Pergi ke kandungan

Fallingwater

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Fallingwater

Fallingwater atau Kediaman Kaufmann adalah sebuah rumah yang direka oleh arkitek bernama Frank Lloyd Wright pada tahun 1935 di pedalaman barat daya Pennsylvania, 69 kilometer ([convert: unknown unit]) di tenggara Pittsburgh. Rumah ini telah dibina sebahagiannya di atas sebuah air terjun yang terletak di Bear Run, sebatang anak sungai kepada sungai Youghiogheny di tanah tinggi Laurel di pergunungan Allegheny.

Rumah ini dirujuk oleh majalah Time sebagai "karya terbaik" Wright, ia juga tersenarai di dalam senarai Smithsonian's Life List. Ia diisytiharkan sebagai Bangunan Bersejarah Negara pada tahun 1966. Pada tahun 1999, ahli Institut Arkitek Amerika (AIA) mengisytiharkan rumah ini sebagai "hasil kerja terbaik dalam sejarah seni bina Amerika", dan pada tahun 2007, ia tersenarai di tempat ke-29 dalam Seni Bina Kesukaan Amerika menurut AIA.