Pergi ke kandungan

Lun Bawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3365064 pada 02:25, 3 Februari 2014 oleh Coljames (bincang | sumb.)
Lun Bawang
Lun Bawang
Gadis-gadis Lun Bawang memakai pakaian tradisional
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia25000 (1987 census)[1]
 Malaysia12800 (1982 SIL)[1]
 Brunei300 (1987 Langub) 1500(2013 RTB)[1]
Bahasa
Lun Bawang; Dialek-dialek termasuklah Trusan, Lun Daye, Papadi, Lun Dayah, Adang, Tabun, Treng, Kolur, Padas, Trusan & Lepu Potong
Agama
Majoriti Kristian, sebilangan kecil menganut agama Islam, agama Buddha atau mengamalkan animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Kelabit, Lengilu, Putoh, Sa'ban & Tring

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.

Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai.) seperti kg Long Pasia dan kg Long Mio , Maligan , sipitang Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi.Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.

Asal-usul

Sejarah asal penempatan awal suku kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit kawasan tengah utara Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar abad ke-16 dan ke-17 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kelimantan.

Budaya dan cara hidup

Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan.Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi(Lati ba').Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu' serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai(narar)

Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata di kepala, beret di pinggang,bane di leher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat popular dengan alat muzik yang diperbuat dari buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup suling dan lelaki meniup bass.

Di Sarawak bermula pada 1hb Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak. Semasa perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.

Agama

Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh Kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti mereka dari aliran gereja Sidang Injil Borneo. Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB dan ahli parlimen Bukit Mas (Lawas ), Sarawak pada tahun 1976, sewaktu Tun Dr. Mahathir masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 di Ba'kelalan, Sarawak juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Taraf hidup

Sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku kaum Lun Bawang.Dan sehingga kini belum ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu atas usaha yang berterusan ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih dari 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor dari suku bangsa Lun Bawang pada 2012. Mereka yang berjaya ini juga boleh dijadikan sebagai penyumbang kepada masyarakat dan negara yang tercinta. [perlu rujukan]