Pergi ke kandungan

Gempak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3542809 pada 03:53, 31 Januari 2015 oleh Hafeez Parkour28 (bincang | sumb.) (Kartunis)
Gempak
Muka hadapan Gempak edisi 254 yang menampilkan maskot Gempak Starz iaitu Starz sempena iklan pertama Gempak Starz di Animax
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Tarikh penerbitanJun 1998


Gempak merupakan sebuah majalah komik di Malaysia. Ia diperkenalkan pada bulan Jun 1998 dengan motonya Satu Isu, Satu Surprise. Kemudian, motonya bertukar kepada Majalah Komik Generasi Baru. Sehingga Mei 2001, Majalah Gempak yang merupakan majalah terbitan Kumpulan Art Square diterbitkan setiap bulan. Bermula dari isu 37 yang dikeluarkan pada 1 Jun 2001, majalah ini diterbitkan sebagai majalah dwibulanan sehingga sekarang. Sasaran pembacanya ialah di antara 13 hingga 25 tahun. Kemunculan Gempak adalah untuk memberikan maklumat terkini mengenai komik, permainan video dan sehingga model aksi berasaskan komik, permainan video, animasi dan filem. Gempak merupakan majalah komik yang paling terkenal di Malaysia.[perlu rujukan]

Majalah ini juga pernah memaparkan buku kecil Starz di antara isu 71 hingga 107, sebelum dijadikan majalah pada Jun 2004. Majalah ini diberhentikan penerbitannya selepas lebih empat tahun diterbitkan, dan hampir semua kolum yang dimuatkan dalam majalah Starz juga dipindahkan ke Majalah Gempak.

Wajah baru majalah Gempak sekarang mula digunakan pada isu 288 yang diterbitkan pada 15 November 2011. Motonya juga telah bertukar kepada One Issue! One Surprise!, daripada Komik, Animasi, Game, Toys dan News.

Kartunis

Komik

Lihat juga

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.