Abdul Ghani Salleh
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghani Salleh | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2020 – 8 Mei 2024 | |
Raja | Sultan Ibrahim (Sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (Sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin (2020–2021) Ismail Sabri Yaakob (2021–2022) Anwar Ibrahim (2022–kini) |
Didahului oleh | Azhar Azizan Harun |
Digantikan oleh | Ramlan Harun |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Ghani bin Salleh 10 Mei 1958 Kuala Kurau, Perak |
Pasangan | Puan Sri Siti Ruhaya Sarman |
Pendidikan | Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abdul Ghani Salleh ialah seorang pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 21 Ogos 2020 hingga bersara wajib pada 8 Mei 2024.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Abdul Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. [1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Abdul Ghani pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat. Disamping itu juga, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.[2]
Abdul Ghani pernah dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pada 21 Ogos 2024, beliau menggantikan Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020.[2]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Senarai darjah kebesaran yang diterima [3]
- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
- Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk