Pergi ke kandungan

Frisia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Frisia merujuk kepada sebuah kumpulan orang-orang Jermanik yang tinggal di persisiran pantai di kawasan yang kini dikenali sebagai Belanda dan Jerman. Kebanyakannya kini bertumpu di wilayah-wilayah Friesland dan Groningen di Belanda dan Frisia Timur dan Frisia Barat di Jerman. Kawasan-kawasan ini dikenali sejak zaman Rom kuno lagi sebagai Frisia. Sifat-sifat fizikal mereka secara ringkasnya ialah bertubuh tinggi dan berambut cerah.