Anjing rubah kecil Itali
Nama lain |
| ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing rubah kecil Itali atau volpino Itali,[a] atau hanya volpino, ialah satu baka anjing daripada jenis spits.[2] Ia berkait rapat dengan anjing Pomerania[3]:234[4] dan dengan spits Jerman.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing jenis spits kecil yang menyerupai volpino moden telah dikenal pasti dalam sebilangan lukisan, yang terawal daripada lukisan-lukisan tersebut mungkin merupakan St. Augustinus dalam Pengajiannya oleh Vittore Carpaccio, yang dilukis di Scuola di San Giorgio degli Schiavoni di Venice pada tahun 1502.[6]
Pada abad kelapan belas dan abad kesembilan belas, jenis anjing ini umum di Toscana (di sana ia dikenali sebagai cane di Firenze ("anjing Firenze") dan digunakan sebagai anjing penjaga oleh pengguna kereta tarik dan gembala) dan di Lazio (di sana ia dipanggil cane del Quirinale ("anjing Quirinale").[3]:234
Ratu Victoria dari United Kingdom melawati Firenze pada tahun 1888 dan membawa empat ekor anjing jenis Pomerania atau jenis spits.[7]:323[8]:216
Piawaian pertama untuk volpino Itali disusun oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1913 dan anjing-anjing ditunjukkan dengan sedikit kejayaan.[6] Ia sepenuhnya diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[2] Menjelang tahun 1960-an, baka ini hampir sepenuhnya lenyap dan hampir kepada kepupusan. Sedikit contoh dikenal pasti pada tahun 1968 dan pendaftaran dimulakan semula pada tahun 1972.[5]
Pada tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2019, pendaftaran baharu di Itali berpurata sekitar 160 setiap tahun.[5]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Volpino ialah anjing kecil yang berdiri tidak lebih tinggi daripada kira-kira 30 cm (12 in) pada paras kelasa. Ia kasar-kasar berbentuk segi empat sama dari segi garis luar, dengan panjang tubuhnya lebih kurang sama berbanding dengan tingginya.[1] Lapis bulunya panjang dan menjauh dari tubuh. Ia sama ada berwarna putih padu, merah pekat padu, atau hitam padu; walau bagaimanapun, dalam piawaian baka kemas kini, mana-mana warna lain juga diterima/ditoleransi.[6]
Ia merupakan salah satu daripada banyak baka yang terjejas akibat kehelan kanta primer keturunan, iaitu penyakit mata yang mungkin menyebabkan nyeri atau kebutaan.[9]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ روبه کچيل ايتالي; ۏولڤينو ايتالي ; Itali: volpino italiano, lit. '[anjing] rubah kecil Itali' , sebutan bahasa Itali: [volˈpiːno itaˈljaːno]; bahasa Inggeris: Italian volpino
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Volpino Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- ^ a b "FCI breeds nomenclature: VOLPINO ITALIANO (195)" [Tatanama baka FCI: ANJING RUBAH KECIL ITALI (195)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- ^ a b Neri, Margherita; Tonelli, Serena; Tonelli, Eraldo, penyunting (2005). Cani [Anjing] (dalam bahasa Itali). Firenze, Itali: Giunti Editore. ISBN 9788809039131. OCLC 799198704.
- ^ Volpino (dalam bahasa Itali). Enciclopedie on line. Rom, Itali: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- ^ a b c Volpino Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- ^ a b c "FCI-Standard N° 195 VOLPINO ITALIANO (Italian Volpino)" [Piawaian FCI No. 195 Anjing Rubah Kecil Itali (Volpino Itali)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy; Crepaldi, Antonio; Sporre-Willes, Renée. Dikemaskinikan kali terakhir oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 21 September 2023. Dicapai pada 1 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ Secord, William (2008). Dog Painting: A History of the Dog in Art [Lukisan Anjing: Sejarah Anjing dalam Kesenian] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: Antique Collectors' Club. ISBN 9781851495764. OCLC 232982756.
- ^ Coren, Stanley (11 Disember 2012). Why We Love the Dogs We Do: How to Find the Dog that Matches Your Personality [Sebabnya Kita Menyayangi Anjing yang Kita Sayangi: Cara untuk Mencari Anjing yang Memadani Keperibadian Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 9781471109409. OCLC 965544743.
- ^ Gould, David J.; Pettitt, Louise; McLaughlin, Bryan; Holmes, Nigel G.; Forman, Oliver P.; Thomas, Anne; Ahonen, Saija; Lohi, Hannes Tapani; O'Leary, Caroline Ann; Sargan, David Richard; Mellersh, Cathryn Suzanne (3 Ogos 2011). "ADAMTS17 mutation associated with primary lens luxation is widespread among breeds" [Mutasi ADAMTS17 yang berkaitan dengan kehelan kanta primer tersebar meluas sesama baka]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 14 (6): 378–384. doi:10.1111/j.1463-5224.2011.00892.x. ISSN 1463-5224. PMID 22050825. S2CID 26787715.