Pergi ke kandungan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5649191 pada 12:45, 19 Ogos 2022 oleh Nash Damasutra (bincang | sumb.) (Kepimpinan: Fixed typo)
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
Nama Bahasa InggerisMalaysian Great Indigenous Party
SingkatanPUTRA
PresidenIbrahim Ali
PengerusiDato' Asmawar Samat
Setiausaha agungBorhan Ahmad Zakaria
Timbalan PresidenMohd Khalid Yunus
Naib Presiden
Ketua Wira MalaysiaNasrul Ali Hasan Abdul Latif
Ketua Wiranita MalaysiaHajjah Noor Asikin Yusoff
Ketua Wirawati MalaysiaNurhafizah Jamalludin
PengasasIbrahim Ali
Diasaskan17 Ogos 2018
Didaftarkan9 Mei 2019
Penggabungan kebangsaanGerakan Tanah Air
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri
0 / 607

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan dan dipimpin oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali.

Penubuhan

PUTRA diasaskan oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018[1] Pendaftarannya telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019[2] selepas jawatankuasa penaja parti menghantar permohonan pada 13 Ogos 2018[3].

Ibrahim Ali juga merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengumumkan bahawa PUTRA akan menjadi suatu parti alternatif kepada orang Melayu dan akan memperjuangkan hak Melayu dan Islam selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. Hampir keseluruhan perlembagaan PUTRA adalah berdasarkan perlembagaan UMNO yang "asal" ketika penubuhannya pada 1946 sebagai langkah untuk memperjuangkan matlamat asal UMNO.[4] Secara umumnya, PUTRA menerima semua orang bumiputera sebagai ahli, tetapi juga menerima golongan bukan bumiputera beragama Islam sebagai ahli bersekutu.[5]

Penyertaan dalam pilihan raya

Pada November 2021, PUTRA membuat penampilan sulung dengan menyertai pilihan raya negeri Melaka. Dalam pilihan raya tersebut, PUTRA diwakili lima orang calon di lima buah kerusi Dewan Undangan Negeri.[6][7][8] Walau bagaimanapun, kesemua calon tewas dengan hilang deposit[9].

Sejarah penyertaan

Tahun Jenis Kawasan Negeri Nama Calon Catatan
2021 Pilihan raya negeri Gadek Melaka Laila Norinda Maun Hilang Deposit
Paya Rumput Muhammad Hashidi Mohd Zin Hilang Deposit
Pengkalan Batu Mohd Aluwi Sari Hilang Deposit
Duyong Mohd Faizal Hamzah Hilang Deposit
Sungai Rambai Nazatul Asyraf Md Dom Hilang Deposit

Kepimpinan

Struktur pentadbiran PUTRA terdiri daripada Dewan Tertinggi di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Data sehingga 15 Ogos 2022

Jawatan Nama
Presiden Dato' Dr. Ibrahim Ali
Timbalan Presiden Tan Sri Khalid Yunus
Naib Presiden Datuk Dr. Haji Aziz Jamaluddin Mhd Tahir
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz
(Akan digantikan)
Ketua Wira Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Ketua Wiranita Hajjah Noor Asikin Yusoff
Ketua Wirawati Nurhafizah Jamalludin
Setiausaha Agung Borhan Ahmad Zakaria
Bendahari Agung Ashraf Rosli
Ketua Penerangan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof
Ahli Dewan Tertinggi Haji Zahari Bakar
Mohd Radzhi Salleh
Mohd Nasir Othman
Mohd Fauzi Zulkifli
Prof. Dato' Dr. Che Musa Che Omar
Rosdi Idris
Jeffrus@Maimin Rijan
Che Mohd Asemari Che Ali
Rosli Hassan
Syed Hairoul Faizey Syed Ali
Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar
Dato' Kamarul Airi Arifin
Omar Jaafar
Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah
Dato' Siti Salmiah Mohamad Bazid
Nur Hamizah Abdul Manab
Roziah Jumatin
Laila Norinda Maon
Kanul Gindol
Boni Yusoff Juanico Abdullah
Meor Mohd Hilmi Meor Zainun
Prof. Madya Dr. Kamarolzaman Haji Mohd Jidi

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Abdul Hamid, Rizanizam (17 Ogos 2018). "Putra hopes to join Malaysian political scene". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Haika Khazi (Mei 8, 2019). "PUTRA sah jadi parti baharu diluluskan ROS". Bharian. Dicapai pada 7 Disember 2021.
  3. ^ Zainal, Hanis (9 Mei 2019). "Ibrahim Ali unveils new party, Putra, to fight for race and religion". The Star (Malaysia).
  4. ^ "Constitution of Ibrahim Ali's Putra mirrors that of 'old Umno'". Malaysiakini. 9 Mei 2019. Dicapai pada 10 Mei 2019.
  5. ^ Yiswaree Palansamy (9 Mei 2019). "New Bumi party welcomes non-Bumi Muslims as 'associate members'". Malay Mail. Dicapai pada 10 Mei 2019.
  6. ^ "PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN". Astro Awani. 6 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  7. ^ "PRN Melaka: Konsep 'Rasis Berperlembagaan' jadi taruhan Putra". Astro Awani. 5 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  8. ^ "PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali". Astro Awani. 13 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  9. ^ BERNAMA (November 21, 2021). "Semua calon Bebas, Putra, Iman, hilang wang deposit". HMetro. Dicapai pada 7 Disember 2021.