Pergi ke kandungan

Darfur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Darfur (bahasa Arab دار فور, bermaksud "rumah puak Fur") adalah sebuah wilayah di barat Sudan. Darfur bersempadan dengan Republik Afrika Tengah dan Chad. Wilayah Darfur terbahagi kepada tiga iaitu Gharb Darfur (Darfur Barat), Janub Darfur (Darfur Selatan), dan Shamal Darfur (Darfur Utara).

Konflik Darfur antara militia Janjaweed dengan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Pergerakan Pembebasan Sudan (Sudan Liberation Movement and Justice) dan Pergerakan Keadilan. Konflik ini melibatkan pertentangan antara rakyat keturunan Arab dengan rakyat hitam Afrika selama beberapa tahun dan telah mengakibatkan pemusnahan etnik, ratusan ribu terbunuh dan berjuta menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal.

Peta negara Sudan
Lokasi wilayah Darfur

Bandar-bandar utama di wilayah Darfur ialah Al Fashir dan Geneina.

Darfur meliputi mukabumi seluas 493,180 km² menyamai keluasan 90% saiz negara Perancis dan lebih setengah keluasan negara Kenya. Kawasan ini meliputi Pergunungan Marrah (Jebel Marra), di mana puncak gunung berapinya pada ketinggian 3000 m terletak di tengah-tengah wilayah ini.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Penduduk Darfur berjumlah 7.4 juta orang. Ekonominya sangat bergantung kepada sektor pertanian terutama sekali gandum, buah-buahan dan tembakau.

Semasa Dinasti Keira, pemerintahan bercorak kesultanan telah dijalankan.

Sebagai sebuah wilayah yang luas, Darfur mempunyai pelbagai suku dan puak. Setiap puak mempunyai bahasa yang tersendiri. Ketidakseragaman bahasa ini menyebabkan mereka bertelingkah dan sukar untuk disatukan. Antara bahasa utama di wilayah Darfur ialah:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

13°00′N 25°00′E / 13.000°N 25.000°E / 13.000; 25.000