Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Kerteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerteh Airport

Lapangan Terbang Kerteh
Rumusan
Jenis lapangan terbangpersendirian
Hak milikPetronas
PengendaliSenai Airport Terminal Services Sdn Bhd
LokasiKerteh, Terengganu, Malaysia
Ketinggian AMSL5.49 m / 18.01 kaki
Koordinat04°32′24″N 103°25′59″E / 4.54000°N 103.43306°E / 4.54000; 103.43306
Peta
KTE yang terletak di Terengganu
KTE
KTE
Lokasi Lapangan Terbang di Kerteh, Terengganu, Malaysia.
KTE yang terletak di Semenanjung Malaysia
KTE
KTE
KTE (Semenanjung Malaysia)
KTE yang terletak di Malaysia
KTE
KTE
KTE (Malaysia)
KTE yang terletak di Asia Tenggara
KTE
KTE
KTE (Asia Tenggara)
KTE yang terletak di Asia
KTE
KTE
KTE (Asia)

Lapangan Terbang Kerteh (IATA: KTEICAO: WMKE) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Kerteh, Terengganu, Malaysia.

Lapangan Terbang Kerteh terletak pada kedudukan Latitud N04* 32.2494', Longitud E103* 25.5989' pada ketinggian 5.49 meter dari aras laut.

Lapangan Terbang Kerteh merupakan lapangan kecil yang terletak di Kerteh , Terengganu . Lapangan Terbang Kerteh dibina bagi keperluan mengangkut para pekerja di pelantar minyak yang terletak kira-kira 100- 200 km di tengah Laut China Selatan.

Lapangan ini ditutup lebih 20 tahun semenjak 1985 kerana kekurangan penumpang. Selepas itu lapangan terbang ini hanya digunakan untuk menghantar para pekerja ke pelantar minyak di luar pantai Terengganu / Laut China Selatan. Syarikat Pelangi Air pernah beroperasi di sini tetapi kemudian syarikat penerbangan itu ditutup kerana tidak ekonomikal. Lapangan terbang ini juga bersaing dengan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kuantan, Pahang.

Lapangan terbang ini dibuka semula untuk kegunaan penerbangan komersil pada 12 Januari 2009. Firefly menyediakan dua kali penerbangan sehari dari/ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan penggunakan pesawat ATR 72 pada hari Isnin sehingga Khamis. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menyatakan kekurangan penumpang tidak sepatutnya berlaku kerana 20,000 kakitangan syarikat minyak seperti Petronas di sekitar Kertih sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kerteh.Mereka bekerja di terminal dan loji-loji penapisan dan petrokimia di Paka, Kerteh dan Kemaman. Kerajaan negeri Terengganu mensasarkan 4 juta pelancong ke Terengganu pada tahun 2009.[1]

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju menerima semula tapak Lapangan Terbang Kerteh dari PETRONAS sehingga tempoh 31 Mac 2026.[2]

untuk Masa Kini, Lapangan Terbang Kerteh, hanya memiliki, 1 Terminal.

Syarikat Penerbangan dan destinasi

[sunting | sunting sumber]

Penumpang

[sunting | sunting sumber]

Nota: untuk masa kini tiada destinasi berjadual yang beroperasi.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

tiada pengangkutan awam, di Lapangan Terbang Kerteh, sebaliknya, Kendaraan/Teksi Persendirian ada menyediakan perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang tersebut.

  1. ^ "Lapangan terbang Kertih dibuka untuk pesawat komersial". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 2009-02-17.
  2. ^ PETRONAS Serah Lapangan Terbang Kerteh Kepada Kerajaan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]