Pergi ke kandungan

Aedes albopictus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aedes albopictus
Nyamuk Aedes Albopictus betina mula makan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
A. albopictus
Nama binomial
Aedes albopictus
(Skuse, 1894)
Dark blue: Native range
Dark green: introduced (as of December 2007)
Sinonim

Culex albopictus Skuse, 1894

Nyamuk Aedes Albopictus (Stegomyia albopicta), sejenis nyamuk keluarga (Culicidae), bercirikan kaki belang hitam putih, dan badan kecil berbelang hitam putih. Ia berasal di kawasan tropika dan separa tropika di Asia Tenggara; bagaimanapun, dalam tempoh beberapa abad kebelakangan ini spesies ini telah menceroboh banyak negara di seluruh dunia melalui pengangkutan barangan dan peningkatan pengembaraan antarabangsa.[1] Nyamuk ini telah menjadi serangga perosak utama di kebanyakan masyarakat kerana kaitan rapatnya dengan manusia (berbanding di kawasan berpaya), dan biasanya terbang dan menghisap darah pada siang hari selain pada subuh dan maghrib. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk ini dikenali sebagai nyamuk harimau kerana ciri belangnya sama seperti belang harimau. Aedes albopictus merupakan vektor epidemik penting bagi penyebaran banyak pantogen virus, termasuk virus Nil Barat, Demam Kuning, St. Louis encephalitis, demam denggi, dan demam Chikungunya,[2] termasuk juga beberapa filarial nematodes seperti Dirofilaria immitis.[3]

Nama dan sistemik

[sunting | sunting sumber]
Gambaran asal Skuse bagi nyamuk Aedes albopictus, ketika itu dikenali sebagai Culex albopictus

Pada tahun 1894, entomologi British-Australia, Frederick A. Askew Skuse, merupakan orang pertama menggambarkan secara saintifik mengenai nyamuk Aedes albopictus, yang diberi nama Culex albopictus (lat. Culex “langau, kerdil” dan albopictus “sulaman putih”).[4][5] Kemudian, spesies ini diletakkan pada genus Aedes (gr. άηδής, "tidak menyenangkan")[6] dan dirujuk sebagai Aedes albopictus .[7] seperti nyamuk demam kuning, ia termasuk dalam genus kecil Stegomyia (gr. στέγος, "tertutup, beratap", merujuk kepada sisik yang menutupi sepenuhnya permukaan dorsal dalam genus kecil ini, dan μυία, "terbang").[8] Pada tahun 2004, ahli sains menyelidik hubungan aras tinggi dan mencadangkan penkelasan barudalam genus Aedes dan Stegomyia diangkat ketahap aras Genus, menjadian Aedes albopictus kini sebagai Stegomyia albopicta. Ini bagaimanapun mencetuskan pertikaian, dan kegunaan Stegomyia albopicta lawan Aedes albopictus terus diperdebatkan.[9][10][11]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
Aedes albopictus

Nyamuk Aedes albopictus adalah sekitar 2 to 10 mm panjang dengan pola belang hitam putih yang jelas.[4][12][13] Kepelbagaian saiz badan pada nyamuk dewasa bergantung pada kepadatan populasi jentik-jentik dan bekalan makanan dalam air pembiakan. Oleh kerana keadaan sebegini jarang optima, saiz badan purata bagi nyamuk matang adalah jauh lebih kecil dari 10 mm. Sebagai contoh, purata panjang abdomen dikira sekitar 2.63 mm, sayap 2.7 mm, dan belalai 1.88 mm melalui kajian 10 gambar dari tahun 1962 bagi kedua-dua nyamuk jantan dan betina.[14]

Nyamuk jantan secara kasarnya 20% lebih kecil berbanding nyamuk betina, tetapi ia secara morfologi amat serupa. Bagaimana, sebagaimana kesemua spesies nyamuk, belalai jantan berbanding betina adalah lebih lebat dan mengandungi penerima bunyi bagi mengesan ciri-ciri ngiang nyamuk betina. Maxillary palps bagi nyamuk jantan tuga adalah lebih panjang berbanding belalai mereka manakala maxillary palps nyamuk betina adalah lebih pendek. (Ini adalah ciri biasa bagi nyamuk jantan Culicinae.) Tambahan lagi, tarsus kaki belakang nyamuk jantan adalah lebih keperakan. Tarsomere IV adalah sekitar tiga suku keperakan bagi jantan berbanding nyamuk betina yang hanya sekitar 60% perak.


Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ J.-E. Scholte & F. Schaffner (2007): Waiting for the tiger: establishment and spread of the Aedes albopictus mosquito in Europe. In: Emerging pests and vector-borne diseases in Europe. Volume 1, herausgegeben von W. Takken & B. G. J. Knols. Wageningen Academic Publishers. ISBN 978-90-8686-053-1
  2. ^ P. Hochedez et al. (2006): Chikungunya Infection in Travelers. Emerging Infectious Diseases. 12(10):1565–1567 ISSN 1080-6040 (PDF (128 kB)),
  3. ^ Cancrini G, Frangipane di Regalbono A, Riccia I, Tessarin C, Gabrielli S and Pietrobelli M (2003). "Aedes albopictus is a natural vector of Dirofilaria immitis in Italy". Veterinary Parasitology. 118 (3–4): 195–202. doi:doi:10.1016/j.vetpar.2003.10.011 Check |doi= value (bantuan). ISSN 0304-4017. Dicapai pada 2011-04-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ a b F. A. A. Skuse (1894): The banded mosquito of Bengal. Indian Museum Notes 3(5): S. 20.
  5. ^ Pollux: Archimedes Project Dictionary - Lewis & Short, Latin Dictionary.
  6. ^ Merriam-Webster Online Dictionary: Aedes.
  7. ^ F. W. Edwards (1920): Notes on the mosquitoes of Madagascar, Mauritius and Reunion. Bull. ent. Res. 11: S. 133-138.
  8. ^ F. V. Theobald (1901): A monograph of the Culicidae or mosquitoes. Volume 1. London, British Museum (Natural History). 424 Seiten. Quoted in: K. Snow (2001): The names of European mosquitoes: Part 7. European Mosquito Bulletin 9: S 4-8. PDF 804 kB.
  9. ^ J. F. Reinert et al. (2004): Phylogeny and classification of Aedini (Diptera: Culicidae), based on morphological characters of all life stages. Zool J Linn Soc. 142: S. 289-368.
  10. ^ J. D. Edman (2005): Journal Policy on Names of Aedine Mosquito Genera and Subgenera. J Med Entomol 42(5): S. 511.
  11. ^ F. Schaffner & C. Aranda (2005): European SOVE – MOTAX group: Technical Note PDF 27 kB.
  12. ^ Y.-M. Huang (1968) Neotype designation for 'Aedes (Stegomyia) albopictus' (Skuse) (Diptera: Culicidae). Proceedings of the Entomological Society of Washington 7(4): 297-302
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Walker
  14. ^ John N. Belkin: The Mosquitoes of the South Pacific (Diptera, Culicidae). University of California Press, Berkely und Los Angeles, 1962

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:TaxonIds


not