28 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
28 Mac merupakan hari ke-87 (hari ke-88 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 278 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di Republik Czech.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 37 – Maharaja Rom Caligula menerima gelaran-gelaran Prinsipat kurniaan Senat.
- 193 - Pengawal Praetoria membunuh Maharaja Rom Pertinax dan menjual singgahsananya kepada Didius Julianus dalam satu jualan lelong.
- 364 – Maharaja Valentinianus I melantik adindanya Flavius Valens sebagai penguasa bersama Rom.
- 845 - Mengikut saga Norse legenda, penyerang Viking di bawah Ragnar Lodbrok menawan Paris dan menuntut wang tebusan yang amat banyak.
- 1794 – Perikatan pimpinan putera Coburg menumpaskan tentera Perancis di Le Cateau.
- 1795 - Pembahagian Poland: Fief utara Komanwel Poland–Lithuania, Duci Courland dibubarkan dan menjadi sebahagian Empayar Rusia.
- 1809 – Perang Semenanjung: Perancis menumpaskan Sepanyol di Pertempuran Medelin.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: Serangan terhadap Wilayah New Mexico oleh angkatan tentera Negeri-Negeri Gabungan dihentikan dalam Pertempuran Genting Glorieta.
- 1910 – Henri Fabre menjadi orang pertama yang menerbangkan pesawat laut setelah Fabre Hydravion dikenderainya berlepas dari landasan berair berhampiran Martigues, Perancis.
- 1913 – Guatemala menyertai perjanjian hak cipta Buenos Aires.
- 1930 – Constantinople dan Angora masing-masing bertukar namanya menjadi Istanbul dan Ankara.
- 1939 – Perang Saudara Sepanyol: Generalissimo Francisco Franco menakluki Madrid.
- 1969 – Pemuisi Yunani dan pemenang Hadiah Nobel, Giorgos Seferis, mengeluarkan kenyataan menentang pemerintahan tentera di negaranya menerusi siaran BBC World Service.
- 1979 - Peleburan teras separa reaktor nuklear Three Mile Island (gambar) berhampiran Harrisburg, Pennsylvania menyebabkan sekitar 43 kCi (1.59 PBq) kripton beradioaktif terbebas ke udara.
- 1990 – Presiden A.S. George H. W. Bush mengurniakan anugerah Pingat Emas Kongres kepada mendiang Jesse Owens.
- 1994 – Di Afrika Selatan, orang-orang Zulu dan penyokong Kongres Kebangsaan Afrika bertempur di pusat bandaraya Johannesburg, menyebabkan 18 orang terkorban.
- 2005 - Gempa bumi Nias melanda Sumatera Utara, Indonesia, mengorbankan kira-kira 1,300 orang.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1959 - Laura Chinchilla, seorang Presiden Costa Rica
- 1999 - Scarlett Sperduto, pelakon A.S.