Pergi ke kandungan

Keluarga bahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Golongan bahasa)

Keluarga bahasa ialah sekumpulan bahasa berkait genetik yang dikatakan berasal daripada keturunan bahasa proto yang sama. Kebanyakan bahasa diketahui tergolong dalam sebuah keluarga bahasa atau yang lain. Keluarga yang dicamkan dengan tepat merupakan sebuah unit filogeni, iaitu semua ahlinya berasal daripada leluhur yang sama. Oleh itu, konsep keluarga bahasa melibatkan konsep leluhur genetik sejarah bagi sebuah bahasa, serta membayangkan evolusi sebuah bahasa yang beransur-ansur menjadi bahasa yang lain (bukan penggantian bahasa secara tiba-tiba). Konsep keturunan linguistik adalah tidak begitu ketara berbanding konsep keturunan biologi; umpamanya dalam kes-kes pertembungan bahasa yang berketerlaluan, khususnya dalam pembentukan bahasa-bahasa kreol dan bahasa-bahasa campuran. Dalam kes-kes sebegini, memastikan mana-mana satu bahasa yang boleh dianggap sebagai leluhur untuk sesuatu bahasa adalah amat susah. Bagaimanapun, kes-kes sebegini adalah agak jarang, dan kebanyakan bahasa dapat dikelaskan dengan nyata dalam keluarga-keluarga bahasa.

Taburan keluarga bahasa yang terkini.

Leluhur yang sama untuk sebuah keluarga bahasa jarang dapat diketahui secara langsung kerana kebanyakan bahasa mempunyai sejarah tercatat yang agak pendek. Bagaimanapun, banyak daripada ciri-ciri bahasa proto dapat ditemui semula melalui penggunaan kaedah perbandingan, satu kaedah binaan semula yang diperkenalkan oleh ahli linguistik, August Schleicher, pada abad ke-19. Kaedah ini dapat menunjukkan kesahan untuk banyak daripada keluarga-keluarga cadangan yang disenaraikan di bawah.

Keluarga-keluarga bahasa boleh dibahagikan menjadi unit-unit filogeni yang lebih kecil, secara lazimnya dirujuk sebagai cabang keluarga disebabkan sejarah keluarga bahasa sering diwakili oleh gambar rajah pokok. Bagaimanapun, istilah keluarga tidak dihadkan pada mana-mana satu peringkat "pokok" ini; umpamanya, keluarga Germanik ialah satu cabang bahasa Indo-Eropah. Sesetengah ahli taksonomi mengehadkan istilah keluarga pada peringkat yang tertentu, tetapi tidak terdapat banyak sepersetujuan tentang bagaimana mengolahkannya. Mereka yang menggunakan label ini juga membahagikan cabang menjadi kumpulan-kumpulan, dan kumpulan menjadi kompleks-kompleks. Secara amnya, istilah superkeluarga, filum, dan rumpun dipergunakan untuk kumpulan-kumpulan keluarga bahasa cadangan yang statusnya sebagai unit filogeni dianggap tidak berasas dari segi kaedah-kaedah linguistik sejarah.

Leluhur yang sama untuk bahasa-bahasa yang tergolong dalam sebuah keluarga bahasa dikenali sebagai "bahasa proto". Umpamanya, bahasa proto binaan semula untuk keluarga bahasa Indo-Eropah dikenali sebagai bahasa Indo-Eropah proto. Bahasa proto ini tidak dibuktikan oleh sebarang rekod tertulis kerana ditutur sebelum rekaan tulisan. Bagaimanapun, sebuah bahasa proto kekadang boleh dikenalpasti melalui sebuah bahasa yang diketahui dari segi sejarah. Oleh sebab loghat-loghat provinsi bahasa Latin ("bahasa Latin kasar") melahirkan bahasa-bahasa Romans moden, bahasa Romans proto adalah lebih kurang sama dengan bahasa Latin (jika bukan betul-betul sama dengan bahasa Latin kesusasteraan yang digunakan oleh penulis-penulis klasik), dan loghat-loghat Norse Lama merupakan bahasa proto untuk bahasa Norway, Sweden, Denmark, Faroes, dan Iceland.

Bahasa-bahasa yang tidak dapat digolongkan dengan pasti dalam mana-mana satu keluarga dikenali sebagai pencilan bahasa. Sebuah bahasa yang terasing dalam cabang sendiri (dalam sebuah keluarga) seringnya juga dipanggil sebagai satu pencilan, umpamanya bahasa Greek boleh dirujuk sebagai satu pencilan bahasa Indo-Eropah. Kes-kes sebegini biasanya akan dijelaskan.


Sebilangan golongan bahasa yang utama

[sunting | sunting sumber]

Keluarga terbesar

[sunting | sunting sumber]

Menurut laman web Ethnologue, keluarga-keluarga terbesar dari segi bilangan bahasa ialah:

  1. Niger-Congo (1,532 bahasa)
  2. Austronesia (1,257 bahasa)
  3. Trans-New Guinea (477 bahasa)
  4. Sino-Tibet (449 bahasa)
  5. Indo-Eropah (439 bahasa)
  6. Afro-Asia (375 bahasa)
  7. Nilo-Sahara (204 bahasa)
  8. Pama-Nyunga (178 bahasa)
  9. Oto-Manguean (174 bahasa) (bilangan dipertikaikan; Lyle Campbell hanya memasukkan 27 bahasa)
  10. Austro-Asia (169 bahasa)
  11. Sepik-Ramu (100 bahasa) (kesahan dipertikaikan)
  12. Tai-Kadai (76 bahasa)
  13. Tupi (76 bahasa)
  14. Dravidia (73 bahasa)
  15. Maya (69 bahasa)

Golongan bahasa pertuturan

[sunting | sunting sumber]
frames
frames


Yang berikut ialah keluarga-keluarga bahasa yang diketahui atau disyaki. Tajuk-tajuk geografi yang diberikan adalah hanya untuk memudahkan pemahaman berbanding sebuah senarai tak terstruktur, dan harus tidak dianggap sebagai sebarang "superkeluarga" untuk keluarga-keluarga bahasa ini.

Afrika dan Asia barat daya

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Afro-Asia (dahulu dipanggil Hamito-Semitik)
  2. Bahasa-bahasa Niger-Congo (kekadang dipanggil Niger-Kordofan)
  3. Bahasa-bahasa Nilo-Sahara
  4. Bahasa-bahasa Khoe (sebahagian daripada cadangan Khoisan)
  5. Bahasa-bahasa Tuu (sebahagian daripada Khoisan)

Eropah serta Asia Utara, Barat, dan Selatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Altaic
  2. Bahasa-bahasa Andaman (mungkin dua keluarga)
  3. Bahasa-bahasa Chukotko-Kamchatkan
  4. Bahasa-bahasa Dravidia
  5. Bahasa-bahasa Hurro-Urartu (pupus, mungkin berkait dengan Kaukasia Timur Laut)
  6. Bahasa-bahasa Indo-Eropah
  7. Bahasa-bahasa Kartveli (Kaukasia Selatan)
  8. Bahasa-bahasa Kaukasia Barat Laut (sering termasuk dalam Kaukasia Utara)
  9. Bahasa-bahasa Kaukasia Timur Laut (sering termasuk dalam Kaukasia Utara)
  10. Bahasa-bahasa Yenisei (mungkin berkait dengan Burushaski)
  11. Bahasa-bahasa Yukaghir (mungkin berkait dengan Ural)
  12. Bahasa-bahasa Ural

Asia Timur dan Tenggara, serta Pasifik

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Austroasia
  2. Bahasa-bahasa Austronesia (Melayu-Polinesia)
  3. Bahasa-bahasa Hmong-Mien
  4. Bahasa-bahasa Japonik (atau bahasa-bahasa Fuyu)
  5. Bahasa-bahasa Sino-Tibet
  6. Bahasa-bahasa Tai-Kadai

Bahasa Papua

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Baining
  2. Bahasa-bahasa Bird's Head Timur-Sentani
  3. Bahasa-bahasa Border
  4. Bahasa-bahasa Bougainville Selatan
  5. Bahasa-bahasa Bougainville Utara
  6. Bahasa-bahasa Dataran Lakes (bahagian atas Sungai Mamberamo)
  7. Bahasa-bahasa Mairasi
  8. Bahasa-bahasa May Kiri-Kwomtari
  9. Bahasa-bahasa Nimboran
  10. Bahasa-bahasa Papua Barat
  11. Bahasa-bahasa Papua Selatan Tengah
  12. Bahasa-bahasa Piawi
  13. Bahasa-bahasa Ramu-Sepik Bawah
  14. Bahasa-bahasa Senagi
  15. Bahasa-bahasa Sepik
  16. Bahasa-bahasa Skou
  17. Bahasa-bahasa Solomon Tengah
  18. Bahasa-bahasa Teluk Geelvink Timur
  19. Bahasa-bahasa Tor-Kwerba
  20. Bahasa-bahasa Torricelli
  21. Bahasa-bahasa Trans-Fly Timur (satu di Australia)
  22. Bahasa-bahasa Yuat

Bahasa Australia asli

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Bunaban
  2. Bahasa-bahasa Daly
  3. Bahasa-bahasa Djeragan
  4. Bahasa-bahasa Gunwinyguan
  5. Bahasa-bahasa Limilngan
  6. Bahasa-bahasa Mindi
  7. Bahasa-bahasa Nyulnyulan
  8. Bahasa-bahasa Pama-Nyungan
  9. Bahasa-bahasa Tanah Arnhem (3 keluarga dan 2 pencilan)
  10. Bahasa-bahasa Wororan

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]
Taburan keluarga dan pencilan bahasa di utara Mexico pada hubungan pertama.
  1. Bahasa-bahasa Algic (termasuk bahasa-bahasa Algonquian) (29)
  2. Bahasa-bahasa Alsea (2)
  3. Bahasa-bahasa Caddoan (5)
  4. Bahasa-bahasa Chimakuan (2)
  5. Chinookan (3)
  6. Bahasa-bahasa Chumashan (6)
  7. Bahasa-bahasa Comecrudan (3)
  8. Bahasa-bahasa Coosan (2)
  9. Bahasa-bahasa Eskimo-Aleut (7)
  10. Bahasa-bahasa Guacurian (juga dikenali sebagai "Waikurian") (8)
  11. Bahasa-bahasa Iroquoian (11)
  12. Kalapuyan (3)
  13. Bahasa-bahasa Kiowa-Tanoan (7)
  14. Bahasa-bahasa Maidu (4)
  15. Bahasa-bahasa Maya (bahasa-bahasa Amerika Utara & bahasa-bahasa Amerika Tengah) (31)
  16. Bahasa-bahasa Muskogean (6)
  17. Bahasa-bahasa Na-Dené (40)
  18. Bahasa-bahasa Oto-Manguean (bahasa-bahasa Amerika Tengah & bahasa-bahasa Amerika Tengah) (27)
  19. Bahasa-bahasa Palaihnihan (2)
  20. Bahasa-bahasa Plateau Penutian (juga dikenali sebagai "Shahapwailutan") (4)
  21. Bahasa-bahasa Pomoan (7)
  22. Bahasa-bahasa Salishan (23)
  23. Bahasa-bahasa Shastan (4)
  24. Bahasa-bahasa Siouan (16)
  25. Bahasa-bahasa Tequistlatecan (3)
  26. Bahasa-bahasa Totonacan (2)
  27. Tsimshian (2)
  28. Bahasa-bahasa Utian (12)
  29. Bahasa-bahasa Uto-Aztecan (31)
  30. Bahasa-bahasa Wakashan (6)
  31. Wintuan (4)
  32. Bahasa-bahasa Yokutsan (3)
  33. Bahasa-bahasa Yukian (2)
  34. Bahasa-bahasa Yuman-Cochimí (11)

Amerika Tengah dan Selatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Alacalufan (Amerika Selatan) (2)
  2. Bahasa-bahasa Algic (Amerika Utara & Tengah) (29)
  3. Bahasa-bahasa Arauan (Amerika Selatan) (8)
  4. Bahasa-bahasa Araucanian (Amerika Selatan) (2)
  5. Bahasa-bahasa Arawakan (Amerika Selatan, Caribbean) (73)
  6. Bahasa-bahasa Arutani-Sape (Amerika Selatan) (2)
  7. Bahasa-bahasa Aymaran (Amerika Selatan) (3)
  8. Bahasa-bahasa Barbacoan (Amerika Selatan) (7)
  9. Bahasa-bahasa Cahuapanan (Amerika Selatan) (2)
  10. Bahasa-bahasa Carib (Amerika Selatan) (29)
  11. Bahasa-bahasa Chapacura-Wanham (Amerika Selatan) (5)
  12. Bahasa-bahasa Chibchan (Amerika Tengah & Amerika Selatan) (22)
  13. Bahasa-bahasa Choco (Amerika Selatan) (10)
  14. Bahasa-bahasa Chon (Amerika Selatan) (2)
  15. Bahasa-bahasa Comecrudan (Amerika Utara & Amerika Tengah) (3)
  16. Bahasa-bahasa Guacurian (a.k.a. Waikurian) (8)
  17. Bahasa-bahasa Harakmbet (Amerika Selatan) (2)
  18. Bahasa-bahasa Jicaquean (Amerika Tengah)
  19. Bahasa-bahasa Jivaroan (Amerika Selatan) (4)
  20. Bahasa-bahasa Katukinan (Amerika Selatan) (3)
  21. Bahasa-bahasa Lencan (Amerika Tengah)
  22. Bahasa-bahasa Lule-Vilela (Amerika Selatan) (1)
  23. Bahasa-bahasa Macro-Ge (Amerika Selatan) (32)
  24. Bahasa-bahasa Maku (Amerika Selatan) (6)
  25. Bahasa-bahasa Mascoian (Amerika Selatan) (5)
  26. Bahasa-bahasa Mataco-Guaicuru (Amerika Selatan) (11)
  27. Bahasa-bahasa Mayan (Amerika Tengah) (31)
  28. Bahasa-bahasa Misumalpan (Amerika Tengah)
  29. Bahasa-bahasa Mixe-Zoquean (Amerika Tengah) (19)
  30. Bahasa-bahasa Mosetenan (Amerika Selatan) (1)
  31. Bahasa-bahasa Mura (Amerika Selatan) (1)
  32. Na-Dené (Amerika Utara & Amerika Tengah) (40)
  33. Bahasa-bahasa Nambiquaran (Amerika Selatan) (5)
  34. Bahasa-bahasa Oto-Manguean (Amerika Utara & Amerika Tengah) (27)
  35. Bahasa-bahasa Paezan (Amerika Selatan) (1)
  36. Bahasa-bahasa Panoan (Amerika Selatan) (30)
  37. Bahasa-bahasa Peba-Yaguan (Amerika Selatan) (2)
  38. Bahasa-bahasa Quechuan (Amerika Selatan) (46)
  39. Bahasa-bahasa Salivan (Amerika Selatan) (2)
  40. Bahasa-bahasa Tacanan (Amerika Selatan) (6)
  41. Bahasa-bahasa Tequistlatecan (Amerika Tengah) (3)
  42. Bahasa-bahasa Totonacan (Amerika Tengah) (2)
  43. Bahasa-bahasa Tucanoan (Amerika Selatan) (25)
  44. Bahasa-bahasa Tupi (Amerika Selatan) (70)
  45. Bahasa-bahasa Uru-Chipaya (Amerika Selatan) (2)
  46. Bahasa-bahasa Uto-Aztecan (Amerika Utara & Amerika Tengah) (31)
  47. Bahasa-bahasa Witotoan (Amerika Selatan) (6)
  48. Bahasa-bahasa Xincan (Amerika Tengah)
  49. Bahasa-bahasa Yanomam (Amerika Selatan) (4)
  50. Bahasa-bahasa Yuman-Cochimi (Amerika Utara & Amerika Tengah) (11)
  51. Bahasa-bahasa Zamucoan (Amerika Selatan) (2)
  52. Bahasa-bahasa Zaparoan (Amerika Selatan) (7)

Bahasa pencilan

[sunting | sunting sumber]

Amerika Tengah & Selatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Aikaná (Brazil: Rondônia)
  2. Andoque (Colombia, Peru)
  3. Betoi (Colombia)
  4. Camsá (Colombia)
  5. Canichana (Bolivia)
  6. Cayubaba (Bolivia)
  7. Cofán (Colombia, Ecuador)
  8. Cuitlatec (Mexico: Guerrero) [pupus]
  9. Huaorani (juga dikenali sebagai "Sabela", "Waorani", "Waodani") (Ecuador, Peru)
  10. Huave (Mexico: Oaxaca)
  11. Irantxe (Brazil: Mato Grosso)
  12. Itonama (Bolivia)
  13. Jotí (Venezuela)
  14. Koayá (Brazil: Rondônia)
  15. Mapudungun (Chile, Argentina)
  16. Movima (Bolivia)
  17. Munichi (Peru)
  18. Nambiquaran (Brazil: Mato Grosso)
  19. Omurano (Peru)
  20. Otí (Brazil: São Paulo) [pupus]
  21. Pankararú (Brazil: Pernambuco)
  22. Puelche (Chile)
  23. Puinave (Colombia)
  24. Puquina (Bolivia) [pupus]
  25. Seri (Mexico: Sonora)
  26. Tarascan (juga dikenali sebagai "Purépecha") (Mexico: Michoacán)
  27. Taushiro (Peru)
  28. Tequiraca (Peru)
  29. Ticuna (Colombia, Peru, Brazil)
  30. Warao (Guyana, Surinam, Venezuela)
  31. Yámana (juga dikenali sebagai "Yagan") (Chile)
  32. Yuracare (Bolivia)
  33. Yuri (Colombia, Brazil)
  34. Yurumanguí (Colombia)

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]
  1. Chimariko (AS: California)
  2. Chitimacha (AS: Louisiana)
  3. Coahuilteco (AS: Texas, Mexico timur laut)
  4. Esselen (AS: California)
  5. Haida (Kanada: British Columbia; AS: Alaska)
  6. Karankawa (AS: Texas)
  7. Karok (juga dikenali sebagai "Karuk") (AS: California)
  8. Keres (AS: New Mexico)
  9. Kootenai (Kanada: British Columbia; AS: Idaho, Montana)
  10. Natchez (AS: Mississippi, Louisiana) (kekadang dikaitkan dengan Muskogean)
  11. Bahasa Salinan (AS: California)
  12. Bahasa SiASlaw (AS: Oregon)
  13. Takelma (AS: Oregon)
  14. Timucua (AS: Florida, Georgia)
  15. Tonkawa (AS: Texas)
  16. Tunica (AS: Mississippi, Louisiana, Arkansas)
  17. Washo (AS: California, Nevada)
  18. Yana (AS: California)
  19. Yuchi (AS: Georgia, Oklahoma)
  20. Zuni (juga dikenali sebagai "Shiwi") (AS: New Mexico)

Australia

[sunting | sunting sumber]
  1. Enindhilyagwa (juga dikenali sebagai "Andilyaugwa", "Anindilyakwa")
  2. Laragiya
  3. Minkin [pupus; mungkin ahli Yiwaidjan atau Tankic]
  4. Ngurmbur (mungkin ahli Macro-Pama-Nyungan)
  5. Tiwi (Kepulauan Melville dan Bathurst)

New Guinea

[sunting | sunting sumber]
  1. Abinomn (Baso, Foia) (Irian utara)
  2. Anêm (New Britain)
  3. Ata (Pele-Ata, Wasi) (New Britain)
  4. Busa (Sandaun)
  5. Isirawa (Irian utara)
  6. Kol (New Britain)
  7. Kuot (Panaras) (New Ireland)
  8. Massep
  9. Kwotari-Baibai (juga dikenali sebagai "Pyu")
  10. Sulka (New Britain)
  11. Taiap (Gapun) (Sepik)
  12. Yalë (Nagatman) (Sandaun)
  13. Yawa (Teluk Geelvink)
  14. Yélî Dnye (Yele) (Pulau Rennell)
  15. Yuri (Karkar) (Sandaun)
  1. Ainu (Rusia, Jepun): serupa dengan bahasa Arab dan bahasa Jepun, kepelbagaian dalam bahasa Ainu cukup besar dan sesetengah orang menganggap terdapat sehingga sedozen bahasa dalam kumpulan ini, sedangkan yang lain menganggapnya sebagai sebuah bahasa yang tunggal, dengan kepelbagaian loghat yang meluas
  2. Burushaski (Pakistan, India): kekadang dikaitkan dengan bahasa-bahasa Yeniseian
  3. Kalto atau Nahali (India): kekadang dikaitkan dengan bahasa Munda
  4. Korea (Korea Utara & Selatan, China, Amerika Syarikat): kekadang dikaitkan dengan bahasa-bahasa Altaic
  5. Nivkh atau Gilyak (Rusia): kekadang dikaitkan dengan bahasa-bahasa Chukotko-Kamchatkan
  6. Sumeria (Iraq): [pupus]
  7. Elam (Iran): [pupus] (kekadang dikaitkan dengan bahasa Dravidia)
  8. Hattic (Turki): [pupus] (kekadang dikaitkan dengan bahasa-bahasa Kaukasia Barat Laut)
  1. Hadza (Tanzania)
  2. Sandawe (Tanzania)
  3. Juu (Angola, Botswana, Namibia)
  4. ǂQhôã (Botswana) (mungkin berkaitan dengan bahasa Juu)

Kesemua bahasa ini kekadang tergolong di bawah bahasa-bahasa Khoisan.

  1. Basque (Sepanyol, Perancis) (berkait dengan bahasa Aquitanian yang pupus)
  2. Etruska (Itali) [pupus; sebahagian daripada keluarga Tyrrhenian, sebuah keluarga yang tidak mempunyai bukti yang agak kuat]

Bahasa tak berkelas

[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa dianggap sebagai tak berkelas jika tidak banyak usaha telah diberikan untuk membandingkannya dengan bahasa-bahasa yang lain atau lebih biasanya, kerana bahasa-bahasa ini tidak mempunyai cukup dokumentasi untuk membenarkan pengelasan dengan pasti. Kebanyakan bahasa ini telah pupus dan terdapat kemungkinan besar bahawa bahasa-bahasa ini tidak akan diketahui dengan cukup mendalam untuk membenarkan pengelasan.

  1. Iberia (Sepanyol) [pupus]
  2. Tartessia (Sepanyol, Portugal) [pupus]
  1. Shabo
  2. Meroitik [pupus]
  1. Quti [pupus]
  2. Kaskia [pupus]
  3. Cimmeria [pupus]

Australia

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahasa-bahasa Tasmania [pupus]

Amerika Selatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Baenan (Brazil) [pupus]
  2. Culle (Peru) [pupus]
  3. Cunza (Chile, Bolivia, Argentina) [pupus]
  4. Gamela (Brazil: Maranhão) [pupus]
  5. Gorgotoqui (Bolivia) [pupus]
  6. Huamoé (Brazil: Pernambuco) [pupus]
  7. Kukurá (Brazil: Mato Grosso) [pupus]
  8. Natú (Brazil: Pernambuco) [pupus]
  9. Tarairiú (Brazil: Rio Grande do Norte)
  10. Tuxá (Brazil: Bahia, Pernambuco) [pupus]
  11. Xokó (Brazil: Alagoas, Pernambuco) [pupus]
  12. Xukurú (Brazil: Pernambuco, Paraíba) [pupus]
  13. Yurumanguí (Colombia) [pupus]

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]
  1. Adai (AS: Louisiana, Texas) [pupus]
  2. Alagüilac (Guatemala)
  3. Aranama-Tamique (AS: Texas) [pupus]
  4. Atakapa (AS: Louisiana, Texas) [pupus]
  5. Beothuk (Kanada: Newfoundland) [pupus]
  6. Bahasa Calusa (AS: Florida) [pupus]
  7. Bahasa Cayuse (AS: Oregon, Washington) [pupus]
  8. Cotoname (Mexico timur laut; AS: Texas) [pupus]
  9. Maratino (Mexico timur laut) [pupus]
  10. Naolan (Mexico: Tamaulipas) [pupus]
  11. Quinigua (Mexico timur laut) [pupus]
  12. Solano (Mexico timur laut; AS: Texas) [pupus]

Bahasa kreol, pijin, bahasa campuran, dan bahasa perdagangan

[sunting | sunting sumber]

Cadangan untuk rumpun bahasa

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Boas, Franz. (1911). Handbook of American Indian languages (Jilid 1). Bureau of American Ethnology, Buletin 40. Washington: Government Print Office (Smithsonian Institution, Bureau of American Ethnology).
  • Boas, Franz. (1922). Handbook of American Indian languages (Jilid 2). Bureau of American Ethnology, Buletin 40. Washington: Government Print Office (Smithsonian Institution, Bureau of American Ethnology).
  • Boas, Franz. (1933). Handbook of American Indian languages (Jilid 3). Himpunan bahan undang-undang Amerika asli, Judul 1227. Glückstadt: J.J. Augustin.
  • Campbell, Lyle. (1997). American Indian languages: The historical linguistics of Native America. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-509427-1.
  • Campbell, Lyle; & Mithun, Marianne (Eds.). (1979). The languages of native America: Historical and comparative assessment. Austin: University of Texas Press.
  • Goddard, Ives (Ed.). (1996). Languages. Handbook of North American Indians (W. C. Sturtevant, General Ed.) (Jilid 17). Washington, D. C.: Smithsonian Institution. ISBN 0-1604-8774-9.
  • Goddard, Ives. (1999). Native languages and language families of North America (edisi yang disemak dan diluaskan, dengan tambahan dan pembetulan). [Peta]. Lincoln, NE: University of Nebraska Press (Smithsonian Institute). (Versi peta kemas kini di Goddard 1996). ISBN 0-8032-9271-6.
  • Gordon, Raymond G., Jr. (Ed.). (2005). Ethnologue: Languages of the world (edisi ke-15). Dallas, TX: SIL International. ISBN 1-55671-159-X. (versi dalam talian).
  • Greenberg, Joseph H. (1966). The Languages of Africa (edisi ke-2). Bloomington: Indiana University.
  • Mithun, Marianne. (1999). The languages of Native North America. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-23228-7 (hbk); ISBN 0-521-29875-X.
  • Ross, Malcom. (2005). Pronouns as a preliminary diagnostic for grouping Papuan languages. Dalam: Andrew Pawley, Robert Attenborough, Robin Hide & Jack Golson, eds, Papuan pasts: cultural, linguistic and biological histories of Papuan-speaking peoples [1]
  • Ruhlen, Merritt. (1987). A guide to the world's languages. Stanford: Stanford University Press.
  • Sturtevant, William C. (Ed.). (1978-kini). Handbook of North American Indians (Jilid 1-20). Washington, D. C.: Smithsonian Institution. (Jilid 1-3, 16, 18-20 belum diterbitkan).
  • Voegelin, C. F.; & Voegelin, F. M. (1977). Classification and index of the world's languages. New York: Elsevier.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]