Pergi ke kandungan

Luxembourg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3965451 pada 16:41, 7 April 2017 oleh Chongkian (bincang | sumb.)
Duchy Agung Luxembourg
دوچي اڬوڠ لوكسمبورڬ
Groussherzogtum Lëtzebuerg
Grand-Duché de Luxembourg
Großherzogtum Luxemburg
Bendera Luxembourg
Jata Luxembourg
Bendera Jata
Cogan kata"Mir wëlle bleiwe wat mir sinn"
Kami ingin mengekalkan diri sendiri
Lagu kebangsaanOns Hémécht
Tanah Airku
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Luxembourg
Bahasa rasmiBahasa Luxembourg, Perancis, Jerman
KerajaanDuchy Berperlembagaan
Henri
Xavier Bettel
Penubuhan
• Kemerdekaan
9 Jun 1815
• Perairan (%)
-
Populasi
• Perkiraan 2007
480,222 (ke-171)
• Bancian Penduduk 2001
439,539
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$32.6 bilion (ke-97)
$68,800 (pertama)
HDI (2004)0.945
sangat tinggi · ke-12
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET3)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (WEST)
Kod panggilan352
Kod ISO 3166LU
DPT internet.lu

Luxembourg atau rasminya Duchy Agung Luxembourg (bahasa Perancis: Grand-Duche de Luxembourg, bahasa Jerman: Großherzogtum Luxembourg, bahasa Luxembourg: Groussherzogtum Lëtzebuerg) adalah sebuah negara yang tidak bersempadan dengan laut di Eropah bahagian barat laut, bersempadan dengan Perancis (sempadan panjang 73 km), Jerman (panjang sempadan 138 km) dan Belgium (panjang sempadan 148 km). Merupakan negara dengan luas 2,586 kilometer persegi.

Geografi

Luxembourg adalah salah satu negara terkecil di Eropah. Dia berada pada kedudukan ke-167 dalam ukurannya berbanding negara-negara lain. Negara ini luasnya sekitar 2,586 km². Luxembourg bersempadan dengan wilayah Luxembourg milik Belgium di sebelah barat, yang luasnya sebesar 4,443 km², hampir dua kali luas negara ini.

Di utara, bahagian-bahagian dari Ardennes, berbukit-bukit dan gunung-gunung dengan ketinggian rendah, dengan Buurgplaatz sebagai titik tertinggi pada 559 m. Bahagian lain dari negara ini juga berbukit-bukit.

Sempadan timur Luxembourg dibentuk oleh tiga sungai, Moselle, Sauer/Sure dan Our.

Ekonomi

Ekonomi yang stabil, berpendapatan tinggi mencirikan pertumbuhan yang sederhana, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah pula. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain. Dalam beberapa dekad terakhir, pertumbuhan dalam sektor kewangan telah lebih dari menggantikan penurunan dalam baja. Sektor perkhidmatan, khususnya perbankan, menyumbangkan perkadaran yang bertumbuh dari ekonomi. Agrikultur berdasarkan pada pertanian kecil yang dimiliki keluarga-keluarga. Luxembourg secara khusus mempunyai hubungan dagang dan kewangan yang rapat dengan Belgium dan Belanda, dan sebagai ahli Kesatuan Eropah juga menikmati keuntungan-keuntungan dari pasaran Eropah yang terbuka. Luxembourg mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia, sebanyak US $ 87,955 (2005). Tingkat pengangguran 4.4% dari seluruh angkatan kerja pada Julai 2005.

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Luxembourg

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Luxembourg

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.