Pergi ke kandungan

Henry Ford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henry Ford
Kelahiran(1863-07-30)30 Julai 1863
Meninggal duniaApril 7, 1947(1947-04-07) (umur 83)
Fair Lane, Dearborn, Michigan, A.S.
WarganegaraAmerika
PekerjaanPengasas Ford Motor, hartawan perniagaan, jurutera
Nilai bersih $188.1 bilion (berdasarkan data Februari 2008 daripada Forbes)
PasanganClara Jane Bryant (k. 1888; b. 1947)
Anak-anakEdsel Ford
Ibu bapaWilliam Ford dan Mary Ford

Henry Ford (30 Julai 1863 – 7 April 1947) merupakan usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company, dan pengasas kepada kemajuan teknik pemasangan talian secara besar-besaran.

Walaupun Ford tidak membina kereta atau peralatan pemasangan,[1] beliau mengusahakan kereta pertama dimana kebanyakkan orang sederhana Amerika mampu membelinya. Dalam membuat perkara itu, Ford menukar automobil daripada harga yang mahal kepada kenderaan yang boleh dimiliki, yang memberi impak kepada landskap pada abad ke-20. Pengenalan beliau kepada Model T merevolusikan pengangkutan dan industri Amerika. Sebagai pemilik Ford Motor Company, beliau menjadi salah seorang paling kaya dan terkenal di seluruh dunia. Beliau dikenali sebagai "Fordism": pengeluaran besar-besaran dalam perjualan murah digandingkan dengan gaji yang berpatutan kepada pekerja. Ford mempunyai visi global, dimana konsumerisme merupakan kunci kepada keamanan. Beliau memberi komitmen secara sistematik mengurangkan harga memberi kesan kepada inovasi teknikal dan bisnes, termasuk sistem francis yang memberi perjanjian di seluruh Amerika Utara dan dikebanyakkan bandar-bandar utama dalam enam benua. Ford meninggalkan kekayaan beliau kepada Ford Foundation dan mengarahkan keluarganya untuk menguruskan syarikat itu. Ford dikenali kerana sifat pasifik beliau semasa Perang Dunia I.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Henry Ford dilahirkan pada 30 Julai 1863, di Greenfield Township, Michigan. Bapa beliau, William Ford (1826-1905), dilahirkan di County Cork, Ireland, dalam keluarga yang berasar dari Somerset, England; ibunya, Mary Ford (1839-1876), lahir di Michigan sebagai anak paling kecil dalam kalangan imigran Belgium, ibu bapa beliau mati ketika beliau masih muda dan dijadikan anak angkat oleh jiran, keluarga O'Herns. Adik beradik Henry Ford adalah Margaret Ford (1867-1938); Jane Ford (1868-1945); William Ford (1871-1917) dan Robert Ford (1873-1934).

Bapa beliau memberi sebuah jam kecil ketika remaja. Pada usia 15 tahun, Ford membuka dan memasang semula jam tangan rakan-rakan dan jiran berkali-kali, mendapat reputasi sebagai pembaiki jam. Pada usia 20 tahun, Ford berjalan empat batu ke gereja Epsicopal pada setiap Ahad.

Ford amat sedih apabila ibunya meninggal pada 1876. Bapanya memberi harapan pada beliau untuk mengambil alih ladang keluarga, tetapi lebih minat dengan kerjayanya. Beliau kemudian menulis, "Saya tidak pernah suka kepada ladang itu-ianya ibu kepada ladang itu yang saya cintakan".

Pada 1879, Ford meninggalkan rumah untuk bekerja sebagai pelatih mekanik di Detroit, pertama kali bersama James F.Flower & Bros., dan kemudian bersama Detroit Dry Dock Co. Pada 1882, beliau kembali ke Dearborn untuk bekerja di ladang keluarga beliau, dimana beliau menjadi cekap mengoperasikan enjin wap mudah alih Westinghouse. Beliau kemudian diupah untuk bekerja dengan Westinghouse untuk berkhidmat dalam enjin wap mudah alih mereka. Dalam masa tiu, Ford belajar mengenai buku kira di Godsmith, Bryant & Stratton Business College di Detroit.

Ford mengahwini Clara Jane Bryant (1866-1950) pada April 11, 1888 dan membantu beliau di kerja ladang dan menguruskan kilang papan. Mereka mempunyai seorang anak: Edsel Ford (1893-1943).

Pada 1881, Ford menjadi seorang jurutera bersama Edison Illuminating Company. Selepas kenaikan pangkat ke Ketua Kejuruteraan pada 1983, beliau mempunyai cukup masa dan wang untuk menjalankan eksperimen tersendiri terhadap enjin gasolin. Eksperimen ini dijalankan pada 1986 dengan persiapan kenderaan bergerak sendiri yang beliau namakan sebagai Ford Quadricycle. Beliau menguji dan memandunya pada Jun 4. Selepas beberapa kali ujian memandu, Ford berjaya untuk meningkatkan Quadricycle.

Juga pada 1986, Ford menghadiri mesyuarat eksekutif-eksekutif Edison, dimana beliau diperkenalkan kepada Thomas Edison. Edison mengesahkan eksperimen automobil Ford. Digalakkan oleh Edison, Ford mereka dan membina kenderaan kedua, siap pada 1898. Kembali ke ibu negeri Detroit, Ford meletak jawatan daripada Edison Company dan mengasaskan Detroit Automobile Company pada Ogos 5, 1899. Walau bagaimanapun, kereta-kereta yang dicipta mempunyai kualiti rendah dan harga yang lebih mahal daripada kemahuan Ford. Dengan itu, syarikat ini tidak berjaya dan dibubarkan pada Januari 1901.

Dengan bantuan C. Harold Wills, Ford mereka semula, membina dan berjaya memperlumbakan 26-kuasa kuda automobil pada Oktober 1901. Dengan kejayaan ini, Murphy dan pemegang saham lain di Detroit Automobile Company mengasaskan Henry Ford Company pada November 30, 1901, dengan Ford dilantik sebagai ketua jurutera. Pada 1902, Murphy membawa Henry M. Leland sebagai konsultan; Ford membalas dengan meninggalkan syarikat ini. Dengan pemergian Ford, Murphy menamakan semula syarikat ini dengan nama Cadillac Automobile Company.

Bekerja sama dengan bekas pelumba basikal Tom Cooper, Ford juga menghasilkan 80+ kuasa kuda "999" dimana Barney Oldfield memandunya dan memenangi pertandingan pada Oktober 1902. Ford menerima sokongan daripada kenalan lama, Alexander Y. Malcomson, penjual arang batu di Detroit. Mereka mengasaskan bisnes secara berpasangan, "Ford and Malcolmson, Ltd" untuk mereka semula automobil beliau. Ford mula bekerja dengan automobil yang murah, dan mereka berdua membuka sebuah kilang dan mengadakan kontrak dengan kedai mesin dimiliki oleh John dan Horace E. Hodge untuk memberi bekalan lebih $160,000 alat ganti. Perjualan yang rendah, dan krisis mula bangkit apabila adik-beradik Dodge meminta pembayaran untuk penghantaran pertama mereka.

Ford Motor Company

[sunting | sunting sumber]

Malcomson membawa kumpulan pelabur-pelabur lain dan menyakinkan Adik Beradik Dodge untuk menerima bahagian syarikat yang baru. Ford dan Malcomson telah bekerjasama untuk mengasaskan Ford Motor Company pada Jun 16, 1903, dengan $28,000 sebagai modal. Pelabur asal termasuk Ford dan Malcolmson, adik beradik Dodge, pak cik Malcolmson John S. Gray, setiausaha Malcolmson James Couzens dan dua peguam Malcomson, John W. Anderson dan Horace Rackham. Ford telah mendemonstrasikan sebuah kereta rekaan ais baru, Lake St. Clair, memandu 1 batu (1.6 km) dalam 39.4 saat dan membuat rekod di daratan apabila mampu memecut ke 91.3 batu sejam (146.9 km/j). Yakin dengan kejayaan ini, pemandu kereta Barney Oldfield, yang menamakan model Ford ini sebagai "999" atas penghormatan untuk lokomotif terpantas pada hari itu, membawa kereta itu ke seluruh negara, menjadikan jenama Ford dikenali di Amerika Syarikat.

Model T diperkenalkan pada Oktober 1, 1908. Ianya mempunyai roda stereng di bahagian kiri, dimana ianya ditiru oleh syarikat-syarikat lain. Seluruh enjin dan transmisi ini tertutup; empat silinder telah dibuang dalam sebuah blok pepejal. Kereta ini mudah untuk dipandu, dan senang dan murah untuk dibaiki. Ianya juga murah pada harga $825 pada 1908 ($21,650 hari ini) (harganya semakin jatuh setiap tahun) dimana pada tahun 1920an, hampir seluruh rakyat Amerika mempelajari untuk memandu Model T.

Ford membina sebuah mesin publisiti yang besar di Detroit untuk memastikan setiap surat khabar membawa cerita dan mengiklankan produk baru itu. Rangkaian Ford dengan perniaga-perniaga tempatan menjadikan kereta itu sentiasa ada di setiap bandar di Amerika Utara. Sebagai peniaga berdikari, ianya menjadi lebih kaya dan diawamkan dengan konsep automobil itu; kelab motor tempatan merebak untuk membantu pemandu-pemandu baru dan menyakinkan tentang mengeksplorasi kawasan luar. Ford selalu menjual produknya kepada petani-petani, yang melihat kenderaan itu dapat membantu bisnes mereka. Perjualan yang meningkat--setiap tahun jualan meningkat 100%. Sentiasa menjadi lebih efisyen dan harga yang rendah, pada 1913, Ford memperkenalkan pemasangan tali pinggang keledar, yang mempertingkatkan pembikinan kereta-kereta itu. Walaupun Ford yang selalu mempunyai idea, kebanyakkan sumber menyatakan konsep dan kemajuan datang daripada pekerja-pekerja seperti Clarence Avery, Peter E. Martin, Charles E. Sorensen, dan C. Harold Wills.

Perjualan meningkat 250,000 dijual sehingga 1914. Sehingga 1916, harga kereta dikurangkan kepada $360 untuk kereta mengembara asas, perjualan mencapai 472,000. Sehingga 1918, separuh kereta-kereta di Amerika Syarikat merupakan Model T. Semua kereta baru adalah hitam, dimana Ford menulis dalam autobiografi beliau, "Mana-mana pelanggan boleh ada kereta yang berwarna asalkan ianya kekal daripada warna hitam". Sehingga kemajuannya dalam barisan pemasangan, selalu digunakan warna hitam kerana lebih cepat kering. Model T terdapat dalam warna-warna yang berbeza, termasuk merah. Reka bentuk ini dipromosi dan dipertahankan oleh Ford, dan produksi ini diteruskan sehingga lewat 1927; pengeluarkan terakhir adalah pada 15,007,034. Rekod ini kekal sehingga 45 tahun kemudian. Rekod ini juga mencapai dalam masa 19 tahun pengeluaran Model T (1908).

Presiden Woodrow Wilson meminta Ford untuk menjalankan Demokrat untuk Senate Amerika Syarikat dari Michigan pada 1918. Walaupun negara itu dalam perang, Ford menjalankan kandidat kententeraman dan kuat menyokong cadangan League of Nations. Ford dikalahkan dalam persainagn undian oleh calon Republikan, Truman Newberry, bekas Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat.

Henry Ford memberi jawatan presiden Ford Motor Company kepada anak lelakinya, Edsel Ford pada Disember 1918. Henry mengekalkan keputusan akhir jawatannya dan kadang-kadang bertukar dengan anaknya. Henry memulakan syarikat baru, Henry Ford and Son, dan membuat pertunjukkan dengan mengambil dirinya bersama-sama pekerja-pekerja terbaik bekerja di syarikat baru itu; tujuannya adalah untuk menakutkan baik-baki pemegang saham Ford Motor Company untuk menjual saham mereka sebelum mereka hilang nilai-nilai. Muslihat kerja ini dan Henry dan Edsel membeli semua saki-baki saham daripada pelabur-pelabur lain, dengan memberikan sepenuhnya kuasa syarikat kepada keluarga beliau.

Hingga ke pertengahan 1920an, perjualan Model T mula merundum apabila berlaku persaingan. Pembuat auto yang lain menwarkan pelan pembayaran dimana pengguna boleh membeli kereta mereka, dimana selalunya bersama lebih ciri-ciri mekanikal moden dan reka bentuk yang tidak terdapat dalam Model T. Walaupun tidak mendapat persetujuan daripada anaknya, Henry menolak ciri-ciri korporat baharu kedalam Model T atau membuat pelan kredit pengguna.

Model A and Ford's later career

[sunting | sunting sumber]

Pada 1926, penjualan Model T yang benar-benar merundum akhirnya menyakinkan Henry untuk membuat model baharu. Beliau membuat projek dengan tawaran yang hebat untuk pakar teknikal dalam mereka enjin, casis dan keperluan mekanikal lain, manakala membiarkan anaknya menguruskan reka bentuk badan kereta. Edsel juga berjaya mengguna pakai bantahan kemasukan bapanya dengan penghantaran gelonsor syif.

Keputusan yang berjaya dengan Ford Model A, diperkenalkan pada Disember 1927 dan dikeluarkan pada 1931, dengan jumlah keluaran lebih 4 juta. Kemudian, Ford Company mengguna pakai perubahan model tahunan yang sama dengan perintis oleh persaingnya, General Motos (yang masih menjadi pembuat automobil hari ini). Ford tidak percaya dalam akauntan; beliau mengumpulkan harta kekayaan dunia dengan tidak mengaudit syarikatnya di bawah pemerintahannya.

Labor philosophy

[sunting | sunting sumber]
The five-dollar workday
[sunting | sunting sumber]

Ford merupakan perintis "kapatilisme kebajikan", mereka bentuk untuk menaik taraf ramai pekerja-pekerjanya dan terutama sekali untuk mengurangkan perolehan yang berat dimana banyak jabatan mengupah 300 orang setiap tahun untuk mengisi 100 slot. Efisien bermaksud mengupah dan menjaga pekerja-pekerja yang terbaik.

Ford menghairkan dunia pada 1914 apabila menawarkan gaji $5 sehari ($120 hari ini), dimana dua kali ganda daripada kadar kebanyakkan pekerja-pekerjanya. Ford memperkenalkan program gaji $5 sehari pada Januari 5, 1914, meningkatkan pembayaran setiap hari minimum daripada $2.34 kepada $5 kepada pekerja yang layak. Ford dan Crowther pada 1922 menggambarkannya seperti enam 8-jam setiap hari, memberi 48-jam seminggu, manakala pada 1926, mereka menggambarkannya seperti lima 8-jam setiap hari, memberi 40-jam seminggu.

Detroit sudahpun menjadi bandar bergaji tinggi, tetapi persaingan memaksa mereka menaikkan gaji atau kehilangan pekerja terbaik mereka. Polisi Ford terbukti, walaubagaimanapun, membayar orang-orang memboleh kemampuan pekerja-pekerja Ford dalam pengeluaran dan bagus untuk ekonomi tempatan. Beliau melihat kenaikan gaji sebagai perkongsian keuntungan yang berkait kepada ganjaran kepada mereka yang paling produktif dan ciri-ciri pekerja yang bagus. Ianya ialah Couzenswho yang menyakinkan Ford untuk mengguna paki sistem $5 sehari itu.

Perkongsian keuntungan menawarkan kepada pekerja-pekerja yang telah bekerja untuk syarikat lebih daripada enam bulan, dan paling penting, mengendalikan kehidupan mereka dengan baik dimana Social Departmert Ford telah disahkan. Jabatan Sosial menggunakan 50 penyiasat, tambah seorang staf sokongan, untuk mengekalkan standard pekerja; peratusan pekerja yang besar membolehkan mereka untuk layak dalam "perkongsian keuntungan".

Ford Airplane Company

[sunting | sunting sumber]

Ford, seperti syarikat automobil yang lain, memasuki bisnes penerbangan semasa Perang Dunia I, membina enjin Liberty. Selepas perang, mereka pulang ke mereka bentuk automobil sehingga 1925, apabila Ford membeli Stout Metal Airplane Company.

Pesawat Ford paling berjaya adalah Ford 4AT Trimotor, sering dipanggil "Tin Goose" sebab pembinaan besinya yang bagus. Ianya menggunakan aloi yang dipanggil Alclad yang menyatukan rintangan kikisan aluminium dengan kekuatan duralumin. Pesawat ini sama seperti V.VII-3m Fokker, dan ada yang kata bahawa enjin Ford diam-diam mengukup kapal terbang Fokker dan kemudian menirunya. Trimotor itu pertama kali terbang pada Jun 11, 1926, dan pesawat US yang paling berjaya, memuatkan 12 penumpang dalam pesawat dengan keadaan yang kurang selesa. Sestengah varian juga digunakan oleh tentera US. Ford dianugerahkan oleh Institusi Smithsonian kerana mengubah industri penerbangan. Trimotor 1999 dibina sebelum perhentiannya pada 1933, apabila Ford Airplane Division dihentikan kerana perjualan yang rendah semasa Great Depression.

Garis masa

[sunting | sunting sumber]
  • 1863: Kelahiran Henry Ford di Michigan pada 15 Februari.
  • 1876: Kematian ibubondanya, Mary Litogot.
  • 1891: Bertugas dengan Edison Illuminating Company.
  • 1893: (1) Penciptaan enjin kereta Ford yang pertama; (2) Kelahiran anak sulung, Edsel Bryant Ford.
  • 1903: Penubuhan Syarikat Ford Motor.
  • 1905: Kematian ayahandanya, William Ford.
  • 1916: Perkahwinan Edsel dengan Eleanor Lowthian Clay.
  • 1917: Kelahiran cucu lelaki, Henry Ford II.
  • 1919: Kelahiran cucu lelaki, Benson Ford.
  • 1943: Kematian Edsel Bryant Ford.
  • 1947: Kematian Henry Ford psfs 7 April.
  1. ^ "The Life of Henry Ford". Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2001. Dicapai pada November 28, 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]