Pergi ke kandungan

Carlos Alberto Peña

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carlos Peña
Maklumat peribadi
Nama penuh Carlos Alberto Peña Rodríguez
Tarikh lahir (1990-03-29) 29 Mac 1990 (umur 34)
Tempat lahir Ciudad Victoria, Mexico
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
León
Nombor 27
Kerjaya remaja
Pachuca
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Pachuca 20 (1)
2011– León 88 (25)
Pasukan kebangsaan
2012– Mexico 16 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Carlos Alberto Peña Rodríguez (lahir 29 Mac 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk Club León. Beliau bermain di posisi pemain tengah. Carlos Peña juga dikenali sebagai "Gullit" kerana aksi beliau hampir serupa dengan bekas pemain bola sepak Belanda, Ruud Gullit.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Peña membuat debut untuk C.F. Pachuca pada 14 April 2010 menentang Cruz Azul, seri 2-2.[1]

Pada Mei 2011, Peña berpindah ke Club León.[2] Beliau bermain 31 perlawanan ketika kempen pertamanya bersama Los Panzas Verdes. Dalam musim 2013–14 Peña menjaringkan 12 gol untuk pasukannya.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada lewat 2012, Peña dipanggil oleh jurulatih José Manuel de la Torre untuk mewakili Mexico di kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Guyana pada 12 Oktober dan El Salvador pada 16 Oktober. Beliau juga dipanggil untuk menentang Peru dalam perlawanan persahabatan.

Peña menjaringkan gol antarabangsa pertama kalinya ketika menentang Finland dalam satu perlawanan persahabatan pada 30 Oktober 2013.

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
León
  • Liga MX (2): Apertura 2013, Clausura 2014