Pergi ke kandungan

Justin Timberlake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Justin Timberlake
Justin Timberlake di 2007 Golden Globe Awards di Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills, California pada Januari 15 2007.
Latar belakang
Nama lahirJustin Randall Timberlake
GenrePop, dance, R&B
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, produser rekod, penari, pelakon, pemain piano, pemain gitar
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
Jive
Pengkarya berkait
'N Sync, Timbaland, Nelly Furtado, will.i.am, Britney Spears, Esmée Denters
Laman sesawang
JustinTimberlake.com

Justin Randall Timberlake (dilahirkan pada 31 Januari 1981[1]) ialah seorang penyanyi pop dan R&B Amerika, penulis lagu, penerbit rekod, penari, dan pelakon. Beliau menciptai kemashyuran sebagai salah seorang penyanyi utama pencaragam boy band 'N Sync dan telah memenangi empat anugerah Grammy serta sebuah anugerah Emmy. Pada 2002, beliau melepaskan album solo sulungnya bertajuk Justified yang telah menjual lebih dari tujuh juta album di suluruh dunia. Pada 2006, Timberlake melepaskan album keduanya bertajuk, FutureSex/LoveSounds, yang mengandungi single-single nombor satu U.S. popular seperti "SexyBack", "My Love", dan "What Goes Around... Comes Around". Dengan dua album pertamanya, Timberlake telah berjaya menjual lebih dari 15 juta album di seluruh dunia. Beliau telah menubuhkan sebuah label rekod bernama Tennman Records serta sebuah label fesyen, William Rast.