Pergi ke kandungan

Musa Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa Aman
موسى أمان
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11
Menyandang jawatan
1 Januari 2025
(3 hari)
Dilantik olehSultan Ibrahim
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehJuhar Mahiruddin
Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
27 Mac 2003 – 12 Mei 2018
(15 tahun, 1 bulan dan 15 hari)
GabenorAhmadshah Abdullah
(2003–2010)
Juhar Mahiruddin
(2011–2018)
TimbalanWences Angang
(2003–2004)
Tham Nyip Shen
(2003–2004)
Lajim Ukin
(2003–2004)
Joseph Pairin Kitingan
(2004–2018)
Chong Kah Kiat
(2004–2007)
Yahya Hussin
(2004–2018)
Raymond Tan Shu Kiah
(2007–2018)
Jeffrey Kitingan
(11–12 Mei 2018)
Hajiji Noor
(11–12 Mei 2018)
Masidi Manjun
(11–12 Mei 2018)
Didahului olehChong Kah Kiat
Digantikan olehShafie Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Sungai Sibuga
Dalam jawatan
19 Februari 1994 – 26 September 2020
(26 tahun, 7 bulan dan 7 hari)
Didahului olehThien Fui Yun (PBS)
Digantikan olehMohamad Hamsan Awang Supain
(BNUMNO)
Majoriti3,708 (1994)
4,034 (1999)
6,670 (2004)
7,657 (2008)
11,569 (2013)
2,184 (2018)
Peranan Menteri (Sabah)
1999–2002Menteri di Jabatan Ketua Menteri
2002–2018Menteri Kewangan
Parti yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah
1994–2020Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Musa bin Aman

(1951-03-30) 30 Mac 1951 (umur 73)
Beaufort, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
(–1990)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sabah (Sabah UMNO)
(sejak 1990)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(sejak 1990)
PasanganFaridah Tussin
PertalianMohd Arifin Mohd Arif (Menantu)
Anifah Aman (adik lelaki)
Annuar Ayub (anak saudara)
Anak4 (Termasuk Yamani Hafez Musa)
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA (BBA)
Edith Cowan University (MBA))
TandatanganTandatangan

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman (Jawi: موسى أمان; lahir 30 Mac 1951) atau lebih dikenali secara ringkas sebagai Tun Musa Aman ialah seorang pesara ahli politik dan bekas Ketua Menteri di Malaysia yang berasal dari Beaufort, Sabah Borneo. Beliau adalah salah satu bekas Ketua Menteri Sabah yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tun Musa Aman telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa serta-merta pada 1 Januari 2025. [1] Tun Musa Aman telah diberi penghormatan Panglima Besar Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 17 Disember 2024. Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tarikh 1 Januari 2025, dalam jam 10.00 pagi waktu Malaysia.

Maklumat tambahan

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah tetapi telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO-Sabah selepas kejatuhan UMNO di Sabah pada tahun 2018. Selepas perletakkan jawatan oleh Tan Sri Musa Aman, Jawatan pengerusi UMNO telah diberikan kepada Datuk Bung Moktar Radin dari Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan bertanding atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain serta Parti-Parti lain untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan menyandang kerajaan baru di Sabah.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ibu Musa ialah berbangsa Dusun dari Daerah Keningau, manakala nenek moyangnya melalui susur galur bapanya berketurunan campuran Melayu Brunei dan Pakistan dari Daerah Beaufort. Beliau mendapat pendidikan rendah di sekolah rendah Anglikan St. Paul, Beaufort dan kemudiannya menghadiri Kolej Sabah dan Sekolah Menengah All Saints, kedua-duanya di Kota Kinabalu untuk pendidikan menengahnya. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi Mara atau UiTM (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara, ITM) untuk ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan dan meneruskan pengajiannya untuk mendapatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Edith Cowan, Perth, Australia.

Beliau meminati dunia perniagaan sejak zaman sekolah rendah lagi. Pada tahun 1973, beliau meneruskan minat perniagaannya di Sandakan. Beliau kemudiannya meletakkan Syarikat Musman Holdings Sdn Bhd di bawah pengawasannya dan merupakan pengerusi City Finance Berhad dari 1983 hingga 1995. Beliau kemudiannya menjadi ketua eksekutif Innoprise Corporation pada 1995 dan juga pengerusi Sabah Softwood Berhad (di bawah Innoprise Corporation) pada tahun yang sama.

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.[2] .

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[3]

Sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 17 Disember 2024, Musa Aman telah diberi penghormatan Panglima Besar Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan diiktiraf terus oleh YDPA Malaysia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (Governor Sabah) ke-11, berkuatkuasa pada 1 Januari 2025, beliau telah dilantik untuk menjadi Governor ke-11 Sabah atas sebab pengalaman beliau memimpin Sabah dalam tempoh masa yang panjang dan rekod sebagai Ketua Menteri pertama yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Sabah.[4]

Tun Musa Aman, berumur 73 tahun, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028. Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.[5] Istiadat tersebut turut disaksikan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Sabah ke-16, Datuk Seri Hajiji Noor.[6] Hadir sama pada istiadat itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Tun Musa Aman, yang merupakan anak jati Beaufort yang terletak kira-kira 97 km ke selatan Kota Kinabalu, dilahirkan pada 30 Mac 1951. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Edith Cowan University, Australia. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14 pada 27 Mac 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dan memegang jawatan itu selama lima penggal sehingga 12 Mei 2018, menjadikannya Ketua Menteri Sabah yang pertama paling lama memegang jawatan tersebut. Selain berkhidmat sebagai Ketua Menteri, Musa yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga selama enam penggal (1994-2020) juga pernah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, dan Konsul Kehormat Malaysia di Bangladesh.[7]

Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14. Kerjaya beliau sebagai Ketua Menteri Sabah berakhir pada 12 Mei 2018 apabila Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang merupakan Presiden Warisan mendakwa memiliki 35 ADUN yang menyokong beliau dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[8], [9]

Keputusan pilihanraya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah[10][11][12][13]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Undi dibuang Majoriti Keluar mengundi
1990 Sugut Musa Aman (USNO) 1,207 35.54% Jublee Zen (PBS) 1,666 49.06% 3,396 459 69.62%
Ronald Kiandee (AKAR) 231 6.80%
Abdul Rahman Atang (BERJAYA) 114 3.36%
Julius Niyo (PRS) 71 2.09%
1994 Sungai Sibuga Musa Aman (UMNO) 8,211 64.05% Thim Fun Yun (PBS) 4,503 35.13% 13,031 3,708 65.29%
Hamid Jan (BERSEKUTU) 63 0.49%
Satiman Taman (SETIA) 42 0.33%
1999 Musa Aman (UMNO) 7,927 55.53% Ramli Noordin (PBS) 3,893 27.28% 14,578 4,034 64.07%
Musa Jala (BERSEKUTU) 2,166 15.17%
Isnain Amat (SETIA) 289 2.02%
2004 Musa Aman (UMNO) 8,668 78.22% Lue Sue Seng (BEBAS) 1,998 18.03% 11,351 6,670 64.51%
Abdul Gani Kosui (PAS) 415 3.75%
2008 Musa Aman (UMNO) 8,961 71.92% Ahmad Thamrin Mohd Jaini (PKR) 2,913 23.37% 14,494 7,658 68.06%
Gusniah Diong (BEBAS) 295 2.37%
Osman Enting (BERSEKUTU) 291 2.34%
2013 Musa Aman (UMNO) 16,637 74.32% Irawanshah Mustapa (PKR) 5,068 22.64% 22,800 11,569 81.60%
A.M. Jaffar Juana (SAPP) 265 1.18%
Mohd Roslan Yussof (STAR) 215 0.96%
Mohd Arshad Abdul (BEBAS) 201 0.90%
2018 Musa Aman (UMNO) 14,503 53.59% Asmara Abdul Rahman (WARISAN) 12,319 45.52% 27,752 2,184 78.30%
Osman Enting (PKS) 241 0.89%

Penghormatan

[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Penghormatan asing

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ BERNAMA, NEWS (2024-12-17). "MUSA AMAN DILANTIK YANG DIPERTUA NEGERI SABAH BAHARU". www.bernama.com/bm/index.php. Dicapai pada 2024-12-17.
  2. ^ Biografi Ketua Menteri Sabah Diarkibkan 2013-03-12 di Wayback Machine URL assessed on 28 April 2012
  3. ^ "Musa: Dakwaan rasuah hanya 'kitar semula'", Malaysiakini.com.", 12 Mei 2012.
  4. ^ Reporters, F. M. T. (2024-12-17). "Musa Aman appointed Sabah's 11th governor". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
  5. ^ Sinar Harian: Musa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah
  6. ^ Sinar Harian: Musa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah
  7. ^ BERNAMA: Musa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah
  8. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah Chief Minister.
  9. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.
  10. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12". semak.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-07-29.
  11. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  12. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  13. ^ "N42 [[Sungai Sibuga (kawasan negeri)|Sungai Sibuga]]". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020. URL–wikilink conflict (bantuan)
  14. ^ Reporters, F. M. T. (2024-12-17). "Musa Aman appointed Sabah's 11th governor". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
  15. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
  16. ^ "The Malacca Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". The Star. 12 October 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 12 September 2024.
  17. ^ "His Majesty Birthday Honours". 17 July 2012. Dicapai pada 5 November 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]