Esok Masih Ada
Esok Masih Ada | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis | Aimi Jarr |
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | Aimi Jarr |
Dihasilkan oleh | Jins Shamsuddin |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1980 |
Masa tayangan | 98 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Esok Masih Ada merupakan sebuah filem drama jenayah Malaysia 1980.[1] Filem Esok Masih Ada diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Esok Masih Ada mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsuddin, Azean Irdawaty, Christine Teoh dan ramai lagi.
Lagu tema Esok Masih Ada dinyanyikan oleh kumpulan Carefree.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Esok Masih Ada diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1980.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]ASP Zamri adalah seorang pegawai kanan polis yang berjaya, tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia, menghampakan hidupnya. Perkenalannya dengan Marina, anak gadis En. Cheong, seorang pengurus Malayan Banking Berhad membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan En. Cheong dari tawanan sekumpulan ahli kongsi gelap yang merompak banknya dan menjadikannya sebagai tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon, ketua kumpulan kongsi gelap. Albert sebenarnya hanya mempergunakan Marina bagi tujuan jenayahnya apabila beliau menyuruh Ramon menculik Marina. Namun, Marina berjaya diselamatkan selepas Albert dan Ramon berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan polis yang berasingan. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada ibu Marina. Perkahwinan itu di kurniakan seseorang anak lelaki yang bernama Jefri, yang kemudiannya di serahkan kepada Faridah, isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri. Marina merasakan kehausan kasih sayang.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jins Shamsuddin sebagai ASP Zamri
- Azean Irdawaty sebagai Faridah
- Christine Teoh sebagai Marina
- S. Roomai Noor sebagai Dato' Zakaria, bapa ASP Zamri
- Umi Kalthum sebagai ibu ASP Zamri
- Rosnah Abdul Rahman sebagai Teman wanita Albert
- A. Rahim sebagai Ramon, ketua kongsi gelap
- Hj. Taufik Kang Teck Lee sebagai En. Cheong, bapa Marina dan Pengurus Maybank
- Lily Cheniah sebagai Isteri En. Cheong
- Albert Lee sebagai Albert, teman lelaki Marina dan dalang penculikan Marina
- Firdaus Abdullah sebagai Epi
- Carefree sebagai dirinya sendiri
- Pelakon yang mewakili PDRM
- ASP Roslan Ahmad sebagai Insp Roslan
- ASP Latifi Ahmad sebagai Kawan kepada ASP Zamri
- Abd Rahman Ahmad sebagai Penembak Tepat UTK (tidak dikreditkan)
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Esok Masih Ada. (Carefree)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia Pertama, 1980
- Pelakon Wanita Terbaik - Azean Irdawaty
- Jurukamera Terbaik - S. Mohan
- Pertandingan: Festival Filem Asia Pasifik ke-26, 1980 (Jakarta)
- Anugerah Khas Mitra - Tema terbaik ke arah perpaduan kaum