Televisyen Saitama
Televisyen Saitama (Television Saitama Co., Ltd.) (株式会社テレビ埼玉 , Kabushiki-gaisha Terebi Saitama) disingkat sebagai TVS, berniaga sebagai Teletama (テレ玉 , Teretama) merupakan sebuah syarikat televisyen komersil daratan percuma beribu pejabat di Urawa, Bandaraya Saitama, Prefektur Saitama, Jepun.
Teletama merupakan sebuah stesen televisyen daratan persendirian, maka stesennya tidak berada di bawah mana-mana rangkaian-rangkaian negara utama yang bertempat di Tokyo dan Osaka. Stesennya adalah ahli kepada Persatuan Stesen Televisyen Persendirian Jepun (Japanese Association of Independent Television Stations, JAITS) dan berkerjasama menghasilkan, bertukar-tukar program dan menjual peluang pengiklanan dengan ahli-ahli lain.
Data
[sunting | sunting sumber]- Callsign: JOUS-TV (analog), JOUS-DTV (digital)
- Saluran: Saluran 38 (analog), saluran 32 (digital)
- Hantaran oleh: Hiranohara Transmitting Station, Sakura-ku, Saitama dan stesen siaran yang lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- 1 April 1979: Penyiaran secara analog bermula secara rasmi.
- 1 Disember 2005: Penyiaran secara digital bermula secara rasmi.
- 1 April 2006: Mula menggunakan nama "Teletama".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Laman web rasmi Diarkibkan 2005-04-01 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.