Pergi ke kandungan

Wikipedia:Pengenalan bahasa Melayu/ms

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Malaysia Brunei Singapura Ingin tahu tentang bahasa Melayu? Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Krismas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Sejak kebelakangan ini kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.