Pergi ke kandungan

Mat Moto Otai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Mat Moto Otai
Pengarah
PenulisSubrato Katimin
Dihasilkan oleh
Dibintangi
  • Ahmad Idham
  • Eizlan Yusof
  • Cat Farish
  • Opie Zami
Disunting olehOpie Zami
Syarikat
penerbitan
AIFA Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 6 Oktober 2016 (2016-10-06) (Malaysia)
Masa tayangan
89 minit
NegaraMalaysia
BahasaMalayu

Plot

Filem ini mengisahkan empat orang lelaki yang berumur lingkungan 40an yang menetap di Ibu Kota Kuala Lumpur. Masing-masing mempunyai kerjaya yang sangat membanggakan. Tetapi mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan di mana keempat-empat lelaki ini mempunyai anak dan isteri tetapi mereka sibuk dengan urusan tersendiri sehingga mengabaikan ayah ataupun suami mereka.

Bermula dengan kisah penangkapan anak-anak mereka oleh pihak polis dalam suatu kejadian lumba haram dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada anak-anak mereka dengan melakukan kerja amal di sebuah rumah kebajikan. Bermula dari situ perhubungan mereka menjadi lebih akrab di tambah pula mempunyai hobi yang sama terhadap motosikal. Walaupun telah berusia tetapi minat mereka terhadap kenderaan yang beroda dua ini begitu mendalam sehingga mereka menubuhkan satu kumpulan yang di namakan dengan nama “mat moto otai”. Motosikal yang digunakan walaupun berlainan bentuk, berbeza kelajuan tetapi mempunyai satu jenama yang sama iaitu Yamaha.

Bermula dari penubuhan kumpulan itu mereka berempat seringkali keluar meronda ibu kota dengan menunggang motosikal bersama sehingga telah menampakkan perubahan sikap terhadap diri mereka sendiri dengan pulang lewat malam ke rumah,berhibur di kelab malam dan berfoya-foya bersama perempuan.Mereka tidak berasa bersalah atas kelakuan tersebut kerana mereka mengangap itu hanyalah sekadar untuk mengisi kesepian yang melanda diri mereka akibat isteri-isteri yang sibuk dengan urusan mereka sendiri. Semakin lama perubahan sikap mereka semakin menjadi, mereka seringkali berjumpa bersama-sama sehingga hubungan keluarga menjadi retak akibat terjadinya bergaduhan rumah tangga.

Setiap malam mereka akan berkumpul di sebuah cafe sebelum merancang sebarang program untuk dilakukan pada malam tersebut dan kebiasaanya rutin harian mereka berempat adalah mengoda gadis-gadis di café dan kemudian dibawa ke kelab malam untuk berhibur. Pekara ini telah dapat di ketahui oleh isteri Amir ,Sulaiman,Macha dan Iskandar.Isteri-isteri mereka telah merancang untuk melakukan sesuatu kepada suami mereka agar mereka sedar dan insaf kembali.

Pada suatu malam si isteri telah mengupah beberapa gadis dibawah umur tanpa pengetahuan si suami untuk menamani mereka berhibur di kelab malam. Segala rutin harian si suami berjalan seperti biasa duduk di café sebelum pergi ke kelab malam. Semasa di kelab malam si gadis telah meletakkan ubat khayal di dalam minuman Amir ,Sulaiman,Macha dan Iskandar. Apabila mereka minum minuman tersebut si suami merasa pening dan khayal tetapi akibat ingin berhibur mereka meneruskan juga menari di dalam kelab malam tersebut.

Apabila Amir ,Sulaiman,Macha dan Iskandar sedar dari tidur, baru mereka sedari yang mereka telah berada di sebuah bilik hotel yang berasingan bersama gadis bawah umur yang sebaya umur dengan anak mereka. Mereka menjadi panik kerana beranggapan telah meniduri gadis tersebut dan terus keluar dari bilik hotel tersebut. Keadaan bertambah genting lagi apabila polis telah sampai di rumah Iskandar dan mencarinya,kebetulan hal tersebut telah di sedari oleh Iskandar. Lalu Iskandar telah menelefon ke tiga-tiga kawannya dan menyuruh supaya tidak pulang ke rumah kerana bimbang akan di tangkap oleh polis.

Akhirnya Iskandar telah mencadangkan kepada kawannya untuk pergi bersembunyi di rumah percutian milik Iskandar. Apabila kesemuanya telah sampai masing-masing menyalahkan antara satu sama lain atas kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan polis mencari mereka dan memusnahkan masa depan mereka. Akhirnya mereka semua sepakat untuk bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku dan menyerahkan diri di balai polis. Semasa di dalam lokap Amir, Sulaiman, Macha dan Iskandar telah mengenangkan kembali kenangan mereka semua bersama keluarga mereka dan mereka menyesal atas kejadian yang telah berlaku.

Setelah beberapa hari dalam tahanan polis akhirnya Amir, Sulaiman, Macha dan Iskandar telah di bebaskan. Apabila mereka keluar sahaja dari balai polis isteri Amir, Sulaiman, Macha dan Iskandar telah menunggu mereka semua dan menceritakan tentang kejadian yang sebenar. Si isteri melakukan perkara ini adalah untuk memberi pengajaran kepada si suami agar tidak berada dalam kelekaan dunia.

Pelakon

Penampilan kameo

Rujukan

Pautan luar