Pergi ke kandungan

Chechnya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Chechen
Нохчийн Республика (Chechen)
Чеченская Республика (Rusia)
Lagu: Шатлакхан Илли
Şatlaqan İlli
"Lagu Shatlak"[1]
Lokasi Republik Chechen
Koordinat: 43°24′N 45°43′E / 43.400°N 45.717°E / 43.400; 45.717Koordinat: 43°24′N 45°43′E / 43.400°N 45.717°E / 43.400; 45.717
NegaraRusia
Daerah persekutuanKaukasia Utara
Wilayah ekonomiKaukasus Utara
Ibu kotaGrozny[2]
Pentadbiran
 • JenisParlimen Republik Chechen[3]
 • Ketua[3]Ramzan Kadyrov[4]
Keluasan
 • Jumlah16,165 km2 (6,241 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah 1,100,000
 • Pemeringkatanke-31
 • Bandar
38.2%
 • Luar bandar
61.8%
Zon waktuUTC+03:00 (MSK[6])
Kod ISO 3166RU-CE
Pendaftaran kenderaan95
Bahasa rasmiChechen[7]  • Rusia[8]
Laman sesawangchechnya.gov.ru
Menara tempur Nikaroi
Tasik Kezenoyam

Republik Chechen (IPA: ˈʧɛʧn̩ rɪˈpʌblɪk; Rusia: Чече́нская Респу́блика, Chechenskaya Respublika; Chechen:Нохчийн Республика, Noxçiyn Respublika) atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia.

Bersempadan dengan Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan, dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan Kaukasus disebelah Utara. Ibu kotanya berada di Grozny.

Setelah jatuhnya pemerintahan Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mereka mengumumkan parlimen baharu, dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua belah pihak di antara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling ramai yang beragama Islam di Rusia.

Chechnya terletak di kawasan selatan Rusia Eropah. Chechnya bersempadan dengan Ingushetia di barat dan Ossetia Utara-Alania serta Jajahan Stavropol di barat laut. Kawasan timur pula disempadani Dagestan manakala negara Georgia terletak di selatan. Republik ini memiliki keluasan kira-kira 17,300 km².[9] Sehingga 2018, nilai keluasan republik adalah pelbagai akibat ketakpastian garis sempadan Chechnya dan Ingushetia. Sebagai contoh, Ensiklopeidia Agung Rusia menetapkan nilai keluasan Chechnya pada 15.6 ribu km².[10] Penetapan garis sempadan yang jelas dimeterai oleh ketua kedua-dua republik pada September 2018, sekali gus memudahkan pengiraan keluasan.[11] Republik Chechnya terletak dibawah Zon Waktu Moscow (MSK/MSD). UTC ialah +0300 (MSK)/+0400 (MSD).

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian rasmi 2010, populasi Chechnya ialah 1,268,989 orang,[12] meningkat daripada 1,103,686 orang berdasarkan bancian 2002.[13] Walaupun begitu, trend pertambahan penduduk itu dipersoalkan golongan pakar demografi apabila peperangan di Chechnya diambil kira.[14][15]

Orang Chechen membentuk 95.3% populasi, diikuti orang Rusia (24,382 orang, 1.9%), Kumyk (12,221 orang, 1%), Ingush (1,296 orang, 0.1%) dan beberapa etnik kecil lain. Etnik Armenia pula hanya terdiri daripada beberapa buah keluarga.[16] Bahasa Chechen dan Rusia bertindak sebagai bahasa-bahasa utama Chechnya.

Agama Islam membentuk agama utama Chechnya, dan merupakan agama kira-kira 95% berdasarkan tinjauan di Grozny pada 2010.[17] Perkembangan Islam di kawasan Chechnya berlaku pada abad ke-16 ke abad-19, dan orang Chechen secara amnya menuruti mazhab Syafii.[18][19] Selain itu, mazhab Hanafi juga hadir dalam masyarakat Chechnya.[20] Banyak orang Chechen juga merupakan ahli sufi, sama ada tarekat Qadiri atau Naqshabandi. Selepas zaman Soviet, berlaku kebangkitan Islam di Chechnya dengan ratusan masjid dikira setakat kini, dan disertai puluhan madrasah serta sebuah universiti Islam, Kunta-haji serta sebuah pusat perubatan Islam di Grozny.[21] Sebuah komuniti kecil Kristian juga menetap di sini, dengan beberapa gereja gereja Ortodoks Rusia juga wujud dalam Chechnya, dan gereja-gereja yang musnah dalam peperangan mula dibina semula sejak kebelakangan ini.[22]

Penempatan

[sunting | sunting sumber]
 
Bandar terbesar di Chechnya
Bancian Rusia 2021
Ked. Divisyen pentadbiran Pop.
Grozny
Grozny
Gudermes
Gudermes
1 Grozny Kota Grozny 328,533 Urus-Martan
Urus-Martan
Shali
Shali
2 Gudermes Daerah Gudermessky 64,376
3 Urus-Martan Daerah Urus-Martanovsky 63,449
4 Shali Daerah Shalinsky 55,054
5 Argun Kota Argun 41,622
6 Achkhoy-Martan Daerah Achkhoy-Martanovsky 30,739
7 Kurchaloy Daerah Kurchaloyevsky 23,425
8 Oyskhara Daerah Gudermessky 19,415
9 Goyty Daerah Urus-Martanovsky 19,198
10 Avtury Daerah Shalinsky, Chechnya 18,446
  1. ^ Decree #164
  2. ^ Constitution of the Chechen Republic, Article 59.5
  3. ^ a b Constitution, Article 5.1
  4. ^ Official website of the Chechen Republic. Ramzan Akhmatovich Kadyrov Diarkibkan 11 Ogos 2011 di Wayback Machine (dalam bahasa Rusia)
  5. ^ "Оценка численности постоянного населения по субъектам Российской Федерации". Federal State Statistics Service. Dicapai pada 1 September 2022.
  6. ^ "Об исчислении времени". Официальный интернет-портал правовой информации (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2020. Dicapai pada 19 Januari 2019.
  7. ^ Constitution of the Chechen Republic, Article 10.1
  8. ^ Official throughout the Russian Federation according to Article 68.1 of the Constitution of Russia.
  9. ^ Федеральная служба государственной статистики (21 Mei 2004). "Территория, число районов, населённых пунктов и сельских администраций по субъектам Российской Федерации". Всероссийская перепись населения 2002 года (dalam bahasa Rusia). Perkhidmatan Statistik Negara Persekutuan. Dicapai pada 1 November 2011.
  10. ^ "Чеченская Республика". Ensiklopedia Agung Rusia (dalam bahasa Rusia). 2017. m/s. 540–547. ISBN 978-5-85270-372-9.CS1 maint: date and year (link)
  11. ^ "КС решит судьбу границы между Чечней и Ингушетией". Право.ru (dalam bahasa Rusia). 27 November 2018. Dicapai pada 27 Februari 2022.
  12. ^ Russian Federal State Statistics Service (2011). Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1 [2010 All-Russian Population Census, vol. 1]. Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Russian). Federal State Statistics Service.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Russian Federal State Statistics Service (21 Mei 2004). Численность населения России, субъектов Российской Федерации в составе федеральных округов, районов, городских поселений, сельских населённых пунктов – районных центров и сельских населённых пунктов с населением 3 тысячи и более человек [Population of Russia, Its Federal Districts, Federal Subjects, Districts, Urban Localities, Rural Localities—Administrative Centers, and Rural Localities with Population of Over 3,000] (XLS). Всероссийская перепись населения 2002 года [All-Russia Population Census of 2002] (dalam bahasa Russian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Liz Fuller (3 November 2010). "Preliminary Chechen Census Findings Unveiled". Radio Free Europe/Radio Liberty. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  15. ^ Dzutsev, Valery (2010). "2010 Census Data is Adjusted to Meet Kremlin Priorities in the North Caucasus". 7 (207). Dicapai pada 12 Mac 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  16. ^ Ishkhanyan, Vahan. "The case for Chechnya". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2009. Dicapai pada 12 Mei 2008.
  17. ^ В Чечне наблюдается высокая степень религиозной нетерпимости [High degree of religious intolerance observed in Chechnya]. Caucasus Times poll (dalam bahasa Rusia). Caucasus Times. 16 Mei 2010. Dicapai pada 10 April 2017.
  18. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Oktober 2017. Dicapai pada 23 Januari 2011.CS1 maint: archived copy as title (link)
  19. ^ Mairbek Vatchagaev (8 September 2006). "The Kremlin's War on Islamic Education in the North Caucasus". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2007. Chechnya Weekly, Volume 7, Issue 34 (September 8, 2006)
  20. ^ McDermott, Roger. "Shafi'i and Hanafi schools of jurisprudence in Cechnya". Jamestown.org. Dicapai pada 19 April 2013.
  21. ^ Nazgul A. Mingisheva and Yesbossyn M. Smagulov, "Chechnya" in Mark Juergensmeyer and Wade Clark Roof, Encyclopedia of Global Religion, Volume 1, SAGE, 2012, p. 193
  22. ^ "Рамзан Кадыров финансировал паломничество делегации православной молодежи из Чеченской Республики" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2012. Dicapai pada 30 September 2010. Unknown parameter |deadlink= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]