Keserongan
Keserongan (Jawi: کسيروڠن ; atau dikenali sebagai deklinasi atau sudut istiwa; Inggeris: Declination, simbol: δ) dalam bidang ilmu falak merupakan salah satu daripada koordinat arah titik pada sfera cakerawala (sfera samawi) dalam sistem koordinat khatulistiwa dan yang lain sama ada jarak hamal (penaikan mustakim) atau sudut jam. Jarak sudut keserongan diukur pada utara atau selatan khatulistiwa cakerawala di sepanjang bulatan jam melalui titik yang berkenaan.[1]
Penerangan
Keserongan dalam ilmu falak adalah boleh dibandingkan dengan garis lintang geografi yang diunjurkan ke sfera cakerawala.[2] Titik utara khatulistiwa cakerawala mempunyai keserongan yang positif, manakala di titik selatan pula ia mempunyai keserongan negatif. Sebarang unit ukuran sudut boleh digunakan untuk keserongan tetapi lazimnya ia menggunakan ukuran perenampuluhan yang diukur dalam darjah (°), minit (') dan saat (") dengan nilai 90° bersamaan ¼ bulatan. Keserongan dengan nilai magnitud lebih besar daripada 90° adalah tidak berlaku, kerana titik pada kutub adalah titik paling utara dan paling selatan sfera cakerawala.
Suatu jasad di
- khatulistiwa cakerawala mempunyai keserongan sebanyak 0°
- kutub utara mempunyai kecondongan sebanyak +90°
- kutub selatan mempunyai kecondongan sebanyak −90°
Tanda pada keserongan lazimnya ditulis nilainya positif atau negatif.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Balai Cerap Tentera Laut Amerika syarikat, Pejabat Almanak Nautika (1992). P. Kenneth Seidelmann (penyunting). Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac [Penerangan Tambahan kepada Almanak Ilmu Falak]. University Science Books, Mill Valley, CA. m/s. 724. ISBN 0-935702-68-7.
- ^ Moulton, Forest Ray (1918). An Introduction to Astronomy [Pengenalan kepada Ilmu Falak]. Macmillan Co., New York. m/s. 125, art. 66. di Buku Google
Pautan luar
- Mengukur Langit: Sebuah Panduan Ringkas untuk Sfera Cakerawala James B. Kaler, Universiti Illinois
- Sistem Koordinat Khatulistiwa Samawi Universiti Nebraska-Lincoln
- Penjelajahan Koordinat Khatulistiwa Samawi Universiti Nebraska-Lincoln