Kod ZIP
Kod ZIP (disingkatkan daripada Zone Improvement Plan;[1] "Perancangan Penaiktarafan Zon") adalah sistem poskod yang digunakan oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sejak tahun 1963. Asas format ini terdiri dari lima angka. Kod panjang 'ZIP+4' diperkenalkan pada tahun 1983 termasuk poskod lima digit diikuti dengan tanda penghubung danm empat angka tambahan yang menentukan lokasi yang lebih khusus.
Istilah ZIP Code awalnya terdaftar sebagai tanda kihdmat dengan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, tetapi pendaftarannya telah lama luput.[2]
Struktur dan pengkhususan
[sunting | sunting sumber]Litupan dan pos antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Kod-kod ZIP menentukan titik penghantaran dalam Amerika Syarikat (termasuk wilayah yang berdekatan serta stesen-stesen angkatan tenteranya di luar negara. Kod ZIP juga diberikan untuk negara-negara berdaulat tertentu yang diintegrasikan ke dalam sistem pos A.S melalui suatu Pakatan Berkesatuan Bebas (Compact of Free Association) seperti Persekutuan Micronesia, Kepulauan Marshall dan Palau.
Surat yang dihantar ke misi-misi diplomatik Amerika Syarikat di luar negara ditujukan sepertimana ia akan dihantar ke alamat di Washington, D.C. Nombor diplomatik khas (diplomatic pouch number) berangka empat digunakan sebagai nombor mewakili bangunan manakala lokasi kedutaan digabungkan namanya dengan perkataan Place ("Tempat") untuk membentuk suatu nama jalan sebagai tiitk rujukan. Setiap misi diplomatik menggunakan kod ZIP+4 yang terdiri daripada kod bernombor 20521 serta nombor khas diplomatiknya. Sebagai contoh, alamat menyurat ke Kedutaan Amerika Syarikat di New Delhi, India ditulis seperti berikut:
Embassy of the United States of America
9000 New Delhi Place
Washington, DC 20521-9000[3]
Jenis dan kegunaan
[sunting | sunting sumber]Terdapat empat jenis Kod ZIP:
- Khas: untuk alamat yang menerima surat yang sangat banyak
- Peti Pejabat Pos sahaja: hanya untuk peti-peti pos dalam sesebuah kemudahan
- Kententeraan: mengarah penghantaran kepada pihak tentera A.S
- Piawai (Standard): Kod-kod ZIP yang lain.
Kod-kod ZIP khas juga digunakan untuk agensi pemerintah, universiti, badan perniagaan atau bangunan yang menerima surat yang sangat banyak sehingga memerlukan kod yang tersendiri.
Mengikut geografi
[sunting | sunting sumber]Kod-kod ZIP dimulakan dengan angka pertama mewakili suatu kumpulan negeri Amerika Syarikat, angka-angka kedua dan ketiga mewakili suatu kawasan dalam kumpulan itu (atau barangkalinya sebuah kota besar), dan angka-angka keempat dan kelima mewakili sekumpulan alamat dalam kawasan tersebut. Bandar yang terutama di kawasan tersebut (jika ada) akan mendapat kod ZIP terdahulu untuk kawasannya, di mana turutan angka mengikut turutan abjad nama tempat.[perlu rujukan]
Kod-kod ZIP yang paling rendah terletak dalam kawasan New England dan menaik mengikut arah selatan sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat, misalnya 02115 (Boston), 10001 (New York City), 19103 (Philadelphia), 21201 (Baltimore), 20008 (Washington, D.C.), 30303 (Atlanta) and 33130 (Miami). Nombor kod ZIP menaik menuju dari barat Miami ke arah utara sebelah timur Sungai Mississippi dan arah selatan sebelah barat sungai tersebut menuju utara Pantai Barat sehingga jauh ke Alaska. (Lihat: 40202 di Louisville, 60601 di Chicago, 94111 di San Francisco, 98101 di Seattle, and 99950 di Ketchikan, Alaska.)
Angka pertama dalam kod ZIP diwakili seperti berikut (bersama singkatan untuk negeri atau bidang kuasa yang berpadanan):
- 0 = Connecticut (CT), Massachusetts (MA), Maine (ME), New Hampshire (NH), New Jersey (NJ), New York (NY, Pulau Fishers sahaja), Puerto Rico (PR), Pulau Rhode (RI), Vermont (VT), Kepulauan Virgin (VI), Pejabat Pos Tentera Eropah (Army Post Office Europe) & Pejabat Pos Armada Eropah (Fleet Post Office Europe) (AE)
- 1 = Delaware (DE), New York (NY), Pennsylvania (PA)
- 2 = Daerah Columbia (DC), Maryland (MD), Carolina Utara (NC), Carolina Selatan (SC), Virginia (VA), Virginia Barat (WV)
- 3 = Alabama (AL), Florida (FL), Georgia (GA), Mississippi (MS), Tennessee (TN), Pejabat Pos Tentera Benua-benua Amerika (Army Post Office Americas) & Pejabat Pos Armada Benua-benua Amerika (Fleet Post Office Americas) (AA)
- 4 = Indiana (IN), Kentucky (KY), Michigan (MI), Ohio (OH)
- 5 = Iowa (IA), Minnesota (MN), Montana (MT), Dakota Utara (ND), Dakota Selatan (SD), Wisconsin (WI)
- 6 = Illinois (IL), Kansas (KS), Missouri (MO), Nebraska (NE)
- 7 = Arkansas (AR), Louisiana (LA), Oklahoma (OK), Texas (TX)
- 8 = Arizona (AZ), Colorado (CO), Idaho (ID), New Mexico (NM), Nevada (NV), Utah (UT), Wyoming (WY)
- 9 = Alaska (AK), Samoa Amerika (AS), California (CA), Guam (GU), Hawaii (HI), Kepulauan Marshall (MH), Persekutuan Micronesia (FM), Kepulauan Mariana Utara (MP), Oregon (OR), Palau (PW), Washington (WA), Pejabat Pos Tentera Pasifik (Army Post Office Pacific) & Pejabat Pos Armada Pasifik (Fleet Post Office Pacific) (AP)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mr. Zip and the ZIP Code Promotional Campaign". Smithsonian National Postal Museum. Dicapai pada 7 March 2013.
- ^ "Latest Status Info". Pejabat TPaten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat. Dicapai pada 10 Julai 2009.
- ^ "Mail Management". Diplomatic Pouch and Mail Division of the U.S. Department of State. Dicapai pada 1 April 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tak terhitung Kisah ZIP Kod (PDF)—Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat
- POSKOD promo filem (1971)—Negara AS Arkib
- USPS ZIP Code pencarian
- Perbincangan Zip+6 dan alat untuk melihat mereka