Dunlop Tyres
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Automotif |
Ditubuhkan | Birmingham, England (1889) |
Pengasas | John Boyd Dunlop |
Dibubarkan | 1985 |
Ibu pejabat | Akron, Ohio, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand |
Keluaran | Tayar |
Pemilik | Goodyear Tire and Rubber Company |
Syarikat induk | Goodyear Tire and Rubber Company |
Tapak web | dunloptires dunlop www www |
sunting · sunting di Wikidata |
Dunlop adalah jenama tayar dimiliki oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia. Ditubuhkan oleh perintis tayar pneumatik John Boyd Dunlop di Birmingham, England pada tahun 1889, ia dimiliki dan dikendalikan oleh Goodyear Tire and Rubber Company di Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand[1] Di India, ia dimiliki oleh Dunlop India Ltd. yang merupakan syarikat induk Rula.[2] Di Asia (Jepun, China, Indonesia, Thailand dan Rusia), Afrika dan Amerika Latin (kecuali Mexico) oleh Sumitomo Rubber Industries.[3]
Pada 1985, Dunlop Rubber Company telah dibeli oleh BTR plc, dan Sumitomo memperoleh hak untuk mengeluarkan dan memasarkan tayar jalan berjenama Dunlop. Sumitomo tidak memperoleh mana-mana syarikat Dunlop. Pada tahun 1997 Sumitomo memperoleh persetujuan untuk menggunakan nama Dunlop dalam nama korporatnya, dan menukar nama anak syarikat UKnya kepada Dunlop Tires Ltd.
Pada tahun 1999 Sumitomo dan Goodyear memulakan usahasama yang mana Sumitomo terus mengeluarkan semua tayar buatan Jepun di bawah nama Dunlop, sementara Goodyear Tire dan Rubber Company membeli 75% daripada perniagaan tayar Eropah dan Amerika Utara Sumitomo.[4]
Syarikat ini mempunyai operasi perkilangan yang luas di seluruh dunia. Dengan penutupan kilang Washington pada tahun 2006, Goodyear Dunlop menghentikan pengeluaran tayar kereta dan lori utama di UK.[5]
Pada 2016 ia telah diumukan bahawa Sumitomo Rubber Industries akan memulakan fasa kedua pelaburannya $ 131 Juta (USD) untuk peningkatan dan pengembangan kilang pembuatan tayar Dunlop di Ladysmith, di Afrika Selatan.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dunlop Info. Dunlop Tires. Retrieved 2 November 2013.
- ^ DUNLOP. DUNLOP. Retrieved 2 November 2013.
- ^ "Apollo Tyres sells South African business to Sumitomo Rubber for Rs 340 crore". The Economic Times. 30 May 2013. Dicapai pada 2 November 2013.
- ^ Goodyear form 10-Q for quarter ended June 30, 1999, p.28
- ^ John Murray Brown in Birmingham and Henry Foy in London (18 March 2014). "Dunlop plant closure announcement branded cynical". Financial Times. Dicapai pada 19 March 2014.
- ^ Sumitomo Rubber South Africa invests R2 billion
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Tompkins, Eric (1981). The History of the Pneumatic Tyre. Dunlop Archive Project. ISBN 0-903214-14-8.CS1 maint: ref=harv (link)