Minum
Minum adalah aktiviti mengambil cecair melalui mulut. Air, misalnya, diperlukan untuk membantu proses fisiologi kehidupan. Lebihan atau kekurangan air dalam tubuh juga mempengaruhi kesihatan manusia.
Fisiologi
[sunting | sunting sumber]Setiap hari, manusia memerlukan 1-2 liter air untuk membantu proses fisiologi di dalam tubuh. Had minimum adalah kira-kira 1.6 liter (600 ml untuk air kencing, 200 ml untuk tinja, dan 800 ml untuk kulit dan paru-paru). Air yang diperlukan termasuk air yang terkandung di dalam makanan.
Penyahhidratan (kekurangan cecair dalam tubuh) dapat menimbulkan rasa haus. Rasa haus merupakan perasaan ingin minum dan tekak yang kering. Perkara ini diatur oleh hipotalamus untuk bertindak balas terhadap perubahan kadar elektrolit di dalam tubuh, dan juga sebagai kesan perubahan isipadu peredaran darah.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Polidipsia adalah istilah kesihatan, iaitu aktiviti mengambil air yang banyak dan boleh merupakan tanda pelbagai macam penyakit (diabetes mellitus, diabetes insipidus, dan beberapa keadaan psikologi).
Banyak penyakit di dunia disebabkan oleh kekurangan air minum yang bersih. Kekurangan air akan menyebabkan kematian akibat hipernatremia dan penyahhidratan. Berpeluh boleh menghabiskan banyak cecair tubuh.
Penghidratan lampau merupakan kegiatan untuk mengurangkan kadar garam dalam tubuh, kadang kala dilakukan atlet dengan cara meminum air yang banyak.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bibliografi
- Broom, Donald M. (1981). Biology of Behaviour: Mechanisms, Functions and Applications. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-29906-3. Dicapai pada 31 August 2013.
- Curtis, Helena; Barnes, N. Sue (1994). Invitation to Biology. Macmillan. ISBN 0879016795. Dicapai pada 31 August 2013.
- Fiebach, Nicholas H., penyunting (2007). Principles of Ambulatory Medicine. Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 0-7817-6227-8. Dicapai pada 31 August 2013.
- Flint, Austin (1875). The Physiology of Man. New York: D. Appleton and Co. OCLC 5357686. Dicapai pada 31 August 2013.
- Gately, Iain (2008). Drink: A Cultural History of Alcohol. New York: Penguin. m/s. 1–14. ISBN 1-59240-464-2. Dicapai pada 31 August 2013.
- Mayer, William (2012). Physiological Mammalogy. II. Elsevier. ISBN 9780323155250. Dicapai pada 31 August 2013.
- Provan, Drew (2010). Oxford Handbook of Clinical and Laboratory Investigation. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-923371-3. Dicapai pada 31 August 2013.
- Smith, Robert Meade (1890). The Physiology of the Domestic Animals. Philadelphia, London: F.A. Davis. Dicapai pada 31 August 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Minum |
- "Are You Drinking Enough?" Diarkibkan 2011-06-11 di Wayback Machine, recommendations by the European Hydration Institute (Madrid)