Zetabait
Kuantiti bait | |||||
---|---|---|---|---|---|
Awalan SI | Kegunaan sejarah | Awalan perduaan | |||
Simbol (nama) |
Nilai | Simbol | Nilai | Simbol (nama) |
Nilai |
kB (kilobait) | 10001 = 103 | KB | 10241 = 210 | KiB (kibibait) | 210 |
MB (megabait) | 10002 = 106 | MB | 10242 = 220 | MiB (mebibait) | 220 |
GB (gigabait) | 10003 = 109 | GB | 10243 = 230 | GiB (gibibait) | 230 |
TB (terabait) | 10004 = 1012 | TB | 10244 = 240 | TiB (tebibait) | 240 |
PB (petabait) | 10005 = 1015 | PB | 10245 = 250 | PiB (pebibait) | 250 |
EB (eksabait) | 10006 = 1018 | EB | 10246 = 260 | EiB (eksbibait) | 260 |
ZB (zetabait) | 10007 = 1021 | ZB | 10247 = 270 | ZiB (zebibait) | 270 |
YB (yotabait) | 10008 = 1024 | YB | 10248 = 280 | YiB (yobibait) | 280 |
Zetabait (diterbitkan daripada awalan SI, zeta-) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu sekstilion (satu triliard skala panjang) bait. Simbolnya ialah ZB. Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu zetabait.
Apabila digunakan dengan gandaan bait, awalan SI boleh merujuk kepada asas 1000 atau 1024 dan oleh itu, nilainya yang tepat boleh merupakan:
- 1,000,000,000,000,000,000,000 bait — 10007 atau 1021; atau
- 1,180,591,620,717,411,303,424 bait — 10247 atau 270.
Istilah zebibait yang menggunakan awalan perduaan telah dicadangkan sebagai rujukan yang tidak kabur kepada nilai kedua yang tersebut di atas.
Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu zetabait. Menurut International Data Corporation (IDC), jumlah data elektronik yang dicipta dan disimpan di seluruh dunia bertambah sebanyak 10 kali daripada jumlah yang wujud pada tahun 2006 sebanyak 180 eksabait (0.18 zetabait). Ini membayangkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak hampir 60%.[1] lebih...
Lihat juga
Rujukan
- ^ John F. Gantz (2008). "The Expanding Digital Universe: An Updated Forecast of Worldwide Information Growth Through 2011" (PDF). International Data Corporation, ditaja oleh EMC Corporation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-03-12. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|month=
ignored (bantuan)