Pergi ke kandungan

Ketam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ketam
Ketam spesies
Liocarcinus vernalis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Brachyura

Linnaeus, 1758
Superfamilies

Ketam (Jawi: كتم) atau kepiting (Jawi: کڤيتيڠ‎) adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan mempunyai pinggul amat pendek (Bahasa Yunani: brachy = pendek, ura = senget), atau abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).

Sebanyak 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di jasad-jasad air masin, payau dan tawar, di daratan, atau di kedua-dua alam.[1] Ketam umum dijumpai di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan ketam menyerap dari suatu bahasa rumpun Asli keluarga bahasa Austroasia;[2] bahasa-bahasa Austroasia yang sepunca mengungkapkan haiwan ini termasuk bahasa Khmer ក្ដាម kdaam dan bahasa Vietnam đam.

Perkataan kepiting[3] juga didapati terutamanya dalam dialek-dialek bahasa Melayu Baba[4] dan Papua.

Ketam mempunyai lima pasang kaki; pasangan kaki yang pertama terolah menjadi sepasang penyepit untuk tujuan mempertahankan diri. Perut hampir semua jenis ketam terlipat di bawah sefalotoraks. Bahagian mulut ketam ditutupi oleh maksillipeda yang rata manakal dan bahagian depan dari karapas tidak membentuk sebuah rostrum yang panjang.[5].

Insang ketam terbentuk dari kepingan cenkerang pipih ("phyllobranchiate") mirip insang pada badan udang, namun dengan struktur yang agak berbeza.[6]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu dahulu percaya adanya seekor ketam yang duduk dalam sebuah lubang pada pangkal sebatang pauh janggi yang tumbuh di tengah sebuah pusaran tengah lautan disebut sebagai Pusat Tasik; di mana ketam ini kononnya keluar dari lubangnya beberapa kali dan air yang menderas masuk keluar lubangnya dikatakan menyebabkan pasang surut air laut.[7]:7–8

  1. ^ Richard von Sternberg; Neil Cumberlidge (2001). "On the heterotreme-thoracotreme distinction in the Eubrachyura De Saint Laurent, 1980 (Decapoda: Brachyura)" (PDF). Crustaceana. 74 (4): 321–338. CiteSeerX 10.1.1.493.6718. doi:10.1163/156854001300104417.
  2. ^ Lim, Teckwyn (Jun 2020). "An Aslian origin for the word gibbon". Lexis. Journal in English Lexicology (dalam bahasa Inggeris) (15). doi:10.4000/lexis.4291. ISSN 1951-6215.
  3. ^ "kepiting". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kepiting". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 105. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  5. ^ Dixon, C. J., F. R. Schram & S. T. Ahyong (2004). "A new hypothesis of decapod phylogeny". Crustaceana. 76 (8): 935–975. Unknown parameter |quotes= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Taylor, H. H. & E. W. Taylor (1992). "Gills and Lungs: The Exchange of Gases and Ions". Microscopic Anatomy of Invertebrates. 10: 203–293. Unknown parameter |quotes= ignored (bantuan)
  7. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1–15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]