Airbus A300
Airbus A300 | |
---|---|
Olympic Airlines A300B4-600R | |
Peranan | Pesawat |
Pengeluar | Airbus |
Penerbangan pertama | 28 Oktober 1972 |
Pengenalan | 30 Mei 1974 dengan Air France |
Syarikat penerbangan utama | FedEx Express UPS Airlines American Airlines Japan Airlines |
Dikeluarkan | 1974-2007 |
Jumlah dibina | 561 |
Variasi | A300-600ST Beluga Airbus A310 |
Airbus A300 merupakan keluarga pesawat badan lebar jarak dekat ke pertengahan, yang dihasilkan oleh Airbus Industrie antara 1972 sehingga sekarang.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]A300 merupakan pesawat badan lebar enjin berkembar pertama di dunia. Ia memberi ilham kembar Boeing seperti Boeing 767 dan 777 dan membentuk asas kepada pejuang ETOPS.
Memulakan pembuatan pesawat udara utama 30 tahun dahulu memerlukan lebih dari keberanian, ia memerlukan pendekatan baru kepada pasaran. Walaupun rakan kongsi konsortium Airbus terkenal di kalangan penerbang, Airbus itu sendiri merupakan entiti yang tidak dikenali.
Airbus mendengar keluhan penumpang dan operator penerbangan. Terdapat kekosongan dalam pesawat jarak pendek-ke-sederhana yang boleh membawa 250 sampai 300 penumpang. Kos pembelian dan pengendalian pesawat kategori tersebut juga haruslah lebih murah.
Teknologi
[sunting | sunting sumber]Semenjak permulaan perkhidmatannya, sistem operasi A300 dikemaskini supaya ia sentiasa menjadi model pesawat yang tercanggih. Beberapa sistem pesawat yang digunakan didalam operasi A300 ialah
- Komponen sayap yang direka oleh De Havilland atau BAE System:
- Kerajang udara yang kritikal untuk prestasi ekonomik
- Fuselaj yang berdiameter 222 inchi yang mampu memuatkan 8 tempat duduk beriringan dan mampu memuatkan 2 kontena kargo LD3 beririgan.
- Diperbuat daripada logam yang ringan.
- Sistem operasi otomatik yang maju.
- pesawat penumpang pertama yang dilenkapai dengan sistem perlindungan rincihan angin.
- Kawalan elektronik pesawat sepenuhanya.
- Jumlah krew yang diperlukan ketika penerbangan adalah seramai 2 orang.
- Kaca papan pemuka yang elektronik.
- Penggunaan komposit yang banyak.
- Pusat graviti dikawal dengan mengawal lokasi bahan bakar.
- Pesawat pertama menggunakan sayap lawi
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Selepas pelancarannya, jualan A300 agak lembap untuk beberapa tahun permulaannya. Kebanyakan tempahan awal datangnya dari Syarikat penerbangan yang mempunyai tanggungjawab untuk menempah produk tempatan (Contohnya Penerbangan Peranchis "Air France" dan Lufthansa) Pada satu peringkat, Airbus mempunyai pesawat 16 A300s yang siap diletakkan diatas landasan tetapi tiada pembeli.
Pada 1977 syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat (Eastern Airlines) menyewa 4 buah A300s sebagai percubaan. Seterusnya mereka telah menempah 23 pesawat. Dari ketika itu, Kapal Terbang dari siri A300 berjaya memasuki pasaran dengan baik, sehingga telah mencapai 843 unit tempahan dan yang telah dihantar setakat ini.
Ia menjadi pilihan terutamanya syarikat penerbangan dari Asia. Ia ditempah oleh Japan Air System,Thai Airways International, Singapore Airlines, Penerbangan Malaysia, Penerbangan Garuda Indonesia, China Airlines, Pakistan International Airlines, Indian Airlines dan banyak lagi. Kebanyakkan penerbangan Asia menggunakannya untuk terbang merentasi Selat Bengal dan Laut China Selatan. Bagi menyaingi A300, Boeing memperkenalkan Boeing 767.
Kejayaan A300 memberikan Airbus sebuah pengalaman dalam persaingan pasaran pesawat penumpang. Rangka fuselaj A300 kemudiannya digunakan untuk membina Airbus A330 dan Airbus A340.
Pada hari ini, era A300 hampir pupus dan kebanyakkan A300 digunakan dalam operasi kargo.
Model
[sunting | sunting sumber]- A300B1 Hanya 2 pesawat saja dibina: Sebuah dibina menjadi prototaip dan sebuah lagi dijual untuk perkhidmatan. Ia mampu menerbangkan 259 penumpang dan berat maksimumnya ialah 132,000 kg. Penjana kuasanya ialah dua enjin General Electric CF6-50A dengan tujahan 220 kN.
- A300B2 Variasi produksi pertama. Dijana oleh CF6 atau Pratt & Whitney JT9D dengan tujahan antara 227 kN hingga 236 kN. Ia memasuki perkhidmatan pada Mei 1974.
- A300B4 Variasi utama yang hampir serupa dengan B2 tetapi beratnya ditinggilan menjadi 157 ton. Jumlah keluaran B2 dan B4 adalah sebanyak 248 buah.
- A300FFCC Pesawat pertama menggunakan 2 krew kapal. Perkhidmatan pertama bersama dengan Penerbangan Garuda Indonesia dan Varig
- A300B10 '(A310)' Model ini mempunyai fuselaj yang lebih pendek, sayap yang bernisbah bidang yang lebih tinggi, ekor yang lebih pendek dan penggunaan 2 krew kapal. Ia boleh didapati dalam siri 200 dan 300 dimana julatnya dipanjangkan (julatnya ialah 9,600 km). Ia turut dibina dalam bentuk ketenteraan dan digunakan oleh Luftwaffe. Penjualan terkini adalah sebanyak 260 buah.
- A300-600 Versi terbaru ini mempunyai panjang yang sama dengan B2 dan B4 tetapi ruangannya diluaskan kerana ia menggunakan fuselaj dan ekor A310. Kuasa janaanya lebih tinggi dan dijana oleh enjin CF6-80 atau Pratt & Whitney PW4000. Model ini memasuki perkhidmatan pada tahun 1988 dan ia boleh didapati dalam dua jenis versi iaitu versi penumpang dan kargo. Sehingga ke hari ini, sebanyak 330 buah pesawat A300-600 berjaya dijual.
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Ukuran | A300B4 | A300-600R | A300-600F |
---|---|---|---|
2-kelas tempat duduk | 266 | Tidak berkaitan | |
Panjang | 54.08 m or 177' 3" | ||
Rentang | 44.85 m or 147' 2" | ||
Tinggi | 16.62 m or 54' 6" | ||
Lebar maks. kabin | 5.28 m | ||
Diameter fiuslaj | 5.64 m | ||
Berat kosong | 90,060 kg or 198,132 lb | 81,900 kg or 180,700 lb | |
Berat berlepas maks. | 165,000 kg or 364,980 lb. | 170,500 kg or 375,100 lb | |
Panjang landasan semasa berlepas | Tidak berkaitan | 2324 m | |
Kelajuan luncur | Mach 0.78 | ||
Kelajuan maks. | Mach 0.86 | ||
Jarak dengan muatan maks. | 6,670 km atau 3,600 batu nautika | 2,950 batu nautika | |
Muatan maks. minyak | 68,150 liter | ||
Enjin | CF6-50C2 atau JT9D-59A | CF6-80C2 atau PW4158 | |
Krew kokpit | 3 | 2 |
Enjin
[sunting | sunting sumber]Model | Tarikg | Enjin |
---|---|---|
A300B2-1A | 1974 | General Electric CF6-50A |
A300B2-1C | 1975 | General Electric CF6-50C |
A300B2K-3C | 1976 | General Electric CF6-50CR |
A300B4-2C | 1976 | General Electric CF6-50C |
A300B4-103 | 1979 | General Electric CF6-50C2 |
A300B2-203 | 1980 | General Electric CF6-50C2 |
A300B4-203 | 1981 | General Electric CF6-50C2 |
A300B4-601 | 1988 | General Electric CF6-80C2A1 |
A300B4-603 | 1988 | General Electric CF6-80C2A3 |
A300B4-620 | 1983 | Pratt & Whitney JT9D-7R4H1 |
A300B4-622 | 2003 | Pratt & Whitney PW4158 |
A300B4-605R | 1988 | General Electric CF6-80C2A5 |
A300B4-622R | 1991 | Pratt & Whitney PW4158 |
A300F4-605R | 1994 | General Electric CF6-80C2A5 or 2A5F |
A300F4-622R | 2000 | Pratt & Whitney PW4158 |
A300C4-605R | 2002 | General Electric CF6-80C2A5 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Airbus A300. |
- Laman Web Rasmi A300
- Imej A300
- Informasi Airbus A300-600 Diarkibkan 2005-03-13 di Wayback Machine
- Senarai produksi A300 Diarkibkan 2011-06-28 di Wayback Machine