Bebola jejak
Penampilan
Bebola Jejak (trackball) ialah peranti input yang menjalankan tugas yang sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti tetikus. Rupa bebola jejak ini sama seperti tetikus apabila diterbalikkan. Bola getah berada di bahagian atas bebola jejak.
Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar bola snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin monitor. Biasanya bebola jejak akan di gunakan jika tiada ruang di atas meja untuk menggunakan tetikus.
Dulu komputer buku banyak menggunakan bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah menggunakan pad sentuh untuk menggerakkan penuding pada skrin monitor. Penuding akan bergerak mengikut bahagian pad sentuh yang disentuh oleh pengguna.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Bebola jejak secara ringkas Diarkibkan 2008-05-18 di Wayback Machine