Pergi ke kandungan

Ekonomi Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salah satu daerah perniagaan utama Israel di Ramat Gan

Israel dianggap sebagai salah satu negara termaju di Asia Barat Daya dalam hal pembangunan ekonomi dan industri. Negara ini menduduki peringkat ketiga di kawasan tersebut menurut Indeks Kemudahan Urus Niaga Bank Dunia[1] dan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia.[2]

Pada tahun 2007, Israel memiliki produk domestik bruto ke-44 terbesar dan berpendapatan per kapita ke-22 tertinggi (berdasarkan keseimbangan kemampuan berbelanja) di dunia sebanyak AS$232.7 juta dan AS$33,299 secara berurutan.[3] Pada tahun 2007, Israel dijemput untuk bergabung ke dalam Organisasi untuk Kerjasama dan Pengembangan Ekonomi (OECD)[4] dengan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara yang mematuhi prinsip-prinsip demokrasi dan ekonomi pasaran bebas.[5]

Walaupun sumber daya alam Israel terbatas, pembangunan yang intensif pada sektor agrikultur dan industri selama berpuluh-puluh tahun menjadikan Israel dapat berdikari secara bebas, kecuali bagi bijirin dan daging lembu. Pada tahun 2006, import Israel mencapai AS$47.8 juta, yang terdiri daripada bahan api fosil, bahan-bahan mentah, dan peralatan ketenteraan.[6] Komoditi eksport utama Israel terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, ubat-ubatan, perisian, bahan-bahan kimia, teknologi ketenteraan, dan intan; pada tahun 2006, eksport Israel mencapai AS$42.86 juta.[6]

Israel menduduki tempat pertama di dunia dalam hal pemuliharaan air dan penggunaan tenaga panas bumi.[7] Israel juga mengembangkan teknologi-teknologi mana-mana perisian, komunikasi, dan sains di Silicon Wadi.[8][9] Sejak tahun 1970-an, Israel telah menerima bantuan ekonomi dari Amerika Syarikat, dan pinjaman dari Amerika Syarikat tersebut menduduki kadar hutang luar negeri Israel yang cukup besar.[6] Pada tahun 2007, Amerika Syarikat bersetuju memberi bantuan sebanyak AS$30 juta kepada Israel untuk sepuluh tahun ke depan.[10]

Pelancong, utamanya pelancong keagamaan, juga merupakan bidang industri Israel yang penting. Masalah keamanan di Israel telah menjejaskan perkembangan industri ini, namun kebelakangan ini jumlah pelancong mula meningkat.[11] Pada tahun 2008, sekitar 3 juta pelancong berkunjung ke Israel.[12]

  1. ^ "Economy Rankings — Middle East & North Africa". The World Bank Group. Dicapai pada 2009-03-13.
  2. ^ "Global Competitiveness Report 2006-2007". World Economic Forum. 2007-02-14. Dicapai pada 2007-07-15.
  3. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. 2006-09-14. Dicapai pada 2009-03-13.
  4. ^ "Israel invited to join the OECD". Ynet News. 2007-05-16. Dicapai pada 2007-08-04.
  5. ^ "About". Organisation for Economic Co-operation and Development. Dicapai pada 2007-08-04.
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cia
  7. ^ Ginsburg, Mitch (2007-05-28). "A Hotter Holy Land". The Jerusalem Report. Dicapai pada 2007-08-30.
  8. ^ "Israel keen on IT tie-ups". The Hindu Business Line. 2001-01-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-08-04.
  9. ^ "Israel: Punching above its weight". Economist. 2005-11-14. Dicapai pada 2007-08-04.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nyt
  11. ^ Burstein, Nathan (2007-08-14). "Tourist visits above pre-war level". The Jerusalem Post. Dicapai pada 2007-09-04.
  12. ^ "Pope to visit Holy Land". Haaretz. Dicapai pada 2009-03-13. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)