Pergi ke kandungan

Judas Iscariot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 909864 pada 20:27, 28 Ogos 2009 oleh MelancholieBot (bincang | sumb.) (bot menambah: bo:ཡུ་དཱ།)

Judas Iscariot atau Yudas Iscariot (bahasa Ibrani: יהודה איש־קריות, Yəhûḏāh ʾΚ-qəriyyôṯ) (meninggal sekitar tahun 29–33 Masihi) anak Simon Iscariot[1] merupakan salah seorang dari 12 Hawari mengikut Perjanjian Baru. Dia bertugas sebagai bendahara.[2]

Di kalangan orang Kristian, nama Yudas Iscariot sudah tidak asing lagi. Dia dianggap sebagai pengkhianat kerana telah menyerahkan Yesus Kristus kepada imam-imam kepala Yahudi dengan harga royalti sebanyak 30 keping perak.[3] Kitab Bible juga mencatatkan bahawa Yudas mati dengan kondisi perut terbelah dan semua isi perutnya keluar.[4] Tempatnya telah digantikan oleh Matias setelah kesebelas murid membuang undi untuk menentukan siapa orang ke-12 yang akan menggantikannya.[5]

Pandangan Islam berkenaan Yudas Iscariot

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi. Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis. Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman. Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.

Rujukan

  1. ^ Yohanes 6:71
  2. ^ Yohanes 12:6, 13:29
  3. ^ Matius 26:14-15
  4. ^ Kisah Para Rasul 1:18
  5. ^ Kisah Para Rasul 1:26