Philippe dari Belgium
Philippe | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Belgium | |||||
Pemerintahan | 21 July 2013 – kini | ||||
Didahului oleh | Albert II | ||||
Bakal ratu | Elisabeth | ||||
Perdana Menteri | Lihat senarai | ||||
Keputeraan | Brussel, Belgium | 15 April 1960||||
Pasangan | Mathilde d'Udekem d'Acoz | ||||
Anakanda Butiran | Puteri Elisabeth Putera Gabriel Putera Emmanuel Puteri Eléonore | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha | ||||
Ayahanda | Albert II dari Belgium | ||||
Bonda | Paola Ruffo di Calabria | ||||
Agama | Roman Katolik | ||||
Tandatangan | Tandatangan Philippe |
Keluarga Diraja Belgium |
---|
HM Raja Albert II HRH Puteri Léa |
Philippe (Perancis: Philippe Léopold Louis MarieBelanda: Filip(s) Leopold Lodewijk Maria , Jerman: Philipp Leopold Ludwig Maria ; lahir 15 April 1960) ialah Raja Belgium kini, telah menaiki takhta pada 21 Julai 2013. Baginda merupakan anak sulung Raja Albert II, yang baginda warisi selepas ayahandanya makzul atas sebab kesihatan, dan Permaisuri Paola. Baginda telah berkahwin dengan Countess Mathilde d'Udekem d'Acoz (kini Permaisuri Mathilde) pada 1999, dan mereka kini mempunyai empat orang putera-puteri. Puteri sulung Raja Philippe, Puteri Elisabeth, ialah waris sah baginda.[1]
,Perdagangan asing
[sunting | sunting sumber]Putera Philippe telah menjadi pengerusi kehormat Persatuan Perdagangan Asing Belgium pada 6 Ogos 1993. Atas kapasiti ini, baginda telah mengetuai lebih 60 misi ekonomi negaranya, termasuk ke Malaysia.
Baginda diiringi isterinya Puteri Mathilde melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada 24 Feb 2002. Beliau disambut di KLIA oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Dr Leo Michael Toyad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar selaku Menteri Pengiring. Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Belgium, Puan Annemie Neyts-Uyttebroeck mengetuai delegasi 130 orang anggota itu yang terdiri daripada 20 pegawai, 80 ahli perniagaan serta 25 wartawan.[2]
Putera Philippe dan Neyts-Uyttebroeck menemui Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail dan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Putera Philippe dan Puteri Mathilde juga telah melawat Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Seri Rafidah Aziz.
Belgium mencari pasaran baru di rantau Asia memandangkan pada masa ini 76 peratus perdagangan mereka adalah dengan Kesatuan Eropah.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ AFP. "Raja Philippe ganti Albert II". Kosmo! Online. Dicapai pada 24 Julai 2013.
- ^ Bernama (14/02/2002). "Putera Belgium turut hadir". Utusan Online. Dicapai pada 23 Julai 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Belgium, Malaysia bincang pasaran ekonomi". NSTP. 23 Februari 2002. Dicapai pada 23 Julai 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Philippe dari Belgium |