Keju Emmental
Emmental | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Keju susu lembu, keju dimasak tekan |
Dinamakan sempena | Emmental |
Pensijilan | Gelaran asal dilindungi |
Asalan | |
Negara | Switzerland |
Wilayah, bandar | Berne, Emmental |
Lokasi | Emmental |
Gastronomi | Keju Swiss |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | lembu |
Dipasteurkan | Tidak dalam pembuatan secara tradisional |
Tekstur | Keras |
Kandungan lemak | 45% |
Tempoh penuaan | 4 bulan |
sunting · sunting di Wikidata |
Emmental, Emmentaler, Emmenthal, atau Emmenthaler adalah keju dari Switzerland yang dibuat dengan susu lembu mentah dan mempunyai banyak lubang atau "mata" yang bersaiz besar.[1] [2] Keju ini dikenali sebagai "keju Swiss" di Amerika Utara walaupun keju Switzerland tidak selalu merujuk kepada Emmental.[3] Keju tiruan Emmental di Norway dikenal dengan nama Jarlsberg.[2] Keju ini mendapatkan namanya dari daerah asalnya iaitu lembah Emme di Canton Bern dan telah mendapat perakuan daripada AOC (Appellation d'Origine Contrôlée).[1] [4] Pensijilan AOC menyebabkan hanya keju yang dihasilkan di Emmental saja yang dapat diberi label "Emmentaler Swiss".[4] Namun, nama "keju Emmental" tidaklah dilindungi sehingga banyak tiruannya yang dihasilkan di pelbagai negara.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Keju Emmental telah dihasilkan sejak tahun 1293.[5] Pada mulanya, keju ini dibuat pada musim panas di kawasan pergunungan oleh para penternak.[6] Mereka menghasilkan keju Emmental dalam jumlah yang kecil untuk dimakan oleh keluarga mereka dan untuk membayar tuan tanah.[6] Keju Emmental pertama kali disebut pada tahun 1542.[5] [1] Ketika itu keju ini diberikan kepada penduduk Langenthal sebagai pampasan kerana musibah kebakaran yang mereka alami.[5] [1] Kilang-kilang keju mula muncul pertama kali di lembah Emme pada tahun 1815 dan sejak saat itu kawasan pengeluaran keju ini mula berkembang.[6]
Bentuk dan tekstur
[sunting | sunting sumber]Bentuk keju Emmental adalah bulat dengan diameter 76 hingga 94 centimeter dan tinggi antara 18 hingga 25 sentimeter.[1] Sedangkan berat dari keju ini antara 60 sampai 130 kilogram.[1] [5] Warna keju ini adalah krim pucat atau kuning, manakala kulitnya berwarna coklat kekuning-kuningan.[1] [2] Keju ini terkenal mempunyai lubang-lubang yang bersaiz besar dan banyak.[2] Kerana sifatnya yang mudah meleleh, keju Emmental sering digunakan untuk roti lapis bakar, fondue, quiche dan burger keju.[4]
Pembuatan
[sunting | sunting sumber]Pembuatan keju Emmental mempunyai persamaan dengan keju Gruyère.[7] Keju Emmental dibuat dengan menggunakan susu mentah dari lembu yang diberi makan jerami.[1] Susu tersebut dikentalkan dengan bakteria lalu dicetak.[2] [4]Keju yang telah dicetak diterbalikkan sekali-sekala untuk pengeringan lalu direndam dalam air masin dan dimasak dalam gua.[2] Kematangan dilakukan di bilik yang cukup sejuk selama dua minggu.[2] Kemudian keju-keju dipindahkan ke bilik yang lebih hangat selama enam hingga lapan minggu agar terjadi proses penapaian.[2] [7] Selama proses penapaian, keju-keju menghasilkan karbon dioksida yang tidak dapat keluar kerana kulit keju yang tebal.[2] [4] Gas karbon dioksida tersebut lalu membuat lubang-lubang pada keju Emmental.[2] [4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLexicon of Cheese
- ^ a b c d e f g h i j (Inggeris) What is Emmentaler?, Wise Geek. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ (Inggeris) Swiss Cheese, Recipezaar. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d e f g (Inggeris) What is Emmental Cheese?, Wise Geek. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4. Page 103.
- ^ a b c (Inggeris) Emmentaler, History Diarkibkan 2010-12-11 di Wayback Machine, Emmentaler.ch. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b (Inggeris) Davidson, Alan (2006). The Oxford Companion to Food. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280681-9. Page 273.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Keju Emmental |