Lara Terindah
Lara Terindah | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Mohd Azmy Arif |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Seindah Mimpi" oleh Jaclyn Victor |
Lagu penutup | "Seindah Mimpi" oleh Jaclyn Victor |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Sinematografi | Asikin Andak |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Ogos 2016 – 22 September 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Sayangku Kapten Mukhriz |
Diikuti oleh | Cinta Masam Manis |
Lara Terindah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 31 Ogos 2016 menggantikan Sayangku Kapten Mukhriz.[2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar. Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.
Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.
Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena. Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi. Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nazrief Nazri sebagai Razlan
- Nelydia Senrose sebagai Elena
- Aidil Aziz sebagai Andi
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafeez Mikhail sebagai Faiz
- Nonny Nadirah sebagai Nisa
- Bil Azali sebagai Ali
- Jasmin Hamid sebagai Datin Liza
- Rahim Omar sebagai Dato Kamak
- Mustaqim Bahadon sebagai Azim
- Ika Nabila sebagai Lela
- Roy Azman sebagai Rosli
- Laila Nasir sebagai Puan Mimi
- Nor Amisah Abdullah sebagai Hajah Gayah
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Seindah Mimpi" - Jaclyn Victor
- "Tidak Tidak" - Erry Putra
- "Kembali" - Akim dan Stacy
- "Terima Kasih Cinta" - Tasha Manshahar dan Syed Shamim
- "Entah Apa Rasa" - Sissy Imann dan Eyza Bahra
- "Bangkit" - Aril
- "Kesimpulan" - Hafiz Suip
- "Cinta Takkan Pergi" - Tomok dan Yana Samsudin
- "Terlalu Rindu" - Eleena Harris
- "Ini Yang Ku Mahu" - Ernie Zakri
- "Takkan Pudar" - Ernie Zakri
- "Rahsia" - Ippo Hafiz
- "Luka" - Ainan Tasneem
- "Takdir Cinta" - Awi Rafael
- "Hujan Sepi" - Ippo Hafiz
- "Terpulanglah" - Kaka Azraff
- "Kau Tercipta" - Lah Ahmad
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Loong Wai Ting (19 September 2016). "Actress Nelydia Senrose brushes off recent stumble and sashays confidently forward". New Straits Times. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ Drama Lara Terindah (TV3) My Infotaip (30 Ogos 2016). Dicapai pada 22 Mei 2017.
- ^ Lara Terindah (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Khamis , 6:58 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Lara Terindah | Berikutnya |
Sayangku Kapten Mukhriz | Cinta Masam Manis |