Tonga
Kerajaan Tonga | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Ko e ʻOtua mo Tonga ko hoku tofiʻa "Tuhan dan Tonga pusakaku" | |||||
Lagu kebangsaan: Ko e fasi ʻo e tuʻi ʻo e ʻOtu Tonga "Lagu Raja Kepulauan Tonga" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Nukuʻalofa 21°08′S 175°12′W / 21.133°S 175.200°W | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Tonga, Bahasa Inggeris | ||||
Kumpulan etnik | 96.5% Tonga 3.5% Lain-lain | ||||
Agama | 97.3% Kristian 0.6% Tidak beragama 2.1% Lain-lain | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Raja | Tupou VI | ||||
Siaosi Sovaleni | |||||
Badan perundangan | Dewan Undangan | ||||
Pendirian | |||||
950 | |||||
• Naungan British | 18 Mei 1900 | ||||
• Kemerdekaan dari United Kingdom | 4 Jun 1970 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 748 km2 (289 bt2) (ke-186) | ||||
4.0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 105,254 | ||||
141/km2 (365.2/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | AS$707 juta | ||||
AS$6,977 | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | AS$484.8 juta | ||||
AS$4,606 | |||||
Gini (2020) | 27 rendah | ||||
HDI (2020) | ▲ 0.745 tinggi · ke-90 | ||||
Mata wang | Paʻanga ( TOP ) | ||||
Zon waktu | UTC+13 | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 676 | ||||
Kod ISO 3166 | TO | ||||
DPT internet | .to |
Kerajaan Tonga (Bahasa Tonga: Puleʻanga Fakatuʻi ʻo Tonga) merupakan sebuah negara pulau di bahagian selatan Lautan Pasifik yang dikelilingi oleh Fiji, Samoa, Niue, dan Wallis & Futuna. Negara ini terdiri daripada 171 pulau, 45 diantaranya berpenghuni.[1] Pulau terbesarnya dari segi bilangan penduduk dan keluasan ialah Tongatapu.
Manusia telah mendiami Kepulauan Tonga kira-kira 3000 tahun yang lalu[2]. Mulai pada abad ke-10, Tonga diketuai oleh seorang Tuʻi, iaitu perkataan tempatan bagi "Raja". Berabad-abad kemudian, pelayar dari Belanda menemuinya pada tahun 1616, menandakan hubungan pertama antara penduduknya dengan orang Eropah. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Tonga mula mengamali sistem politik bercorak Barat.[3] Ekoran perjanjian persahabatan antara Britain dan Tonga, ia dijadikan sebagai sebuah naungan British pada 18 Mei 1900. Masanya sebagai naungan tamat apabila kemerdekaannya dipulihkan pada 4 Jun 1970.
Kini, negara Tonga adalah sebahagian daripada pelbagai organisasi antarabangsa seperti Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan Forum Kepulauan Pasifik.
Nama
[sunting | sunting sumber]Dalam pelbagai bahasa Polinesia, erti kata Tonga ialah "Selatan". Dalam hal Tonga, ia merujuk kepada kedudukannya sebagai pulau Polinesia selatan.
Tonga dikenali sebagai Friendly Islands di dunia Barat ekoran lawatan James Cook pada Oktober 1773. Dia mengatakan bahawa penduduk tempatan mengalu-alukannya semasa menyinggah di sana.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum Tuʻi Tonga
Sekitar 3000 tahun yang lalu, orang Lapita dari Asia Tenggara berhijrah ke kepulauan Tonga melalui Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulau Hindia Timur. Mereka mengasaskan petempatan di Toloa, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Fuaʻamotu, dan Heketa, di bahagian timur laut Tongatapu.[5] Cendekiawan telah banyak berdebat tentang waktu tepat penetapan terawal Tonga, tetapi teknik pentarikhan torium membuktikan petempatan terawal wujud sejak 888 SM ± 8 tahun di Nukuleka.[6] Tidak banyak yang diketahui tentang Tonga sebelum penjajahan golongan Eropah kerana masyarakat prapenjelajahan tidak mempunyai sistem tulisan, tetapi sejarah lisan berjaya diwarisi hingga dapat dicatat oleh pihak penjelajah Eropah.
Kerajaan Tuʻi Tonga
Pada abad ke-12 Tonga, pembesar orang Tonga terpenting, Tuʻi Tonga memiliki reputasi di seluruh Pasifik tengah, iaitu di Niue, Samoa, Rotuma, Wallis dan Futuna, New Caledonia dan Tikopia, menyebabkan beberapa sejarawan mengusulkan idea tentang sebuah empayar Tuʻi Tonga.
Hubungan Orang Eropah
Pertemuan pihak Eropah dengan masyarakat Tonga bermula pada tahun 1616 dengan penjelajah Belanda Willem Schouten dan Jacob Le Maire (yang disebut di pulau utara Niuatoputapu), dan tahun 1643 dengan Abel Tasman (yang mengunjungi Tongatapu dan Haapai). Kemudian, pengunjung Eropah penting mula tiba termasuk James Cook dari Angkatan Laut Inggeris pada tahun 1773, 1774, dan 1777, Alessandro Malaspina (Angkatan Laut Sepanyol) pada 1793, pihak mubaligh London pada 1797, dan paderi Methodist Rev. Walter Lawry pada 1822. Pihak penjelajah Amerika tiba di Tonga pada 1840.[7]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Tonga ialah negara kepulauan dengan Nukuʻalofa sebagai ibu kota yang terletak sekitar 1770 km timur laut dari Auckland, kota terbesar New Zealand, dan 690 km dari Suva, ibu kota Fiji. Jumlah keluasan negara adalah sekitar 748 km² dengan 30 km² yang terdiri dari air. Negara ini memiliki 169 buah pulau; hanya 36 buah pulau yang dihuni secara kekal. Hal ini bererti bahawa hanya di bawah 80% (670 km ²) wilayah dihuni terdiri dari tiga kelompok utama pulau: Tonga di selatan, di mana lebih daripada separuh jumlah penduduk negara tinggal, Vava'u di utara, dan Ha'apai di tengah. Dalam aspek pentadbiran, Tonga terbahagi kepada lima buah bahagian: 'Eua, Ha'apai, Niuas, Tongatapu, dan Vava'u.[8][9]
Pulau-pulau asal vulkanik adalah pergunungan, sumber koral yang datar. Tanah di Tonga adalah subur dan cocok bagi pertanian pisang, kelapa dan kelapa. Titik tertinggi negara terletak di pulau Kao dan mencecah ketinggian 1,033 meter.
Iklim negara terdiri daripada cuaca yang beriklim hutan hujan tropika, dengan musim panas yang sangat hangat. Keadaan iklim tahunan di Tonga adalah seperti dalam jadual di bawah:
Data iklim untuk Nukuʻalofa | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 32 (90) |
32 (90) |
31 (88) |
30 (86) |
30 (86) |
28 (82) |
28 (82) |
28 (82) |
28 (82) |
29 (84) |
30 (86) |
31 (88) |
32 (90) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 28 (82) |
29 (84) |
28 (82) |
27 (81) |
26 (79) |
25 (77) |
25 (77) |
24 (75) |
25 (77) |
25 (77) |
27 (81) |
27 (81) |
26 (79) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 25 (77) |
25 (77) |
25 (77) |
24 (75) |
23 (73) |
21 (70) |
21 (70) |
21 (70) |
21 (70) |
22 (72) |
23 (73) |
23 (73) |
23 (73) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 22 (72) |
22 (72) |
22 (72) |
21 (70) |
20 (68) |
18 (64) |
17 (63) |
18 (64) |
17 (63) |
19 (66) |
20 (68) |
20 (68) |
20 (68) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | 16 (61) |
17 (63) |
15 (59) |
15 (59) |
13 (55) |
11 (52) |
10 (50) |
11 (52) |
11 (52) |
12 (54) |
13 (55) |
16 (61) |
10 (50) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 130 (5.1) |
190 (7.5) |
210 (8.3) |
120 (4.7) |
130 (5.1) |
100 (3.9) |
100 (3.9) |
130 (5.1) |
110 (4.3) |
90 (3.5) |
100 (3.9) |
120 (4.7) |
1,530 (60) |
Purata bilangan hari hujan | 11 | 13 | 14 | 12 | 12 | 10 | 10 | 12 | 10 | 10 | 10 | 10 | 134 |
Purata kelembapan relatif (%) | 77 | 78 | 79 | 76 | 78 | 77 | 75 | 75 | 74 | 74 | 73 | 75 | 76 |
Sumber: Weatherbase[10] |
Politik
[sunting | sunting sumber]Tonga ialah sebuah negara raja berperlembagaan, dengan raja Tonga kini ialah Tupou VI yang ditabalkan sebagai Raja sejak 2015, meskipun pemerintahannya bermula sejak Mac 2012, dan merupakan keturunan raja pertama, George Tupou I yang memerintah pada abad ke-19. Tonga ialah satu-satunya negara beraja di Oceania. Sementara itu, Perdana Menteri memegang kuasa sebagai ketua kerajaan negara.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Pertanian di Tonga menyumbang kepada kira-kira 30% KDNK negara, dengan keluaran-keluaran utama termasuk kelapa, ubi kayu, ubi keledek dan sayuran.[11] Sebahagian besar ekonomi Tonga adalah bergantung kepada kiriman wang daripada golongan Tonga di luar negara seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tonga (dalam bahasa Inggeris), Central Intelligence Agency, 2024-12-12, dicapai pada 2024-12-24
- ^ "History of Tonga | People, Culture, Independence, Maps, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-24.
- ^ "FAOLEX". www.fao.org. Dicapai pada 2024-12-24.
- ^ "A Cook's Tour of Tonga". www.captaincooksociety.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-24.
- ^ "Three Millennia Of History » The Kingdom Of Tonga". thekingdomoftonga.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-24.
- ^ Burley, David (2012). "High precision U/Th dating of first Polynesian settlement". PLOS ONE. 7 (11): e48769. Bibcode:2012PLoSO...748769B. doi:10.1371/journal.pone.0048769. PMC 3492438. PMID 23144962.
- ^ Stanton, William (1975). The Great United States Exploring Expedition. Berkeley: University of California Press. m/s. 186. ISBN 978-0520025578.
- ^ Population Census 2006: Population size, Trend, Distribution and Structure, Tonga Department of Statistics
- ^ Divisions of Tonga, Statoids.com
- ^ "Weatherbase: Historical Weather for Nukuʻalofa, Tonga". weatherbase.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2011. Dicapai pada 22 Mac 2011.
- ^ Tonga production in 2018, by FAO
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Tonga di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- "Tonga". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
- Atlas Wikimedia Tonga