Canselor Jerman
Canselor Republik Persekutuan Jerman | |
---|---|
Bundeskanzler der Bundesrepublik Deutschland | |
Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan Jerman | |
Gelaran |
|
Bidang kuasa | Jerman, Konfederasi Jerman Utara, Empayar Jerman, Republik Weimar dan Jerman Nazi |
Institusi | Kabinet Jerman |
Pusat |
|
Dilantik oleh | Presiden Jerman |
Tempoh jawatan | 4 tahun; boleh diperbaharui |
Penjawat sulung | Otto von Bismarck |
Dibentuk |
|
Pemegang pertama | Konrad Adenauer |
Gaji | €220,000 p.a. |
Senarai | List of chancellors of Germany (en) |
Tapak web | bundeskanzlerin |
sunting · sunting di Wikidata |
Canselor Jerman (Jerman: Bundeskanzler (in) von Deutschland) mengetuai pemerintahan Republik Persekutuan Jerman. Pemegang jawatan ini dilantik dalam kalangan ketua parti majoriti dalam Bundestag yang bertindak setaraf parlimen dalam negara tersebut; oleh itu, jawatan ini mempunyai persamaan dari segi pelantikan dengan jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain yang berparlimen. Ketua Negara bagi Jerman pula ialah Presiden.
Jawatan ini kini disandang Olaf Scholz selaku pemimipin parti Parti Demokrat Sosial dilantik Disember 2021.
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Sejarah pejabat
[sunting | sunting sumber]Jawatan ini wujud sejak Empayar Rom Suci di mana pada ketika ini pejabat kanselor utama Jerman biasanya diketuai Uskup Agung Mainz yang berperanan sebagai ketua agama bagi pihak Istana yang telah wujud dari zaman Empayar Carolus lagi. Gelaran ini (dalam bahasa asal - Kanzler, daripada Latin: cancellarius ) sedemikian kerana peranannya dalam mentadbir atas pihak Maharaja (rujuk juga peranan chancellor dalam konteks pendidikan); gelaran tersebut turut dipakai beberapa kerajaan berbahasa Jerman di Eropah Barat pada ketika ini.
Sidang gereja bertindak sebagai Pejabat Maharaja yang mengeluarkan perbuatan dan kapitulari. Sejak zaman Ludwig si Jerman, Uskup Agung Mainz adalah ex officio Canselor Utama Jerman, posisi yang dia pegang sampai akhir Empayar Suci Rom pada tahun 1806, sedangkan secara de jure, Uskup Agung Köln adalah Kanselor Itali dan Uskup Agung Trier dari Bourgogne. Tiga Uskup Agung Putera itu juga menjadi Putera pemilih dari pemilihan Empayar yang memilih Raja Romawi. Sudah dari abad pertengahan, Canselor Jerman memiliki kekuasaan politik seperti Uskup Agung Willigis (Arskanselir 975-1011, wali penguasa Raja Otto III dari Jerman 991-994) atau Rainald von Dassel (Canselor 1156-1162 dan 1166-1167) di bawah Maharaja Frederick Barbarossa.
Pada tahun 1559, Maharaja Ferdinand I mendirikan suatu lembaga Pejabat Canselor Empayar (Reichshofkanzlei) di Istana Hofburg,Vienna pimpinan Naib Canselor di bawah kuat kuasa nominal Uskup Agung Mainz. Pada Pertempuran Gunung Putih tahun 1620, Maharaja Ferdinand II mewujudkan suatu kantor Pengadilan Kanselor yang bertanggungjawab atas urusan ehwal dalam dan luar negeri Monarki Habsburg bagi pihak Austria. Dari tahun 1753 dan seterusnya, kantor Kanselor Negara Austira diketuai oleh Raja Kaunitz. Keutuhan jawatan ini dikurangkan sejak itu sehingga ia setakat berupa istiadat atau seremonial pada zaman Maria Theresa dan Joseph II, hanya ada di atas kertas. Setelah pembubaran Empayar Rom Suci, Raja Metternich menjabat sebagai Kanselor Negara Empayar Austria (1821-1848), demikian juga Putera Hardenberg bertindak sebagai Canselor kepada Prusia (1810-1822).
Kantor Kanselor modern didirikan dengan Konfederasi Jerman Utara di mana Otto von Bismarck menjadi Kanselor pada tahun 1867. Setelah Penyatuan kerajaan-kerajaan kecil dalam Jerman pada tahun 1871, kantor menjadi dikenal di Jerman sebagai Reichskanzler (lit. "Kanselor Alam"), meskipun terus disebut sebagai Kanelir dalam bahasa lain. Dengan perlembagaan Jerman tahun 1949, gelar Bundeskanzler (Kanselor) digunakan kembali di Jerman.
Dari 1867 hingga 1871, gelar Bundeskanzler (kanselor) digunakan kembali dalam bahasa Jerman pada waktu Konfederasi Jerman Utara. Dari tahun 1871 sampai tahun 1945, pejabat bernama Reichskanzler (Canselor Empayar). Sejak tahun 1949, gelaran rasmi pejabat dalam bahasa Jerman sekali lagi bernama Bundeskanzler.
Ketika adanya Republik Demokratik Jerman dari tangg 7 Oktober 1949 hingga penyatuan semula dengan Republik Federal Jerman pada 3 Oktober 1990, jabatan Canselor sendirinya tidak ada melainkan dengan jawatan yang setara sama ada dengan gelaran Presiden Menteri (Ministerpräsident) atau Ketua Dewan Menteri (Vorsitzender des Ministerrats).
Peranan
[sunting | sunting sumber]Peranan jawatan ini banyak berubah mengikut keadaan negara Jerman itu sendiri sejak pembentukannya. Dari 1871-1918, Kanselor hanya bertanggungjawab kepada Maharaja. Dengan berdirinya republik dan reformasi konstitusi pada tahun 1918, parlimen diberikan hak untuk memberhentikan jawatan Reichskanzler. Menurut Perlembagaan Weimar tahun 1919, Kanselor dilantik Presiden dan bertanggungjawab kepada kedua-dua pihak Parlimen dan Presiden.
Ketika Parti Sosialis Nasional mula mendapatkan kuasa mereka pada 30 Januari 1933, Perlembagaan Weimar diabaikan secara de facto. Setelah kematian Presiden Hindenburg pada tahun 1934, Adolf Hitler secara rasminya mendapat gelaran Führer und Reichskanzler ("Pemimpin dan Kanselor Alam") sambil menjadi suatu diktator ke atas pemerintahan baharunya yang diberikan kekuatan yang lebih besar daripada pemerintahan Weimar sebelumnya sambil mengurangkan banyak peranan Presiden Jerman itu sendiri.
Jerman pada saat ini sering disebut sebagai "demokrasi canselor" yang mencerminkan peranan Canselor sebagai kepala negara eksekutif yang memiliki kewenangan konstitusional untuk menetapkan pedoman untuk semua bidang dasar pemerintah.
Senarai pemegang jawatan
[sunting | sunting sumber]Sejak penubuhan jawatan ini dalam bentuk paling baharunya pada 1867, sebanyak 32 orang telah menjawat sebagai kepala pemerintahan Jerman atau pendahulunya dengan Konfederasi Jerman Utara, sebagian besar bergelar Canselor.
Zaman Konfederasi Jerman Utara, Bundeskanzler (1867–1871)
[sunting | sunting sumber]Konfederasi Jerman Utara ditubuhkan setelah runtuhnya Konfederasi Jerman, yang disebabkan oleh kemenangan Prusia dalam Perang Austro-Prusia tahun 1866. Canselor dilantik oleh Raja Prusia.[2]
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
1 | Otto von Bismarck | 1 Julai 1867 | 21 Mac 1871 | Bebas |
Zaman Empayar, Reichskanzler (1871–1918)
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Empayar Jerman lahir dari Konfederasi Jerman Utara akibat Perang Franco-Prusia. Maharaja yang baru diciptakan menamakan Canselor untuk bertanggungjawab kepada Maharaja.[3]
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
Otto von Bismarck | 21 Mac 1871 | 20 Mac 1890 | Bebas | |
2 | Leo von Caprivi | 20 Mac 1890 | 26 Oktober 1894 | Bebas |
3 | Chlodwig zu Hohenlohe-Schillingsfürst | 29 Oktober 1894 | 17 Oktober 1900 | Bebas |
4 | Bernhard von Bülow | 17 Oktober 1900 | 14 Julai 1909 | Bebas |
5 | Theobald von Bethmann Hollweg | 17 Julai 1909 | 13 Julai 1917 | Bebas |
6 | Georg Michaelis | 14 Julai 1917 | 1 November 1917 | Bebas |
7 | Georg von Hertling | 1 November 1917 | 30 September 1918 | Parti Tengah |
8 | Maximilian dari Baden | 3 Oktober 1918 | 9 November 1918 | Bebas |
Zaman Revolusi, Reichskanzler (1918–1919)
[sunting | sunting sumber]Pada 9 November 1918, Max von Baden meletakkan jawatan kepada Canselor. Friedrich Ebert dipilih sebagai Canselor ke-9 selama tiga bulan di antara berakhirnya Empayar Jerman pada November 1918 dan penubuhan perhimpunan pertama Majlis Nasional pada Februari 1919. Beliau dilantik sebagai Ketua Majlis Wakil Rakyat, hingga 29 Disember 1918 bersama-sama dengan pemimpin USPD, Hugo Haase.[4]
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
9 | Friedrich Ebert Hugo Haase (Pengerusi Majlis Wakil Rakyat) |
10 November 1918 10 November 1918 |
13 Februari 1919 29 Disember 1919 |
SPD USPD |
Zaman Republik Weimar, Reichskanzler (1919-1933)
[sunting | sunting sumber]Perlembagaan Weimar tahun 1919 menetapkan kerangka untuk Republik Weimar. Canselor sering bergantung pada sokongan daripada Presiden.
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
10 | Philipp Scheidemann (Reichsministerpräsident) | 13 Februari 1919 | 20 Jun 1919 | SPD |
11 | Gustav Bauer (Reichskanzler) | 21 Jun 1919 | 26 Mac 1920 | SPD |
12 | Hermann Müller (tempoh pertama) | 27 Mac 1920 | 8 Jun 1920 | SPD |
13 | Konstantin Fehrenbach | 25 Jun 1920 | 4 Mei 1921 | Tengah |
14 | Joseph Wirth | 10 Mei 1921 | 14 November 1922 | Tengah |
15 | Wilhelm Cuno | 22 November 1922 | 14 Ogos 1923 | |
16 | Gustav Stresemann | 13 Ogos 1923 | 30 November 1923 | P. Rakyat |
17 | Wilhelm Marx (tempoh pertama) | 30 November 1923 | 15 Januari 1925 | Tengah |
18 | Hans Luther | 15 Januari 1925 | 12 Mei 1926 | |
(17) | Wilhelm Marx (tempoh ke-2) | 17 Mei 1926 | 12 Jun 1928 | Tengah |
(12) | Hermann Müller (tempoh ke-2) | 28 Jun 1928 | 27 Mac 1930 | SPD |
19 | Heinrich Brüning | 30 Mac 1930 | 30 Mei 1932 | Tengah |
20 | Franz von Papen | 1 Jun 1932 | 17 November 1932 | |
21 | Kurt von Schleicher | 4 Disember 1932 | 28 Januari 1933 |
Zaman pemerintahan NSDAP (1933-1945)
[sunting | sunting sumber]Macholfgreifung (rampasan kuasa) Adolf Hitler menandakan berakhirnya Republik Weimar dan permulaan Jerman Nazi. Hitler memerintah sebagai diktator dan menggabungkan semua kuasa untuk dirinya sendiri.
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
22 | Adolf Hitler ("Führer dan Kanselor" ) | 30 Januari 1933 | 30 April 1945 | Nazi |
23 | Joseph Goebbels | 30 April 1945 | 1 Mei 1945 | Nazi |
24 | Lutz Schwerin von Krosigk (pemangku) | 2 Mei 1945 | 8 Mei 1945 | - |
Zaman Republik Persekutuan Jerman, Bundeskanzler (sejak 1949)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1949, dua negara Jerman yang terpisah ditubuhkan iaitu Republik Persekutuan Jerman (dikenali sebagai Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (dikenali sebagai Jerman Timur). Senarai di bawah memberikan Canselor Jerman Barat; pemerintah Jerman Timur diketuai oleh Ketua Majlis Menteri.[5] Pada tahun 1990, Jerman Timur dibubarkan dan bergabung dengan Jerman Barat. Negara Jerman disatukan semula dan mengekalkan nama Republik Persekutuan Jerman.[6]
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | Parti | |
---|---|---|---|---|
25 | Dr. Konrad Adenauer | 15 September 1949 | 16 Oktober 1963 | CDU |
26 | Dr. Ludwig Erhard | 16 Oktober 1963 | 1 Disember 1966 | CDU |
27 | Kurt Georg Kiesinger | 1 Disember 1966 | 21 Oktober 1969 | CDU |
28 | Willy Brandt | 21 Oktober 1969 | 7 Mei 1974 | SPD |
Timbalan Kanselor Walter Scheel (pemangku) | 7 Mei 1974 | 16 Mei 1974 | FDP | |
29 | Helmut Schmidt | 16 Mei, 1974 | 1 Oktober, 1982 | SPD |
30 | Dr. Helmut Kohl | 1 Oktober 1982 | 27 Oktober 1998 | CDU |
31 | Gerhard Schröder | 27 Oktober 1998 | 22 November 2005 | SPD |
32 | Dr. Angela Merkel | 22 November 2005 | 8 Disember 2021 | CDU |
33 | Olaf Scholz | 8 Disember 2021 | Kini | SPD |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ratgeber für Anschriften und Anreden. (PDF; 2,3 MB) Bundesministerium des Innern - Protokoll Inland, Retrieved January 2010.
- ^ North German Constitution] (dalam bahasa Jerman). 26 June 1867 – melalui Wikisource. [
- ^ Verfassung des Deutschen Reichs] (dalam bahasa English). 16 April 1871 – melalui Wikisource.CS1 maint: unrecognized language (link) [
- ^ "Biografie Friedrich Ebert 1871-1925" [Biography of Friedrich Ebert]. www.dhm.de/lemo (dalam bahasa Jerman). LeMO/Deutsches Historisches Museum. Dicapai pada 14 March 2018.
- ^ "Entstehung der DDR: Verfassung und Führungsrolle der SED" [Formation of the GDR: Constitution and the SED's Leadership Role]. www.hdg.de/lemo (dalam bahasa Jerman). LeMO/Haus der Geschichte. Dicapai pada 14 March 2018.
- ^ "Vertrag zwischen der Bundesrepublik Deutschland und der Deutschen Demokratischen Republik über die Herstellung der Einheit Deutschlands (Einigungsvertrag)" [Unification Treaty between the Federal Republic of Germany and the German Democratic Republic]. Treaty Error: the
date
oryear
parameters are either empty or in an invalid format, please use a valid year foryear
, and use DMY, MDY, MY, or Y date formats fordate
(dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 13 March 2018.