Mata Hari
article ini ditulis seperti penonjolan peribadi atau karangan pendapat bukannya perihal berbentuk ensiklopedia. |
Untuk kegunaan lain, sila lihat Matahari (nyahkekaburan).
Mata Hari seorang penari telanjang dari Belanda dikatakan merupakan seorang agen rahsia (mata-mata atau pengintip). Kisah hidupnya penuh liku dan difilemkan dalam pelbagai versi, daripada Mata Hari (1931), yang dibintangi oleh Greta Garbo; Mata Hari, Agent H21 (1964) versi Perancis oleh Jeanne Moreau, sampai filem Mata Hari versi ketiga (1985).
Mata Hari bukanlah nama asli pengintip berdarah campuran Belanda-Jawa ini. Kelahiran Belanda, 7 Ogos 1876, nama asalnya ialah Margaretha Gertruida Zelle. Nama pemberian orang tuanya diubahnya sebagai Mata Hari kerana dia menginginkan kehidupan baru, sama halnya dengan "matahari" yang membuka lembaran baru kehidupan.
Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 18 tahun ini memang cukup suram. Dia pernah dibuang sekolah guru gara-gara berskandal dengan pengetua sekolah itu, pernah ditinggal mati anak laki-lakinya akibat keracunan, dan bercerai pada tahun 1906 dengan suaminya, seorang angkatan laut Belanda yang usianya terpaut 20 tahun lebih tua darinya.
Sebelum terjun ke dalam dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahsia H21 ini memulakan kerjaya sebagai penari eksotik di Paris. Berbekalkan keahlian tarian erotik yang dipelajari di India dan daya pikatnya yang tinggi, dia menjadi terkenal di mana-mana. Tidak hairan apabila dia menerima tawaran menari dengan banyak daripada kota-kota besar di Eropah bahkan Mesir. Keadaan inilah yang kemudian menyeretnya ke dalam dunia perisikan. Saat beliau menjadi penari bogel di Berlin, agen rahsia Jerman merekrutnya.
Mata Hari kemudian sering berkelana baik antara kota mahupun antara negeri. Kerana terkenal sering berpergian, maka dia tidak punya kesulitan untuk menyusup, termasuk ketika Perang Dunia I. Banyak tempat di mana dia mempunyai hubungan cinta dengan banyak orang penting, juga ditawari sebagai mata-mata Perancis dengan honor 1 juta Frank pada saat itu.
MI5 mulai curiga akan kegiatan Mata Hari, agen rahsia Inggeris itu, lalu menyoal siasatnya. Namun mereka tidak boleh memaksa Mata Hari untuk membuka mulut. Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya tetap kosong. Sampai akhirnya, agen rahsia Perancis berhasil menangkap dan menyoal siasatnya saat dia akan menyeberangi Perancis untuk mengunjungi salah satu hubungan cintanya. Agen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana diyakini dialah "Perisik Wanita Teragung" yang mesti bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu tentera, akibat risikan yang diberikannya. Dia lalu diadili di pengadilan perang dan dihukum tembak sampai mati pada 15 Oktober 1917. Meskipun demikian, banyak yang mempermasalahkan hukuman mati yang dilakukan oleh Mata hari, statusnya antara perisik bermuka dua dengan orang bersalah masih dipertanyakan. Namun, dia layak dimasukkan ke dalam catatan sejarah.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mata Hari. |