Khilaf Asmara
Khilaf Asmara | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Uchee Fukada |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Melepaskanmu - Amylea Azizan |
Lagu penutup | Khilaf Asmara - Shila Amzah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisham A. Karim |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One Sdn Bhd |
Syarikat pengedaran | Disney+ Hotstar (Entiti pemberi lesen Disney) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 18 April 2022 – kini |
Khilaf Asmara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Uchee Fukada, dibintangi oleh Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 18 April 2022 menggantikan drama Bila Hati Memilih Dia. [1] Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Aizat (Fahrin Ahmad) dan Hanim (Fasha Sandha) hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizat ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma (Nelydia Senrose), seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman (Fattah Amin). Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Pelakon
- Nelydia Senrose sebagai Irma
- Fasha Sandha sebagai Hanim
- Fattah Amin sebagai Luqman
- Fahrin Ahmad sebagai Aizat
- Amy Mastura sebagai Wan Su
- Rahim Jailani sebagai Dato Amir
- Wan Raja sebagai Saiful
- Josiah Hogan sebagai Ryzal
- Auni Zahra sebagai Tasya
Rujukan
- ^ Drama Khilaf Asmara. MyInfoTaip. Dicapai 17 April 2022