Ismail Haniyeh
Ismail Haniyeh | |
---|---|
إسماعيل هنية | |
Ketua Biro Politik Hamas | |
Dalam jawatan 6 Mei 2017 – 31 Julai 2024 | |
Timbalan | Saleh al-Aruri (2017–2 Januari 2024) |
Didahului oleh | Khaled Meshal |
Digantikan oleh | Yahya Sinwar |
Perdana Menteri Palestin | |
Dalam jawatan 29 Mac 2006 – 2 Jun 2014 | |
Presiden | Mahmud Abbas Aziz Dweik |
Didahului oleh | Ahmed Qurei |
Digantikan oleh | Rami Hamdallah |
Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Dalam jawatan 2012–2017 | |
Didahului oleh | Nizar Awadallah |
Digantikan oleh | Yahya Sinwar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kem pelarian Al-Shati, Genting Gaza | 21 Januari 1962
Mati | 31 Julai 2024 Tehran, Iran | (umur 62)
Cause of death | Dibunuh Oleh Rejim Zionis Israel |
Tempat semadi | Doha, Qatar |
Parti politik | Hamas |
Anak | 13 (3 meninggal dunia) |
Kediaman | Doha, Qatar |
Tempat belajar | Universiti Islam Gaza |
Haniyeh telah dipecat pada 14 Jun 2007 oleh Abbas, yang sebaliknya melantik Fayyad. Ini telah dianggap tidak sah oleh Majlis Perundangan, yang terus mengiktiraf Haniyeh. Pihak Berkuasa Palestin mentadbir Tebing Barat manakala Hamas mentadbir Jalur Gaza. Kerajaan perpaduan Palestin telah ditubuhkan pada tahun 2014. | |
Ismail Haniyeh (kadang-kadang dieja Ismail Haniyah, Arab: إسماعيل هنية , lahir di Al-Shati, 21 Januari 1962 – meninggal di Iran, 31 Julai 2024 pada umur 62 tahun) ialah seorang ahli politik Palestin yang menjadi pemimpin politik utama kumpulan pejuang Islam, Hamas.[1] Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin pada Jun 2006 hingga Jun 2007. Beliau terbunuh di Iran pada 31 Julai 2024.[2]
Perdana Menteri Palestin
[sunting | sunting sumber]Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 berikutan Hamas diubah dan dibentuk semula pada selepas Hamas menang dalam Pilihan raya legislatif Palestin 25 Januari 2006. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006. Kemudian beliau meletak jawatan pada 15 Februari 2007 untuk membentuk kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 18 Mac 2007.
Pemecatan
[sunting | sunting sumber]Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada tahun 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmud Abbas. Sebenarnya Mahmud Abbas selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail Haniyeh.[3] Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak perlembagaan.
Biodata
[sunting | sunting sumber]Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada 1948 ibu bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat itu kini dikenali sebagai Ashkelon di Israel. Pada 1987, Ismail mendapat ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Gaza. Pada 1989 dia dikurung selama 3 tahun oleh pihak keselamatan Israel dan dibebaskan pada 1992. Selepasa itu diusir oleh Lubnan. Dia pulang ke Gaza dan dilantik sebagai dekan Universiti Islam.
Pimpinan Hamas
[sunting | sunting sumber]Selepas pemimpin rohaniah Syeikh Ahmed Yassin dibebaskan pada 1997, Haniyeh dilantik menjadi pengerusi Hamas. Tapi Israel mensasarkannya sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Israel.
Pada 2003 dia cedera di tangan selepas tentera udara Israel melepas tembakan di Baitulmaqdis. Serangan Israel ini berikutan tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mencederakan warganegara Israel. Pengaruhnya semakin meningkat selepas Kebangkitan Intifada terutama kerana hubungan erat dengan Syeikh Ahmed Yassin dan ramai pemimpin Hamas dibunuh oleh pihak keselamatan Israel.
Pada Disember 2005, Haniyeh telah dilantik mengetuai parti Hamas dan Januari 2006 memenangi pilihan raya Palestin.
Pada 16 Februari 2006, Hamas mencadangkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin. Pada 30 Jun 2006 kerajaan Israel mengancam membunuh Haniyeh jika militan Hamas tidak membebaskan Gilad Shalit. Gilad Shalit ialah tentera Israel yang telah menceroboh dan mengintip di kawasan Gaza. Gilad tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kerjasama Hamas-Fatah
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Oktober 2006 Ismail Haniyeh mahu Fatah dan Hamas bersatu dan tidak bertempur sesama sendiri. Malam itu, Ismail terselamat dari serangan ketika sedang dalam konvoi untuk menemui Mahmud Abbas di Gaza. Serangan itu bukan satu pakatan bunuh, sebaliknya seorang anggota Fatah yang mengamuk selepas bergaduh dengan Hamas.
Larangan
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Disember 2006, Ismail Haniyeh dilarang masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir. Beliau dilarang masuk oleh Menteri Pertahanan Israel Amir Peretz.
Anak sulung Ismail Haniyeh cedera ketika melintasi sempadan Mesir-Gaza.
Reaksi Israel
[sunting | sunting sumber]Israel menilai Ismail Haniyeh sebagai bahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ismail Haniyeh juga enggan mematuhi syarat meletakkan senjata.
Oleh itu langkah de facto sekatan ekonomi dilakukan. Kerajaan Israel enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.
Ismail Haniyeh menjawab beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin, bukan sedekah daripada Israel.
Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Amerika mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin. Menteri Ekonomi Palestin Mazen Sonokrot bersetuju memulangkan semula bantuan Amerika.
Ismail Haniyeh berkata,
- "Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu."
Hamas mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967, membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmaqdis dibebaskan. Malangnya Israel terus menghalang penduduk palestine untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Julai 2024, media negara Iran melaporkan bahawa Haniyeh telah dibunuh di Tehran, di mana beliau menghadiri majlis perasmian presiden terpilih, Masoud Pezeshkian.[4] Hamas berkata bahawa beliau dibunuh oleh serangan udara "Zionis" di kediamannya bersama salah seorang pengawal peribadinya.[5][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Alshawabkeh, Lina (2023-10-17). "Who are the leaders of Hamas?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 2024-02-19.
- ^ "Hamas's Ismail Haniyeh killed in Tehran home". The Jerusalem Post | JPost.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-31. Dicapai pada 2024-07-31.
- ^ "Berita Ismail Haniyeh Terkini dan Terbaru Hari Ini - SINDOnews". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-08-01.
- ^ "Hamas's political chief Ismail Haniyeh assassinated in Iran". Al Jazeera. 31 Julai 2024.
- ^ Aggarwal, Mithil (31 Julai 2024). "Hamas chief Ismail Haniyeh killed in Israeli airstrike in Iran, Hamas says". NBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2024.
- ^ "Palestinian President Abbas 'strongly condemns' killing of Hamas chief Haniyeh". al-Arabiya. 31 Julai 2024. Dicapai pada 31 Julai 2024.
Didahului oleh Ahmed Qurei |
Perdana Menteri Palestin 29 Mac 2006 – 2 Jun 2014* |
Diikuti oleh: Salam Fayyad |