Pergi ke kandungan

Barometer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barometer ialah sejenis alat saintifik yang digunakan dalam meteorologi untuk mengukur tekanan atmosfera. Kecenderungan tekanan yang dirakam boleh membantu dalam ramalan perubahan cuaca jangka pendek. Terdapat banyak kaedah mengukurn tekanan udara digunakan dalam menganalisis cuaca permukaan untuk membantu mencari permukaan palung, sistem bertekanan tinggi dan sempadan frontal.

Pengunaan

[sunting | sunting sumber]

Tekanan barometer serta kecenderungannya (perubahan tekanan dalam suatu tempoh yang tertentu) telah digunakan dalam ramalan cuaca sejak abad ke-19.[1] Ramalan jangka pendek boleh dibuat apabila penggunaan alat ini disertakan dengan pemerhatian angin.[2] Bacaan barometer yang serentak daripada seluruh rangkaian stesen cuaca membolehkan peta tekanan udara dihasilkan, lalu peta cuaca bentuk moden yang dicipta pada abad ke-19. Isobar, iaitu garisan yang dilukis pada peta menujukkan tekanan udara yang sama, memberikan kontur yang menunjukkan kawasan yang bertekanan tinggi dan rendah.[3] Tekanan atmosfera tempatan yang tinggi bertindak sebagai penghalang sistem cuaca yang berhampiran lalu mengalihkan arahnya. Daya angkat atmosfera disebabkan oleh angin rendah membawa bersama awan dan kadangkalanya juga kerpasan.[4] Perubahan cuaca yang lebih besar boleh dijangkakan apabila terdapatnya perubahan tekanan yang lebih besar, terutamanya ia mencapai lebih daripada 3.5 hPa (0.1 inHg). Sekiranya tekanan udara menurun dengan cepat maka sistem bertekanan rendah akan menghampiri lalu hujan berkemungkinan turun dengan besarnya. Kenaikan tekanan yang cepat, seperti di bangun dari depan dingin, yang berkaitan dengan memperbaiki keadaan cuaca, seperti langit yang mencerah.[5]

Barometer aneroid digunakan dalam selaman skuba. Sebuah tolok tekanan mudah tenggelam digunakan untuk mengesan kandungan udara dalam tangki penyelam. Ada tolok yang digunakan untuk mengukur tekanan hidrostatik yang biasanya dinyatakan sebagai kedalaman air laut. Mana-mana tolok ini barangkalinya boleh digantikan dengan alat elektronik atau komputer menyelam yang sama taranya.[6]

  1. ^ USA Today. Understanding air pressure. Retrieved on 2008-05-25.
  2. ^ USA Today. Using winds and a barometer to make forecasts. Retrieved on 2007-05-05.
  3. ^ Edward J. Hopkins (1996-06-10). "Surface Weather Analysis Chart". University of Wisconsin. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2007. Dicapai pada 2007-05-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Robert Penrose Pearce (2002). Meteorology at the Millennium. Academic Press. m/s. 66. ISBN 978-0-12-548035-2. Dicapai pada 2009-01-02.
  5. ^ Weather Doctor. Applying The Barometer To Weather Watching. Retrieved on 2008-05-25.
  6. ^ PADI (1990). The Encyclopedia of Recreational Diving. Santa Ana, CA, USA: PADI. m/s. 3–96–3–99. ISBN 1-878663-02-X.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Barometer di Wikimedia Commons
  •  Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  • Burch, David F. The Barometer Handbook; a modern look at barometers and applications of barometric pressure. Seattle: Starpath Publications (2009), , ISBN 978-0-914025-12-2.
  • Middleton, W. E. Knowles. (1964). The history of the barometer. Baltimore: Johns Hopkins Press. New edition (2002), ISBN 0-8018-7154-9.