Batik
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa: ꦲꦩ꧀ꦧꦛꦶꦏ꧀ , translit. ambathik hasil lakuran kata ꦲꦩ꧀ꦧ amba bererti "lebar" atau "luas" (merujuk kepada kain dicanting) dan ꦤꦶꦛꦶꦏ꧀ nithik yang bererti "membuat titik"[1][2][3] selanjutnya membawa maksud "menghubungkan titik-titik menjadi gambar tertentu pada kain yang luas atau lebar".[4]
Pembudayaan
[sunting | sunting sumber]Di Indonesia
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa Orde Baru, baju batik juga mulai dipakai sebagai pakaian rasmi pelajar sekolah (kecuali sekolah menengah kejuruan kerana biasanya memakai pakaian seragam) dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Rabu dan Khamis. Perkembangan selanjutnya, batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.[perlu rujukan] Tetapi khusus untuk provinsi Riau dan Kepulauan Riau, penggunaan pakaian pada hari Rabu dan Khamis biasanya memakai Baju Kurung.[perlu rujukan]
Indonesia meraikan Hari Batik Nasional pada 2 Oktober setiap tahun sejak 2009 selepas batik mendapat pengikitrafan daripada UNESCO.[5]
Di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[6]
Malaysia meraikan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun sejak 2021 sebagai penghargaan atas inisiatif yang dilakukan Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang melancarkan gerakan Batik Malaysia: Dibuat Untuk Dunia pada 3 Disember 2003 untuk membawa batik Malaysia ke arena antarabangsa.[7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
- ^ The Jakarta Post Life team. "Batik: a cultural dilemma of infatuation and appreciation". The Jakarta Post.
- ^ "Pengertian Batik". Primus Supriono. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ Poerwadharminta, WJS. Bausastra.
- ^ Muhtar (2023-10-02). "Ini Sejarahnya Hari Batik Nasional Diperingati Setiap 2 Oktober". UICI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.
- ^ Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama
- ^ SHAMSURI, AHMAD SHAHERMAN (2021-12-01). "3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-10-02.
- Pogadaev, Victor (2002). "The Magic of Batik" in "Vostochnaya Kollektsiya" (Oriental Collection), Spring 2002, p. 71-74.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Katalog Tapak Web Batik Indonesia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- (Inggeris) Batik-batik bersejarah
- Luwes Group Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Warisan Budaya Malaysia Diarkibkan 2006-09-01 di Wayback Machine
- Arsitek Punca Cipta Diarkibkan 2006-07-10 di Wayback Machine
- Batik Belanda Diarkibkan 2006-08-10 di Wayback Machine
- Model Baju Batik