Streptopelia
Streptopelia | |
---|---|
Tekukur berkolar Eurasia (Streptopelia decaocto) adalah satu spesies tekukur berkolar yang biasa dan mudah dijumpai | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Columbiformes |
Keluarga: | Columbidae |
Subkeluarga: | Columbinae |
Genus: | Streptopelia Bonaparte, 1855 |
Spesies | |
Sekitar 15 spesies, lihat teks |
Streptopelia adalah satu genus burung tekukur berkolar dalam keluarga Columbidae. Nama Streptopelia berasal daripada perkataan Greek Tua streptos, "kolar" dan peleia, "tekukur".[1] Spesies burung dalam genus ini berbentuk ramping, dan bersaiz kecil-sederhana. Bahagian atasnya berwarna perang cair, manakala bahagian bawah kadang kala berwarna merah jambu pudar. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri seperti tampalan hitam-dan-putih di leher dan siulan senada.
Asal-usul genus genus ini adalah dari Afrika, tetapi beberapa spesies ditemui di kawasan tropika selatan Asia. Sebagai satu kumpulan, genus ini amat berjaya; banyak spesies boleh didapati dalam habitat di kawasan tropika, dan dua spesies antaranya boleh ditemui dengan meluas.
Tekukur Berkolar Eurasia, Streptopelia decaocto, secara alaminya bertebaran jauh dari habitat asalnya di kawasan beriklim panas bermula di tenggara Eropah hingga ke Jepun; dan membuat koloni di seluruh Eropah, hingga sejauh Great Britain menjelang tahun 1960, dan Ireland tidak lama kemudian. Ia juga dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan setakat tahun 1999, ia dilaporkan hidup di 22 buah negeri dan masih merebak dengan cepat.
Satu analisis turutan DNA telah memutuskan bahawa genus terdiri daripada tiga warisan yang berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada laughing dove dan Tekukur Merbuk Balam, yang mana telah lama diakui mempunyai kelakuan dan morpologi berbeza. Kumpulan kedua terdiri daripada kebanyakan spesies lain kecuali tekukur penyu Malagasy dan pink pigeon, yang mana merupakan spesies terselamat dari radiasi Madagascar/Mascarenes dan dahulunya diletakkan dalam genera berlainan. Hubungan dua-spesies ini rupa-rupanya merupakan saudara dekat dan tidak boleh dipastikan berada dalam genus Columba atau Streptopelia (walaupun secara keseluruhannya mereka agak dekat dengan yang sebelumnya). Oleh itu, ia mungkin dipisahkan kepada dua sebagai genera yang berbeza, dinamakan sebagai Spilopelia untuk kumpulan pertama (meskipun tidak memiliki keutamaan ke atas Stigmatopelia, yang disebutkan pada awalnya,[2] telah dipilih dalam prinsip semakan pertama) dan Nesoenas untuk kumpulan terakhir.[3]
Spesies
[sunting | sunting sumber]
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan pilogenetik berdasarkan pada Johnson et al. (2001).[3] |
Genus Streptopelia
- Tekukur berkolar Eurasia atau tekukur berkolar, Streptopelia decaocto
- Tekukur Barbary Streptopelia risoria (domesticated; taxonomic status doubtful)
- Tekukur berkolar Afrika, Streptopelia roseogrisea
- Tekukur penyu Eropah Streptopelia turtur
- Tekukur penyu Timur Streptopelia orientalis
- Tekukur penyu Dusky, Streptopelia lugens
- Tekukur penyu Adamawa, Streptopelia hypopyrrha
- Tekukur berkolar Island, Streptopelia bitorquata
- Tekukur berkolar Filipina, Streptopelia dusumieri
- Tekukur berkolar sayap Putih, Streptopelia reichenowi
- Tekukur berkolar Mourning, Streptopelia decipiens
- Tekukur Mata Merah, Streptopelia semitorquata
- Tekukur leher cincin, Streptopelia capicola
- Tekukur Vinaceous, Streptopelia vinacea
- Tekukur penyu Merah, Streptopelia tranquebarica
Genera Spilopelia dan Nesoenas dahulu pernah diletakkan dalam Streptopelia, tetapi kini telah diasingkan untuk membentuk polipiletik.
Genus Spilopelia
- Tekukur ketawa Spilopelia senegalensis (kadang kala diasingkan sebagai Stigmatopelia)
- Tekukur Merbuk Balam Spilopelia chinensis
Genus Nesoenas
- Tekukur penyu Malagasy, Nesoenas picturatus
- †Tekukur Rodrigues, Nesoenas rodericanus - pupus (sebelum tahun 1690?)
- Tekukur merah jambu, Nesoenas mayeri
- †Tekukur merah jambu Réunion, Nesoenas duboisi - pupus (sekitar tahun 1700)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jobling, James A (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 367. ISBN 978-1-4081-2501-4.
- ^ Sundevall, Carl (1872). Methodi naturalis avium disponendarum tentamen. Försök till fogelklassens naturenliga uppställnung. Stockholm: Samson and Wallin. m/s. 100.
- ^ a b Johnson KP, De Kort S, Dinwoodey K, Mateman AC, Ten Cate C, Lessells CM, Clayton DH (2001). "A molecular phylogeny of the dove genera Streptopelia and Columba" (PDF). Auk. 118 (4): 874–887. doi:10.1642/0004-8038(2001)118[0874:AMPOTD]2.0.CO;2.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Streptopelia |
Kategori berkenaan Streptopelia di Wikimedia Commons Kategori berkenaan Streptopelia di Wikimedia Commons