Lebah
Lebah | |
---|---|
Lebah madu mengutip debunga | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Superkeluarga: | |
(tanpa pangkat): | Anthophila
|
Famili | |
Andrenidae | |
Sinonim | |
Apiformes |
Lebah (Jawi: لبه ) merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira lebih 16,000 spesies lebah dikenalpasti dalam tujuh keluarga biologi diktiraf,[1][2] dan lebah-lebah ini boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartika, di setiap habitat planet yang ada tumbuhan berbunga.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, [perlu rujukan] membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.
Apabila tiba musim mengawan, lebah akan membentuk kawanan besar yang dikenali sebagai geriak dan terbang untuk membentuk sarang yang baru.
Pembahagian jenis-jenis lebah
[sunting | sunting sumber]Lebah dibahagi kepada beberapa pengelasan untuk mudah dikenali atau dikelaskan. Antaranya:
- Andrenidae- (lebah liar yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
- Megachiledae- Lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
- Xylocopidae - Lebah tukang kayu (carpenter bees)
- Bombidae- bumble bees
- Apidae - Lebah madu (honey bees)
Pembahagian tugas
[sunting | sunting sumber]Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
- lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
- lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
- lebah jantan.
Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.
Kitaran hidup
[sunting | sunting sumber]Kitaran hidup seekor lebah dibahagikan kepada empat peringkat:
- telur;
- larva;
- kepompong;
- lebah dewasa. (terbahagi kepada 3 kasta utama, Ratu (lebah betina produktif), Raja (lebah jantan) dan lebah pekerja (lebah betina tidak produktif)
Telur yang menetas akan menjadi larva. Pada peringkat ini, lebah pekerja akan memberi larva makan debunga dan nektar. Nektar yang dikumpul oleh lebah pekerja sebahagiannya disimpan sebagai madu. Setelah beberapa hari, larva bertukar kepada pupa dan seterusnya menjadi anak lebah.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sarang lebah yang bergayut di sebuah istana
-
Sarang lebah yang telah diambil madunya
-
Lebah sedang mengumpul debunga
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Danforth, B. N.; Sipes, S.; Fang, J.; Brady, S. G. (Oktober 2006). "The history of early bee diversification based on five genes plus morphology". PNAS. 103 (41): 15118–15123. Bibcode:2006PNAS..10315118D. doi:10.1073/pnas.0604033103. PMC 1586180. PMID 17015826.
- ^ Michener, Charles D. (2000). The Bees of the World. Johns Hopkins University Press. m/s. 19–25. ISBN 0-8018--6133-0.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lebah. |