Pergi ke kandungan

Sari Yanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4902363 pada 08:31, 30 September 2020 oleh 42.190.235.214 (bincang) (Filemografi)
Sari Yanti
Fail:Sari yanti01.jpg
Sari Yanti pada 2007.
Kelahiran
Sari Yanti binti Mohamad Nazari

(1984-11-09) 9 November 1984 (umur 39)
PendidikanDiploma Pengajian Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif2006–2020 (pengunduran sementara)
PasanganMohd Eddy Casmady Che Hussein (k. 2009; c. 2014)
Jep Sepahtu (k. 2017)
Anak-anak4

Sari Yanti binti Dato' Mohamad Nazari (lahir 9 November 1984)[a] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara (2007–2009).[1] Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa siri TV seperti Juanna (2008), Annissa (2009), Suria di Cordoba (2011), BFF: Teman Tapi Mesra (2012) dan Cik Serba Tahu (2017).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 9 November 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik, berdarah kacukan Melayu dan Minang. Beliau menetap di Damansara bersama keluarganya. Beliau belajar di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan mendapat Diploma Pengajian Perniagaan.[2]

Kerjaya

Sari Yanti memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan selepas memenangi pertandingan gadis penghias muka depan pada tahun 2006. Beliau mula dikenali sejak muncul dalam iklan Hotlink, yang turut dibintangi oleh Bront Palarae.[3]

Beliau ditawarkan oleh Aziz M. Osman untuk menjayakan watak utama sebagai Kaisara dalam siri drama remaja Kisah Kaisara terbitan Ace Motion Pictures dan disiarkan di TV3. Drama ini menjalani penggambaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Ia mengisahkan kehidupan pelajar sekolah yang bertudung.[4] Penampilan filem pertama Sari ialah menerusi watak pembantu dalam filem aksi perlumbaan kereta Impak Maksima arahan Ahmad Idham.[5]

Pada 11 November 2008, Sari memegang watak Juanna, seorang gadis yang menjadi mangsa dera ibu bapa tirinya dalam siri drama dengan tajuk sama yang disiarkan di TV1.[6] Beliau pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 kategori "Artis Baru Wanita Popular". Pada tahun 2011, beliau menjayakan watak Suria Khadijah Parker, seorang wanita kacukan Melayu-Sepanyol yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[7] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama SepanyolCordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor.[8]

Beliau memegang watak sebagai Shahidah dalam siri drama komedi romantik remaja BFF: Teman Tapi Mesra bersama Muniff Isa, Syatilla Melvin dan Irfan Roslan. Drama ini memulakan siaran di TV3 bermula 15 Januari 2012, ia mengisahkan tentang hubungan antara Shahidah dan Iskandar yang terjalin sejak bangku sekolah.[9]

Sejak 2013, beliau telah menjadi penerbit dan telah menubuhkan syarikat penerbitanya, Apna Addo.[10] Sari menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama keislaman I-Kids di Astro Ceria; memegang watak sebagai ibu Aliff.

Pada 17 Januari 2015, Sari memegang watak utama bersama Faizal Hussein dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Sari menjayakan watak sebagai Salmah.

Dari 6 hingga 9 Ogos 2015, Sari membuat penampilan sulungnya di pentas teater menerusi teater Hexa X Unus yang menggandingkan beliau bersama penyanyi dan pelakon Aqasha.[11]

Pada 27 Mac 2017, Sari memegang watak Aerna Isyqee dalam siri drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil, Cik Serba Tahu yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak. Beliau dilaporkan menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir akibat pertindihan jadual kerja.[12]

Pada Mac 2020, Sari Yanti mengumumkan di akaun Instagram beliau bahawa tidak lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan.[13]

Kehidupan peribadi

Sari berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, dan bercerai secara rasmi pada 11 Disember 2014.[14][15] Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.[16][17][18] Pada 14 Jun 2014, Sari dan bekas suami telah bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara baik terhadap permohonan nusyuz (kembali taat) terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.[19][20]

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.[21][22][23] Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.[24][25][26] Sari mewujudkan laman Instagram Dariya Inara—@dariyainaraofficial pada Mei 2018 .[27]

Pada Julai 2016, dalam satu temuramah bersama Star2, Sari mendedahkan beliau pernah dikejar oleh seekor lembu pada ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.[28]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Wan Sharmila.[29]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah
2007 Impak Maksima Siti Ahmad Idham
2010 Hooperz Ina Diana Rosihan Zain
2011 Misteri Jalan Lama Setiausaha Iskandar Afdlin Shauki

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007-09 Kisah Kaisara Kaisara TV3
2008 Juanna Juanna TV1
Sofea Zahra Sofea Astro Ria
2009 Mingguan Lelaki Misha
Annissa TV3
2011 Suria Di Cordoba Suria Khadijah Parker Astro Prima
2012 Paan & Paiz Dira TV3
BFF: Teman Tapi Mesra Shahidah TV3
2014 Mail & Sudin Sambut Ramadan Mawar Astro Citra, Astro Maya HD
Anugerah Terindah Riana TV3
Kifarah 2: Nombor Netty TV3
Cinta Si Egois Lisa HyppTV
Sarafina Sarafina Astro Prima
2015 Cinta Si Egois Lisa Hypp Sensasi
Mencari Mubarakh Masyitah TV1
2016-17 Jenaka Kampung Kalut Milah TV3
2016 Lip Lap Raya HyppTV
I-Kids Astro Ceria
2017 Cik Serba Tahu Aerna Isyqee Astro Ria
Inayah Inayah Astro Mustika HD

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2006 Hotlink (Maxis) Prepaid bersama Bront Palarae
2007 KFC
2010 Sunsilk
2011 Rexona

Teater

Tahun Tajuk
2015 Hexa X Unus

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Yeop... Kaya Ke Dahlia TV3
Pilot Dara TV2
Menantu Mak Uteh TV3
2014 Nur Balqis Cikgu Nur Balqis TV1 Telefilem sempena Hari Guru
2015 Perangkap Perkahwinan Astro Ria Penerbit
Penjara Seorang Isteri Salmah Astro Oasis
Ramadan Berteduh Syawal TV9
Ayah Den Lapeh Astro Ria
2016 Segi Tiga Alina Astro Ria
2017 Roda Ceketeng TV2
Surat Buat Bakal Isteriku Qiasara Astro Ria
2019 Pagar TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014 Fear Factor Malaysia Astro Ria Peserta
2017 Sepahtu Reunion Astro Warna Tetamu undangan

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Artis Baru Wanita Popular Sari Yanti Tercalon
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012 Anugerah Rambut Menawan Wanita Tercalon
2016 Anugerah Stail EH! 2016 Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
2017 Anugerah Stail EH! 2017 Tercalon
Pasangan Selebriti Pilihan Jep Sepahtu & Sari Yanti Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Couple Meletop Menang

Catatan

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon wanita Korea Selatan, Ku Hye-sun.

Rujukan

  1. ^ Budiey (31 Oktober 2007). Drama bersiri Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2011.
  2. ^ Sari Yanti selesa bertudung Sinar Harian. 21 Mac 2012.
  3. ^ "Sari Yanti set for the big time". The Star Online. 1 Jun 2007. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  4. ^ Wahida Asrani (25 Jun 2009). "Kaisara ingin rasai dunia percintaan". mSTAR Online. Dicapai pada 23 April 2010.
  5. ^ Zainuri Misfar (21 Ogos 2007). "Aksi Impak Maksima Ada Mesej Tersendiri". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2010.
  6. ^ Drama Juanna lakonan Sari Yanti Sensasi Selebriti (5 November 2008). Dicapai pada 21 Jun 2010.
  7. ^ Budiey (24 Mei 2011). "Suria Di Cordoba di Astro Prima". Senasasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  8. ^ Khadijah Ibrahim (6 Jun 2011). "Temui Suria Di Cordoba". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  9. ^ "Sari Yanti dalam Teman Tapi Mesra". Sinar Harian. 9 Februari 2012. Dicapai pada 18 Jun 2012.
  10. ^ Zaidi Mohamad (6 Jun 2015). "Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  11. ^ Zaidi Mohamad (3 Ogos 2015). "Sari Yanti cemas diganding dengan Aqasha". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  12. ^ "Simpan rahsia anak majikan". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai pada 2 Mei 2018.
  13. ^ Zulaikha Yusof (10 Mac 2020). Sari Yanti tidak akan kembali berlakon, Jep Sepahtu selesa isteri berada di rumah Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  14. ^ "Sari Yanti bercerai dengan ahli perniagaan". Berita Harian. 18 Disember 2014. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  15. ^ "Sari Yanti minta 'berpisah'". Utusan Malaysia. 10 Mac 2014. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  16. ^ Nurul Fadila Awaludin (13 Jun 2015). "Status janda buat Sari sibuk". Kosmo!. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  17. ^ "Sesibuk mana Sari Yanti tetap luang masa dengan anak". Berita Harian. 25 September 2014. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  18. ^ Izwan Mohd Isa (22 Disember 2014). "Hidup baharu Sari Yanti". Kosmo!. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  19. ^ Dhiyazulhilmi Daud (14 Jun 2016). "Sari Yanti, bekas suami setuju selesai kes nusyuz secara baik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  20. ^ Mohd Azrin Mohammad (13 Jun 2016). "Mohd. Edy, Sari Yanti setuju selesai nusyuz secara baik". Kosmo!. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  21. ^ Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad (24 Februari 2017). "Sari Yanti, Jep bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  22. ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2017). "Sari Yanti selesa dengan personaliti Jep". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  23. ^ Ifqdar Rahman (26 Februari 2017). "Jep Sepahtu, Sari Yanti bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Julai 2017.
  24. ^ (TAHNIAH) Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Pertama Beautifulnara (26 April 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.
  25. ^ Siti Zurina (26 April 2018). Tahniah! Sari Yanti selamat timang anak ketiga selepas 8 tahun alami keguguran sebelum ini Hijabista. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  26. ^ Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan Sinar Harian (26 April 2018). Dicapai pada 5 Julai 2018.
  27. ^ Nan Hidayat Nan Azmie (6 Mei 2018). Sari Yanti turut wujudkan IG anak Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  28. ^ Kenneth Chaw (6 Julai 2016). "Actress Sari Yanti was once chased by a cow". Star2. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  29. ^ Izwan Mohd Isa (23 Julai 2015). Wan Sharmila, Sari Yanti berkongsi rasa Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2015.

Pautan luar