Ex Machina (filem)
Ex Machina | |
---|---|
Pengarah | Alex Garland |
Penulis | Alex Garland |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Rob Hardy |
Disunting oleh | Mark Day |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | A24 Films Universal Pictures (Antarabangsa) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 108 minit[1] |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | English |
Bajet | $15 juta[2] |
Pecah panggung | $38.2 juta[3] |
Ex Machina ialah sebuah filem psikologi sains fiksyen British 2015 ditulis dan diarahkan oleh Alex Garland. Filem ini dibintangi Domhnall Gleeson, Alicia Vikander dan Oscar Isaac. Filem ini mengutip $38.2 juta di seluruh dunia dan menerima pujian meluas. Ia menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Skrip Asal Terbaik dan Kesan Visual Terbaik. Vikander menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk kategori Pelakon Wanita Sokongan Terabaik dan Anugerah BAFTA untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan serta beberapa anugerah lain.
Plot
[sunting | sunting sumber]Caleb Smith (Domhnall Gleeson) memenangi sebuah pertandingan yang membolehkannya menghabiskan masa selama seminggu di rumah peribadi CE0 syarikatnya, Nathan Bateman (Oscar Isaac). Apabila tiba di sana, Caleb mempelajari bahawa dia telah dipilih untuk menjadi komponen manusia dalam sebuah ujian Turing untuk menentukan keupayaan dan kesedaran sebuah robot yang mempunyai wajah seperti manusia, Ava (Alicia Vikander).
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Domhnall Gleeson sebagai Caleb Smith
- Alicia Vikander sebagai Ava
- Oscar Isaac sebagai Nathan Bateman
- Sonoya Mizuno sebagai Kyoko
- Symara A. Templeman sebagai Jasmine
- Elina Alminas sebagai Amber
- Gana Bayarsaikhan sebagai Jade
- Tiffany Pisani sebagai Katya
- Claire Selby sebagai Lily
- Corey Johnson sebagai Jay
Produksi
[sunting | sunting sumber]Penggambaran
[sunting | sunting sumber]Penggambaran mengambil tempat selama empat minggu pada tahun 2013 di Studio Pinewood dan dua minggu di Hotel Juvet Landscape, Valldalen, Norway.[4] Ia difilemkan dalam digital pada resolusi 4K.[5] Babak pembukaan di pejabat dirakam di Ibu Pejabat Bloomberg, Dataran Finsbury, London.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Skor muzik untuk Ex Machina dicipta oleh Ben Salisbury dan Geoff Barrow yang sebelum ini bekerja bersama Garland untuk Dredd (2012).[6] Sebuah album runut bunyi dikeluarkan secara digital pada 20 Januari 2015.[7] Lagu tambahan ditampilkan dalam filem ini termasuk:[8]
- "Enola Gay" oleh Orchestral Manoeuvres in the Dark
- "Get Down Saturday Night" oleh Oliver Cheatham
- "Husbands" oleh Savages
- "Bunsen Burner" oleh Cuts
- "Piano Sonata No 21 D. 960 in B-flat Major" (first movement) dicipta oleh Franz Schubert, dipersembahkan oleh Alfred Brendel
- "Unaccompanied Cello Suite No 1 in G Major BWV 1007 – Prelude", dicipta oleh J.S. Bach, dipersembahkan oleh Yo-Yo Ma
Lagu tema untuk Ghostbusters disenaraikan pada tajuk akhir, dikredit sebagai "words and music by Ray Erskine Publishing Limited".
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Ex Machina ditayangkan di United Kingdom pada 21 Januari 2015 melalui Universal Pictures.[9] Ia membuat kutipan sebanyak $38.2 juta di seluruh dunia.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Penerimaan kritis
[sunting | sunting sumber]Ex Machina menerima pujian meluas untuk penulisan, lakonan, arahan, atmosfera, kesan istimewa dan skornya. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 92% berdasarkan 221 ulasan dengan purata rating 8/10.[10] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 78 daripada 100, berdasarkan 42 pengkritik, menunjukkan "ulasan amnya menggalakkan".[11]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Ex Machina menerima banyak pencalonan dan memenangi beberapa anugerah. Di Anugerah BAFTA, filem ini menerima lima pencalonan termasuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan untuk Alicia Vikander. Di Anugerah Akademi ke-88, filem ini menerima dua pencalonan untuk kategori Lakon Layar Asal Terbaik dan memenangi kategori Kesan Visual Terbaik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "EX MACHINA (15)". British Board of Film Classification. 26 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 23 January 2015.
- ^ "Ex Machina's Alex Garland and Oscar Isaac Discuss Artificial Intelligence - Consequence of Sound". Consequence of Sound.
- ^ "Ex Machina (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada 24 August 2015.
- ^ "Alex Garland on Building Ex Machina's Perfect Woman - The Credits". The Credits.
- ^ "Definition Magazine - Def Mag - Ex-Machina, the DIT Story". definitionmagazine.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2016-03-02.
- ^ "Invada UK To Release 'Ex-Machina' Soundtrack". 30 October 2014. Dicapai pada 30 October 2014.
- ^ "'Ex Machina' Soundtrack Released". Film Music Reporter. 21 January 2015. Dicapai pada 26 February 2015.
- ^ "Ex Machina (2015)". Soundtrack.Net. Autotelics, LLC. Dicapai pada 7 June 2015.
- ^ Turner, Peter (21 January 2015). "Alex Garland | Ex Machina". Starburst. Dicapai pada 3 May 2015.
- ^ "Ex Machina". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 8 December 2015.
- ^ "Ex Machina". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada 24 April 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Ex Machina (filem) |
- Ex Machina di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Ex Machina di Box Office Mojo
- Ex Machina di Rotten Tomatoes
- Ex Machina di Metacritic