepanjang Zaman (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali 2004)
  • Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006)

Biduanita Asia

Fail:Biduanita Asia.jpg
Biduanita Asia
  • Telah menjuarai pertandingan Tilawah al-Qur'an peringkat kebangsaan sebanyak dua puluh kali.
  • Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'.
  • Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea.
  • Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia.
  • Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975.
  • Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura.
  • Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia.
  • Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia.
  • Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia
  • Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara.
  • Nama tercatat di dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman'.
  • Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini.
  • Datuk Sharifah Aini bukan sahaja dikenali oleh artis-artis di Asia, beliau juga dikenali oleh beberapa komposer dan artis-artis di Barat. Beliau juga pernah mengadakan persembahan di Amerika Syarikat dan juga pernah ditemu bual oleh sebuah Stesen Televisyen terkenal di sana iaitu 'Music Television (MTV)' di era 70an. Artis antarabangsa yang begitu mesra dengan beliau ialah seorang personaliti terkenal Dunia, Oprah Winfrey yang merupakan 'Wanita Kulit Hitam Terkaya Dunia'.
  • Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai 'Role Model' oleh semua lapisan masyarakat.
  • Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik.
  • Sharifah pernah tersenarai dalam 'Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia' di sekitar era 70an dahulu.
  • Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.
  • Satu-satunya artis yang pernah mengadakan persembahan amal tanpa mengenakan bayaran.

Filem lakonan

1976- Hapuslah Airmatamu

1980- Sumber Ilhamku

1981- Bintang Pujaan

2006- Diva Popular

Lagu

  • Siring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika
  • Hapuslah Air Matamu
  • Bunga Tanjung
  • Jalak Lenteng
  • Maafkanlah
  • Yayadan
  • Seksa
  • Dondang Sayang
  • Sri Mersing
  • Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Hj Arshad
  • Fatwa Pujangga
  • Seribu Mawar
  • Hatiku Melekat Di Hatimu
  • Ingatan Manis Di Bulan September
  • Jatuh Cinta
  • Kasihnya Ibu
  • Kau Tinggi Di Awan Biru
  • Hiburkanlah Hatiku
  • Kau Pergi Tanpa Pesan
  • Kau Racun Hidupku
  • Jauh Di Mata
  • Seri Dewi Malam
  • Kau Yang Bernama
  • Yang Sangat Ku Sayang
  • Kekasih Pujaan
  • Keresahan
  • Putus Kasih
  • Oh Di Mana
  • Di Pinggir Kayangan
  • Pantun Kasih
  • Gerimis Mengundang
  • Patah Hati
  • Seroja
  • Teratai
  • Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
  • Kudaku Lari
  • Anak Ayam - duet bersama Too Phat
  • Sumber Ilham Seniku
  • Cemburu
  • Kasih
  • Kisah Yang Lalu
  • Melayu Takkan Hilang Di Dunia
  • Songket

Pautan luar